catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~



  • << June 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05 06
    07 08 09 10 11 12 13
    14 15 16 17 18 19 20
    21 22 23 24 25 26 27
    28 29 30


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing












    Who links to me?



    18 Sept. 2007

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Thursday, June 25, 2009
    [19] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xvii): ADNIN

    Untuk Sekali Lagi!

    Oleh: Noor Suraya

     

    ZIE DAN HONEY terbongkok-bongkok menghendap di dinding yang sudah dilubangi sejak awal. Kalau Tok Bonda tahu mereka menggerudi buat lubang kecil dari kamar tamu ini menghadap ke ke ruang depan, mati! Rumah ni sudah 100 tahun usianya: satu abad! Kayunya tak pernah dimakan anak-anai, bubuk, apa lagi pernah rosak kat mana-mana. Kayu jati asli ini, dibawa dengan gajah dari Phuket sewaktu ayah Tok Bonda menjadi wakil kerajaan Kedah ke Siam. 

     

    Zie dengan Honey ni memanglah terlebih berani. Adnin yang menjadi cucu Tok Bonda selama ini, nak calarkan dengan pensel pun tak berani dinding ni. Alih-alih, depa berani aja menggerudi. Bapa Honey tu betul kerja 'part time' tukang kayu, dan dia ada berbagai-bagai jenis alat berkaitan untuk menukang. Tadi pun dia bawa beberapa jenis skru ke sini untuk tujuan melubangi tu. Tapi Zie lagi terlebih advance – dia ada  bukan saja ada BlackBerry tetapi juga ada Black n Decker!

     

    "Cepatlah Adnin, depa dah turun tu. Tak dapat tengok Akhtar, tengok Pak Mukhtar pun jadilah. Pastu, kau bayangkan di fikiran kau... mudakan dia tiga puluh tahun – jadi la muka Akhtar." Adnin tidak bergerak. Dia masih bersimpuh di tepi katil.

     

    "Pergilah tengok," pujuk Jidah pula. Dia baru sampai, sebelum 'wayang Atap Genting Atap Rumbia' bermula. Kasihan Lila, dia masih terperangkap di rumah Kak Ajah sejak tadi. Tapi menurut Honey, "Entah-entah dia duk main PS3 dengan Ali – lawan perang-perang, tu yang dia tak ikut 'bertempur' di sini ni." Lila ni memang penakutlah, rungut Zie tadi.

     

    "Macam mana ni? Sebelum kita kata yes ni... kenalah tahu rupanya seket." Kata Honey. Matanya menjeling ke arah Zie yang tak ada back-up gambar Akhtar langsung. "Kononnya dia pernah tengok Akhtar, kononnya classmate dia!" sindir Jidah.

     

     

    Malas Zie nak buka cerita, yang sejak dia ada pakwe secara serius ni, dan dia akan ambil keputusan tak lama lagi untuk mengakhiri zaman gadisnya, dia jadi terlebih berhati-hati. Pakwe  dia ni, mummy dia tu seorang ustazah pula, jadi Zie telah buang semua gambar classmate lelaki dia sejak dari zaman tadika, apalagi zaman universiti.  Dia tak mahu bakal mummy salah sangka. Dia dapat tahu Ustaz Solihin – ustaznya dulu – jiran  sebelah rumah bakal mummy dia. Jadi Zie ingin masuk ke rumah mentuanya nanti dengan clean &  clear image – eh, macam bunyi alat pencuci pula, clean n clear!

     

    "Agak-agak ada tak muka si dia macam  D.J Dave," celah Tok Yang yang baru sahaja masuk ke bilik selepas kerabat Akhtar turun ke tanah. Kak Ajah menemani mereka sehingga ke pokok mempelam. Cucunya Leyinah, pun ikut sama ke bawah, dia masih seronok bermain dengan adik Akhtar. Tok Bonda dan Tok Umi menunggu di tangga sahaja.

     

    "Apa la Tok Yang ni, mana kelas muka dia macam D.J Dave – mudalah sikit, biarlah handsome lagi." Celah Honey.

     

    "Ya la, Tok Yang... biarlah muka dia nampak belia tahun dua ribu sikit." Sampuk sekutunya, Zie. Tok Yang ni kalau pelakon, semua dia suka yang tahun 70-an saja, dia tak advance macam Tok Umi yang vogue tu. Lebih-lebih lagi kalau pelakon tu dari seberang; tak berkelip dia menonton. Ada sekali tu, hangus cup cakes dia sebab ralit lihat cerita Achir Sebuah Impian. Kalau setakat, Roy Marten, Robby Sugara dengan Herman Felani serta Slamet Raharjo tu tak apa lagi. Ni Ateng, Barry Prima dan Benjamin S pun, dia minat sama rata.

     

    "Ala, masa zaman Tok Yang muda-muda dulu – itulah artis kat Malaysia yang elok. Sedih Tok Yang dengan Tok Umi masa D.J Dave tak jadi kahwin dengan Uji Rashid. Rasanya tu la pasangan yang secocok waktu itu." Kata Tok Yang, sambil menghulur cincin tanda pada Adnin. Cincin merisik.

     

     

    Cincin ni tadi, Tok Bonda sudah nak beri balik, tetapi cepat-cepat Tok Yang capai, dan dengan rendah diri berkata: Tak pa, nanti saya bincang dengan tuan punya diri dan sanak saudara di sini. Ditekan kata 'tuan punya diri' betul-betul. Kalau jadi, kita main calling-calling fasal majlis bertunang tu. Senang-senang tak payah lah bertunang kita buat terus. Ditekan frasa, 'senang-senang tak payah lah bertunang kita buat terus'. Mata Tok Umi dan Tok Bonda yang saling menikam tu,  dia lawan dengan tangkas.

     

    Dalam fikiran sudah siap merancang. Mak Andam tak susah, Dilla ada: sentiasa bersiap sedia.  Baju pula, cakap aja, Angah Su sekejap aja menyulam. Dua-dua wanita kreatif tu, bila-bila aja Tok Yang panggil mereka siap menjunjung titah. Masak untuk pengantin, Tok Yang sendiri yang akan uruskan. Nak makan apa? Beriani Laksamana Sukam. Semua dia cekap. Tapi yang buat dia dug-dag dug-dag tu dah menjegil Tok Bonda dengan mata buaya tak makan mangsa seratus hari aja. Tapi dia tawakal saja, dia sudah terlarut janji dengan Adnin tadi. Sayu apabila melihat mata sayu 'cucu' kesayangannya itu. Dia kenal budak Adnin tu bukannya baru semalam, tetapi sudah dua puluh enam tahun.

     

    "Adnin, tak nak cincin ni." Katanya, sambil meletakkan ke dalam genggaman Tok Yang.

    "Adnin dah mengalah. Adnin tak larat berbalah dengan Tok Bonda. Biarlah Adnin duduk sini sampai tua, dan mati. Tak payah kahwin." Kata Adnin, dilapkannya air mata ke baju kurung dari kain cit yang coklat kusam warnanya.

     

    Waktu dia membawa air, dan laksa – dibantu oleh Honey dan Zie – ke depan tu, mata emak, ayah dan saudara mara Akhtar tak memandang ke arahnya. Depa tak berkenan. Depa tidak tertarik kepadanya. Depa lebih tertarik pada Zie dan Honey yang rupawan dan pandai bergaya tu.

     

     

    "Astaghfirullah, kenapa ni?" tanya Tok Yang.

     

    "Kau kecil hati fasal tadi ke," tanya Honey.

    "Fasal apa?" tanya Tok Yang, suspens.

    "Emak 'mentua' dia ingat Honey ni dia. Dan bapa mentua dia pula ingat Zie tu, Adnin."

    "Dan ingat Adnin tu, babu!" sambung Jidah, sambil tersenyum. Tak sangka yang selama ini mereka kira hati Adnin dibuat daripada ais itu tahu erti merajuk dan cemburu. Ini perkembangan yang sihat.

     

    Adnin menggeleng.

    "Bila pula Pak Mukhtar dan Mak Cik Najihah tu kata Adnin ni bukan Adnin 'mereka'. Mata depa meleret aje memandang dekat Adnin yang sopan dan pandai menghidangkan makan dan minum tadi." Puji Tok Yang. Pipi 'cucunya' dicubit-cubit macam dia duk massage doh piza lagaknya.

     

    Ya, yang buat depa terkejut tu lihat Zie macam kedai emas bergerak. Banyaknya barang mas bersalut di badan anak dara tu. Yang Honey tu pula, baju dia saratnya dengan labuci – macam kilang labuci sahaja. Tapi dia tidak sampai hati dia mengatakan begitu pada anak-anak dara tu. Bahawasanya mereka terlebih bergaya, over shadow Adnin.

     

    "Depa kenal, katanya arwah anak depa dah pernah bagi gambar Adnin dulu. Tapi anak depa Akhtar kata, selepas lima tahun barulah dia nak cakap fasal janji Adnin dengan dia tu. Sebab tu ayah dia bergegas datang." Kata Tok Yang sambil tersenyum.

     

     

    "Janji apa, Adnin?" Mata Tok Yang sudah membundar. Dan mata berpasang-pasang kawannya yang lain terbeliak juga. Muka Adnin sudah memerah, tersipu malu. Ah, janji itu! Dia tak suka dengan kata-kata Akhtar tadi, dia juga malu dengan soalan Tok Yang saat ini.

     

    Tiba-tiba Honey bersuara, "Depa aja kenal Adnin, kita tak kenal pun Akhtar."

    "Tak pa la, biar Honey tanya Jid. Kakak dia duduk dekat dengan rumah Pak Mukhtar tu." Sambungnya lagi.

    "Akhtar tu bukannya duduk situ, dia dah lama kerja di luar negara. Dia baru aja balik bercuti, dan tanya fasal Adnin kat aku baru-baru ini! Tiba-tiba ceritanya begini, ada janji rupa-rupanya." Zie sudah tertawa. Adnin semakin merah mukanya.

     

    "Tak boleh ke kau suruh dia kirim gambar dia yang latest edition?" cadang Honey.

    "Mengarut, tak tahu malu sungguh!" pekik Jidah. Perempuan harus jaga gengsi.

    Tok Yang tersenyum senang. Suka cara Jidah menegur idea gila-gila Honey tu. Anak dara kenalah pandai jaga diri. Biar nampak jual mahal sedikit! Fikiran konservatifnya terus bekerja. Yang, yang tadi kau tiba-tiba rebut cincin tu, bagus ke? hatinya mengusik. Sesekali kalau darurat, apa salahnya, kan! bisik kalbunya semula.

     

    Honey menekan SMS. Dan dia akan sabar menunggu MMS daripada Jid. Menunggu gambar Akhtar!

     

    Bunyi suara Tok Bonda  sedang meleter semakin dekat. Dan mereka semakin bimbang.

     

     

    [Bersambung...]

     

    ----

    Catatan:

    1. Sabar ya, kita tunggu gambar Akhtar.
    2. Kesian Tok Yang, harap-harap dia tak kena damprat dengan Tok Bonda – Tok Yang tu kan komrad Tok Bonda, sejak dulu. Dalam bulan-bulan Rejab ni, janganlah garang sangat, Tok Bonda. 

    Posted at 04:53 pm by noorsoraya

    tok Yang
    June 28, 2009   06:49 PM PDT
     
    Awat D.J Dave??? sib bik encik Hail tak masuk gak *tutup mulut takut pearl cafe tersembur kuar*

    kak Ajah
    tok Yang dah tak minat lg ngan badan berketul2 tu *jeling maut kat notie disebelah* Budak kapoor pun tak kenai gak. Skang tok Yang cuma nampak tok wan :p

    Puan Noorsoraya
    Baru aja lepas tengok 'DONGKRAK ANTIK' dono-kasino-indro kat U-tube, tetiba kat sini pun ada drama 'Atap genting, Atap rumbia' :D
    angahsu
    June 27, 2009   08:40 AM PDT
     
    cpt la keluar gambar akhtar..angahsu tak sabar nk sulam bj adnin ni...cpt la letak tarikh majlis ...ehehhhe
    dilla
    June 26, 2009   09:03 PM PDT
     
    Salam Kak Su,
    Saya ada konpius sket la tang ni
    ~Dia dapat tahu Ustaz Solihin – ustaznya dulu – jiran sebelah rumah bakal mummy dia. Jadi Zie ingin masuk ke rumah mentuanya nanti dengan clean & clear image – eh, macam bunyi alat pencuci pula, clean n clear!~

    Ustaz Solihin tu pakwe si Zie atau bakal pak mertua Zie? Atau sekadar jiran sebelah rumah bakal mummy Zie?

    Tak fahamla kak su apa kaitan ustaz solihin ni...

    tq kak su :)

    kLavu
    June 26, 2009   06:03 PM PDT
     
    hahaha huhuhu... tatau nak nanges ker nak gelak baca n3 ni *lap mata n bibir ngan towel good morning*
    Jidah
    June 26, 2009   12:28 PM PDT
     
    *gelak sampai guling2*

    sememangnya seorang gadis yang baik itu kena jaga seperti sebutir mutiara yang tersimpan rapi dan mahal harganya,
    ... tapi Tok bonda jangan la buat mutiara tur jadi pekasam pulak.
    Zie
    June 26, 2009   11:57 AM PDT
     
    Tok Bonda..

    Zie bukan takat terer gerudi dinding je. gelek gerudi Inul Daratista pun Zie terer gak. hahaha...
    dilla
    June 25, 2009   06:21 PM PDT
     
    notie, jgn risau dong ( ni gara2 berkawan dgn Tok Yang). Baju2 pengantin kedai saya sumanya mantap, lebih mantap dari baju2 pengantin Radzuan Razwil.

    Tok Yang, bila nak buat majlis ni? Boleh saya dtg amik ukuran Adnin tu. Nanti saya design yg spesel khas utk Adnin.. huhuhu...
    notie
    June 25, 2009   05:19 PM PDT
     
    Tok yang... agak2 badan barry prima berketul2 lagi ke...*ahaks* ngeri sih kalau dah tua masih berketul2 adehh

    Gerudi dinding...kahkahkah cam citer bujang lapuk je lepas gerudi letak kalendar hahahaha...
    Dila ko jahit mesti kuat jahitannya pakai benang tangsi aku takut kang bila akhtar angkat kaki tetas pulak kelankang seluar dia...Aduhaiiii


    Jid
    June 25, 2009   05:17 PM PDT
     
    haaaa?? **terbeliak biji mata baca SMS Honey**
    Kak Ajah
    June 25, 2009   05:10 PM PDT
     
    Tok Yang, bila nak pi tengok rumah barry prima kat bandung? tak dapat tengok tuannya, tengok piring terbang dia pun jadi le.. :D
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry