catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~



  • << May 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30
    31


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing












    Who links to me?



    18 Sept. 2007

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Thursday, May 21, 2009
    [9] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (viii): AKHTAR

    Berpayung denganmu Kala Hujan Lebat

    *PENGARANG BERSEKUTU (006): JIDAH


    AKU MEMASUKKAN
    beberapa helai baju dalam beg kecil. Malam ni kena balik, esok keluarga Akhtar nak datang lihat Adnin. Aku mesti support dia. Tak boleh biarkan kerja ni ditandu oleh Zie dan Honey aja. Kang Tok Bonda dan Tok Umi sabotaj macam mana. Aku mesti balik.

                Balik ke Kedah, maknanya balik ke nostalgia menjadi budak-budak matrik di Kolej Mara Kulim suatu waktu dulu. Bas bergerak, dan ingatan aku berpindah ke suatu waktu dulu....

    "Aku lapar la, jom pi Gerai MDK* nak… jom Jidah." Ajak Honey.

    Gerai MDK letaknya bertentangan dengan pintu pagar utama Kolej Mara Kulim. Kolej di mana tempat kami berlima mula-mula mengenali antara satu sama lain: aku, Zie, Honey (roomate aku yang aku sayang) , Adnin – seorang cucu yang taat, sampai kami pun dah jadi macam cucu Tok Bonda jugak dibuat dek si Adnin , dan Lila, gadis manja yang riang dan baik hati dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

    "Jom la, aku lapar nie," tambah Honey.

    "Eh, bukan tadi baru lunch ker, nie baru pukul berapa? La… baru tiga dua puluh, Cik Honey oooi, lu pakai perut cap apa eh, cap stoking 55 ker cap stoking Pierre Cardin'. Balasku mengusik si Honey yang kuat makan tapi aku tengok tak juga-juga gemuk , mana yek dia sembunyikan makanan tur?

    "Jom aarrh, aku dok terbayang-bayang mi ladna kat MDK depan nu. Jom la… jom la," sambil menarik tangan ku untuk bangun dari perbaringan yang enak ini. Baru jer lepas abis kelas, petang-petang Khamis begini adalah masa yang paling sesuai untuk melepak atas katil, bergolek-golek sambil mengulit novel, esok kan cuti. Kacau daun betul la si Honey nie.

    "Pi la ajak si Adnin ke, Zie ker, Lila ker, malas la aku, aku tengah syok nie…. Heroin dia nak nak terjun bangunan sebab tak dapat makan Ayamku".  Tukas ku sambil menunjukkan novel di tangan. 

                


                Dengan memuncungkan mulutnya yang pada kiraan ku kalau diikat dengan reben kaler pink teramatlah moleknya itu, Honey membalas, "Jidah… takkan tak paham-paham perangai Si Adnin tur diakan makan ikut waktu makan yang betul, mana dia nak makan waktu di luar kawasan 'waktu makannya', itu kan salah satu rukun Tok Bonda yang dah sebati dengan hidup Adnin. Jom la…"

    Adnin alkisahnya, apa yang Tok Bonda ajar dia, dia akan ajar dan pesan kat kami jugak. Rasanya peraturan-peraturan Tok Bonda yang ada dalam kepala Adnin dah boleh dibukukan dan di gazzet kan menjadi 'akta-akta gadis sunti' la pada firasat aku.

    Dalam hatiku kalaulah si honey jadi cucu Tok Bonda, camne yek .

    "Zie dah balik kampung, tur Lila dok terbongkang tidur dah sampai mana tak tahu . Jom la… hang tak kesian ka kat perut aku nie, keroncongnya dah makin sumbang." Lorat Kedahnya dah keluar la tur. Tak sampai hati pula aku tengok Si Honey tu, hiss kawan punya pasai, tak pa nor, sapa lagi yang kita ada kat sini kan kalau tak kawan-kawan sehati lima jiwa kami.

    "Oklah... oklah, emmm… kalau aku teman kau , apa ganjaran aku dapat?" Wah tetiba timbul pula idea nak paw Si Honey yang tengah panasaran dengan mi ladna. Honey senyum terkerising sebab dah dok terbayang mi ladna dan yakin aku 80% dah setuju nak teman dia, untuk jadikan 100%... Honey tawarkan aku untuk membaca dulu buku Donia yang baru dibelinya, makanya akulah orang pertama yang dapat baca dulu, yey yey….

     Honey tahu, Jidah kalau di sogok dengan novel dah semuanya pasti beres. Tawaran diterima. Maka menapaklah kami berdua ke gerai MDK nun jauh di depan, berpeluh ketiak jugalah nak sampai dengan waktu panas-panas begini.

     

     

    "Mi ladna satu," tak menyabar betul, Honey… Honey… kalau iya pun nak memesan sempat-sempatlah duduk dan tarik nafas dulu, ini idak, meja lagi sedepa nak sampai dia dah melaung pesan makanan. Kami duduk di meja batu dan dipayungi payung Gerai MDK, tak la panas sangat duduk bawah payung besar nie.

    Abang Mat datang dengan sepinggan mi ladna yang masih berasap-asap, terliur jugaklah aku dibuatnya. Aku yang masih kenyang ni hanya memesan minuman, air teh 'o' limau jer, dengan cuaca yang panas terik sampai berpeluh ketiak, meminum teh akan dapat membantu menyejukkan dalaman badan kita. Oooo sebab tu orang Arab kat padang pasir tur suka minum teh, dia panggil apa tur 'sha hi' . Tergeliat jugalah lidah nak menyebut.

    Tak semena-mena, aku rasa ada rintik-rintik air menyentuh lengan ku. Ku pandang ke langit, huwaaaa nak hujan la. Awan tebal yang hitam, eh tadi panas terik nie mana datang tiba-tiba rupa nak hujan nie.

    "Honey… nak hujan la, kita tak bawa payung, cam mana nak balik ."

    "Hujan sat jer, kita kan kat bawah payung, besar lagi, mana nak kena hujan." Dengan selamba dia sambung makan.

    "Yelah… kalau tak berhenti macam mana".

    Memang masin mulut aku, Hujan lebat tak berhenti-henti sehingga jam menghampiri pukul 6.00 petang. Huwaaaaaa 6.00 petang, kena masuk dalam kolej sebelum 6.00 petang kalau tak kad matrik anda akan di bawa kepada ketua warden. Aku tak nak buat kerja bakti, malu siut nak cabut rumput kat depan ASPURA (asrama budak-budak lelaki). Jangan buat hal wei.

    "Honey cepat… honey camne nak buat nie." Muka aku dah macam nak menangis dah, ada ala-ala cuka campur garam .

    "Sat aku cari idea, janji hang kena sentiasa bersama aku kay."

    Dengan buat muka tak malu, "Abang Mat, kami pinjam payung gerai nie, nanti kami pulangkan balik," laung Honey.

    Terguling-guling Lila gelakkan kita orang diri tingkap bilik. Melihat kami berdua berpayung di bawah payung cap MDK (Majlis Daerah Kulim). Adnin cuma tersenyum manis, budak tu mana tahu ketawa kuat-kuat macam kita orang. Memanglah Tun Teja dia sorang tu. Tapi jangan lupa, taat-taat Tun Teja pada ayahandanya Bendahara Pahang, dia pernah lagi bersama Hang Tuah. 
                Ceh, nak kahwin lari? Manalah Adnin berani.

     

     

    Panggilan telefon dari Adnin bercerita tentang kedatangan Akhtar tadi membawa aku ke kisah kami di Matrikulasi USM Kulim – Kolej MARA Kulim, satu-satunya kolej Matrikulasi tertua tanah air, persediaan sebelum kami menjejak kaki ke kampus USM. Masa kami di KMK dulu bukan Matrikulasi USM saja, UPM dan UUM pun ada. Tapi sekarang aku dengar KMK bukan lagi menjadi matrikulasi khusus untuk universiti-universiti tertentu, ia telah menjadi pusat matrikulasi umum, persediaan sebelum peringkat ijazah ke mana-mana universiti di Malaysia. Rindu pulak rasanya. Ada lagi tak gerai MDK depan kolej tu.


                 


                Alhamdulillah, aku sudah nak sampai ke Alor Setar. Azan Zuhur baharu sahaja melantun, kata Zie tadi, orang akan datang lepas Asar. Tok Bonda sabotaj dengan hanya masak laksa sahaja. Sok sek sok sek, Honey dengar depa nak bagi keluarga Akhtar tak berkenan ke keluarga Adnin. Orang-orang Gujerati mana tahu makan laksa! Yalah, Akhtar tu biasa makan capati dan beriani, kambing kurma la... tanduri la... habis macam mana. Awal-awal lagi dah tak sekufu.   

    Ah, tak sabar nak tengok calon adik ipar ni. Dulu masa dekat USM tak pernah tengok walaupun sekali. Hanya Zie yang kenal.

                                                

    Toot. Toot. SMS Honey masuk untuk sekian kalinya, melaporkan lintas langsung dari Seberang Perak (Alor Setar). SMS Honey bertalu-talu:

     

    Adnin tengah reyau, tak tau fasal apa. Akhtar on line. Roger!!!

     

    La ni pula Tok Bonda tengah masuk ke bilik dengan Tok Umi si penasihat di belakangnya. Mereka tengah jerit panggil Kak Ajah. Roger!!!

     

    Tok Yang belum sampai ni, macam mana? Roger!!!  

     

           

     

    [Bersambung...]

     

    *PENGUMUMAN:

    Memandangkan cerita Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? ini kaksu jadikan makmal penulisan,  jadi kaksu sudah pun mengundang beberapa penulis jemputan dengan menggunakan  Kod 001 – 007. Bagaimanapun kaksu masih aja jadi Taiko di sini J dan kaksu juga akan menulis juga, insya-Allah. Selamat membaca dan nikmatilah tulisan daripada Pengarang Bersekutu a.k.a komrad kaksu. 


    Catatan:

    Wah, cerita ni sudah mula bergerak ke rumah Tok Bonda nii :) Tak sabarnya nak tahu ke mana Tok Yang ni, kenapa biarkan Tok Umi dok meracuni fikiran Tok Bonda ni, bagaikan Rani Melaka dengan Datin Mandeliar aja lagaknya ni :D 

    Posted at 10:40 am by noorsoraya

    Tok Umi
    May 24, 2009   03:24 PM PDT
     
    Honey... nak bagi cara faraid? tok umi setuju betul, sbb tok umi punya bahagian satu perdua dan asabah, tak gitu tok bonda? *buka katalog cucuk sanggul emas bertatah zamrud* klo dpt royalti tu nanti, beli cucuk sanggul ni biar kalah cucuk sanggul suasa tok bonda tu hehehehe
    HONEY
    May 22, 2009   08:42 PM PDT
     
    *KEPIT PAYUNG MDK BWH KETIAK*

    errrrr...tOkbOnda,kami2 ni kalau bab2 royalti ni..tak kisah walau kena bahagi cara faraid pun. ahaks

    kan ahli komrad kannnn..*kenyit mata*
    dilla
    May 22, 2009   07:36 PM PDT
     
    Zie, kalau betullah rupa Akhtar tu macam Gunawan dlm sinetron Hikmah tu, alangkah syoknyaaa... "Oh! Bung Arman ku..."

    Tok Yang ni nanti jadi sekutu sapa? Kalau sekutu Tok Ummi jugak, tak mo la mcm tu. pleeeeaaaseeee...

    Jidah, bukan ke berat payung MDK tu? bersungguh betul korang mengangkat.. huhuhu...
    kakmOn
    May 22, 2009   09:14 AM PDT
     
    kaksu ni memang, selalu wat hati derg-dig-dug, sabo adnin sayang, kak ajah pasti bole bantu, kan kak ajah kan??? *jeling maut kat kak ajaah yg pura2 bisu*

    Jidah
    payung ko glamer hape, awat tak jual eskrim terus, kan notie kan??hikhikhikhik *gelak guling2*
    kak lija
    May 22, 2009   09:12 AM PDT
     
    Uwah kelakar lah honey & jidah guna "parasol" majlis bandaran lagi..ha ha ha boleh bayangkan bila angin kencang hampa berdua blh terbang terbuai- buai....lagi terus sampai rmh tok bonda
    nawwir
    May 22, 2009   08:33 AM PDT
     
    Klavu.....

    Payung tur kalau cap 'dome' dan color nya hijau glamur la sikit
    ini idak cap "MDK' yang dah lusuh tur

    hisss... nakai sunggul la budak2 nie.

    roger.... roger
    rasanya on the way nak sampai tur Jidah pi beki capati dengan kari kima kot. cover line.
    kLavu
    May 21, 2009   07:41 PM PDT
     
    muahahaha glamer giluz la pakai payung besar dome tuh *tebayang jidah angkat skirt ropol2 tinggi2* :p
    akhtar+syahid kapoor?? nehiiii kebi nehiii, akhtar korean heiii ayii ayii
    Zie
    May 21, 2009   05:33 PM PDT
     
    oooo.. patut la Bang Mat dok habaq kat cheq payung dia kena rembat. Jidah & Honey punya angkara la ni. hmmm... ingatkan Zie sorang ja yg suka wat benda2 luar kawalan nih. hahaha...

    ish.. ish..ish.. sian kat Akhtar a.k.a Shahid Kapoor kena dera mkn laksa. musti dia kata "laksa? nehi.. nehi.. i want chapati.
    Tok Bonda
    May 21, 2009   05:25 PM PDT
     
    Aisyah,

    Cerita ni tak akan dibukukan sebab, penulisnya terlampau ramai - macam mana nak berbahagi royalti ni :D Betul tak, kaksu?
    Aishah Jamal
    May 21, 2009   05:12 PM PDT
     
    Ha...ha... ha...tak boleh nak bayangkan rupa Honey & Jidah berjalan sambil bawa payung besar tu. Tak sedar tergelak besar kat depan PC.

    Bestlah cerita ni. Tak sabar nak tunggu novel penuhnya nanti.
    Jid
    May 21, 2009   03:11 PM PDT
     
    muahahahaha.. hari ni jid dapat emel dari seseorang bernama Akhtar. Jid terbayang pula entah-entah Akhtar yang nak dijodohkan dgn Adnin ni mcm Akhtar ni agaknya... Adnin.. be careful...

    Jid dapat emel dari:

    FROM THE DESK OF MR. MOHAMMED AKHTAR,
    BANK OF AFRICA [BOA].
    OUAGADOUGOU, BURKINA FASO.

    Muahahahaha.. Adnin.. be careful.. kalu AKhtar tu, nanti nampak gigi jer.. opsssssss.. **lariiiiiiiiiiiiii**
    notie
    May 21, 2009   01:35 PM PDT
     
    kahkahkah haney n jidah bawak payung aiskrim yg besar tu ka....hahaha*tekan perut gelak sakan* nasib baik le semua itik dan ayam kat tepi jalan tak gelak kan sama....adehhh

    Wah makin seru sih citernya....tak nak minta nasihat pak mertua madu 3 ka... *roger roger james bond 007 datangle menolong*
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry