Akhirnya... alhamdulillah, cerita kecil ini siaplah sudah :) cerita 3 dalam 1 ini kaksu kongsi dengan konco-konco kaksu yang berdua lagi itu.
Ingat lagi tak cerita Tanya Sama Angin? Inilah ceritanya, kaksu menggunakan tajuk asalnya semula, Rumah Kecil di Ujung Padang. Oh, ya 'ujung' tu 'hujung', dan 'padang' tu 'field', dan bukannya 'Padang' (wilayah di Sumatera tu).
Cerita tentang Doktor Heru (si doktor haiwan)... tentang Mubin dan Nabil, juga Haiqal :) Dan Ungku Durrah di Pulau Duyung, Terengganu....
Kompilasi ini akan terbit bulan Ogos 2009 - tetapi insya-Allah di Pesta Buku Selangor 2009, sudah mulai dijual.
"EH, TAK KERJA?" tanya Durrah tiba-tiba, apabila dilihatnya doktor haiwan itu tidak menggunakan uniform kerjanya.
"Dikasi cuti sama papa kamu. Om Iskandar sudah masuk kantor pagi ini... lalu aku dihalau pergi daripada ladangnya. Dia jadi bimbang kalau-kalau sapi-sapi itu mengasihi aku lebih daripada dia." Kata Heru pura-pura serius.
Durrah ketawa.
"Saya tidak sangka Mas Heru pandai bergurau juga... sebab semua orang bilang mas sangat pendiam."
"Aku mungkin pendiam dengan sesetengah orang... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka." Kata Heru sambil tersenyum.
Durrah menelan air liur... apa maksudnya, gadis yang aku suka?
(Petikan kompilasi -- Pelangi: Rumah Kecil di Ujung Padang, hlm 464)
* * *
PENGUMUMAN: Sesiapa yang hendak datang ke Bicara Buku III hari Sabtu (18 Julai 2009) ini - jangan lupa bagi tahu kita orang, dengan kadar segera tau :)
kakmelia July 31, 2009 06:04 PM PDT KakSu,
Baru habis baca Pelangi... BEST giler citer2 dia... Tp apa nak heran kalau penulis2nya memang hebat belaka... Anyway, I like the ending of Durrah... dan Rumah Kecil di Ujung Padang menyebabkan saya membuka kembali SUUN... Rindu pula pd Muzammil... :)
faizah July 22, 2009 04:28 PM PDT salam k.sue, pelangi dh kluar, bla nuansa nk kluar pla?tdi dh fax kt JS..web dia xleh msuk..
kakmelia July 21, 2009 08:27 AM PDT KakSu,
Make sure buku akak ada autograf penulis2nya ya.... :)
dilla July 16, 2009 11:00 PM PDT salam kak su,
segan la nak bising2. saya g sambung bljr ke uk. kalau boleh nak le baca cite si Heru ni. Ada cara nak pesan yg mudah tak? TQ kak su :)
Jid July 16, 2009 08:30 AM PDT Lama tak lawat sini.. Kak Su, Adnin dah kawin ke? bila kenduri?
Angahsu.. maybe boleh tgk wikimapia ni.. http://wikimapia.org/#lat=2.9574414&lon=101.7775154&z=15&l=0&m=b&search=N2%2F7%20seksyen%204%20bangi
angahsu July 16, 2009 08:06 AM PDT salam..kak su..leh kasi map tak gi umah jemari seni.kurang familiar dgn area bangi
nacha July 15, 2009 11:05 AM PDT kaksu.. bole je sekiranya in the future kalu kaksu nak buat sequel sy jd 'translator'... hehehe.. ni gara2 bc novel2 Indon & juga menonton sinetron. maid sy sendiri pun takde ckp bahasa Indon mcm sy. mkn hati dia dgr majikan dia ngomong dialek Indon. hahaha...
ainunl.muaiyanah July 15, 2009 10:30 AM PDT kita berkonvo hujung minggu ini. nak pergi tapi tak sempat. sedih~
mar July 15, 2009 10:17 AM PDT to kaksu, syud & hlovate...TAHNIAHHHH untuk Pelangi...pasti meletopp..*wink*
kaksu July 14, 2009 10:33 PM PDT angahsu,
masa bicara buku tu belum siap la angahsu... tapi 23 Julai sudah ada di UIA, dan 24 di Pesta Buku Selangor - insya-Allah
Dilla,
Oberc kat mana? O patutlah masa pesta buku KL baru ni tak datang ziarah kaksu... huhuhu pindah oberc tak cakap :(
Nacha,
uwaaa... patutnya waktu Heru cakap dengan Durrah, Nacha kena jadi 'translator'-nya - dialek Jakartamu, bagus amat lho
Noorul,
Sila kan, datanglah :D
klavu,
masakan tidak :)
Nin,
terima kasih daun keladi :D bila-bila pesan lagi...
Nuha,
24 dah boleh beli lah...
Nuha July 14, 2009 12:38 PM PDT Ogos? Cam banyak minggu je lagi. Tak sabar nih kak sue