BAB A (xviii): AKHTAR
Oh, Ni La Dia!
Oleh: HONEY
Hahaha... memang nak tergelak sungguh. Akhirnya Honey akan berjaya juga tengok muka Akhtar tu. Tak sia-sia Honey upah Chik Dah a.k.a Jid. Iye, betul! Honey tak sangka sungguh dengan hanya umpankan eye shadow colour hijau Chik Dah sungguh bersemangat nak menolong Honey. Honey tak perlu susah memujuk rayu Chik Dah, kerana Cik Dah yang sudah terpesona jiwa raga eye shadow terus aja Chik Dah jadi lagi advance.
Tahu dia buat ape? Chik Dah berjaya songlap gambar Akhtar! Isy, isy... hebat sungguh Chik Dah. Geliga.
Idea asalnya, Honey cuma nak minta tolong Chik Dah lukiskan aje muka si mamat Akhtar tu, ala-ala tukang lukis gambar kat dalam mahkamah atau pun Chik Dah curi-curi ambil gambar Akhtar dengan menggunakan kamera handphone aja, tapi bila Chik Dah yang dah terlajak advance buat keje. Alamakkkk bestnya la.
Bukan Honey suruh ya, Chik Dah yang pandai-pandai curi gambar Akhtar daripada album keluarganya (Chik Dah tu best friend ibu saudara Akhtar dulu-dulu)
Jadilah, sekurang-kurangnya Honey ada jugak gambar Akhtar untuk ditunjukkan kepada Adnin... dan lagak akan kecekapan Honey, kalau nak harapkan Zie nak MMS ... ermmm macam-macam alasannya. Jadi Honey telah cap Blackberry Zie jenis cap ayam sebab , MMS pun takde! Mungkin dia beli BlackBerry di kedai bundle dari gipsi nak balik negeri. Ceh L
Akhirnya… berjaya juga Honey nak tengok muka yang dah kena pangkah dengan Tok Bonda tu. Sebenarnya, Honey selalu bayangkan Tok Bonda pangkah setiap muka peria-peria yang berkenan kan Adnin macam P. Ramlee pangkah rumah dalam filem yang ada lagu Aci-aci Buka Pintu tu, filem apa ye? Honey kena tanya Tok Yang, sebab Tok Yang kan peminat P.Ramlee.
Petang ni Chik Dah dah janji nak dating dengan Honey kat Café LipLap sebabnya nak serahkan gambar eksklusif tu. Tak sabar betul Honey nak tengok. Hu lala.
Semasa memandu, selepas Honey jumpa Chik Dah, SMS dari sekutu Honey masuk macam AFUNDI aje, semua orang tak sabar nak tengok muka Akhtar. Tapi nyampah betul, Honey tak tahu pulak sejak bila Chik Dah jadi lurus bendul.

Ini gambar anak Raja Dubai mana pula, Cik Dah, oii!
Iye, memang la Honey tak cakap, Honey nak gambar Akhtar yang terkini, tapi kenapa Chik Dah pegi curi gambar Akhtar masa tadika! Uwaaaa… Honey dah merah hidung, dah panas mata, Honey betul-betul rasa nak menangis. Sebabnya Honey terpaksa jugak serahkan eye shadow hijau ke Chik Dah walaupun Chik Dah bagi maklumat pun tak betul. Chik Dah cakap, "Honey dah janji nak upah Chik Dah, jadi Honey kena juga bagi upah eye shadow tu!" Geramnya Honey, Chik Dah selamba aja bangun selepas dapat eye shadow tu.
Habis Honey macam mana? Macam mana Honey nak berjawab pada lawyer-lawyer buruk tu. Huwaaaaaaa... kesian Adnin. Tapi lagi kesian kat Honey. Uwaaaaa. Tok Yang dah janji nak bagi baju sutera cina warna pink kalau Honey berjaya dapatkan gambar bakal cucu menantunya tu. Ni bukan sekadar tak dapat sutera cina, bunga cina pun Tok Yang tak teringin bagi.
Dalam hati dia sudah nampak senyum sinis Zie L nyampah!
______
Catatan:
Kaksu dan seluruh produksi Tepaknya Emas, Pinangnya Mana ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada Cik Dah. Kita sayang Cik Dah!!!