catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~



  • << July 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30 31


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing












    Who links to me?



    18 Sept. 2007

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Thursday, July 30, 2009
    [21] Tepaknya Emas, Pinangnya mana...?

    BAB :WAFI

    *PENGARANG BERSEKUTU (008): XILEM

     

    DARI JENDELA bilik Adnin; Jidah, Zie, Honey, Lila dan tidak ketinggalan Kak Ajah juga sibuk berkumpul meninjau ke arah pangkin di bawah pokok mempelam di luar sana. Sejak peristiwa risikan Pak Mukhtar beberapa hari yang lalu, inilah kali pertama mereka dapat berkumpul semula. Kononnya ad mesyuarat agung luar biasa – kes bagaimana hendak mengatur strategi. Mereka ramai-ramai berkumpul di bawah pokok mempelam yang kebiasaannya menjadi tempat Tok Umi dan Tok Bonda bersidang parlimen mencecah garam belacan di petang hari.

    Manakala daripada serambi rumah agam Tok Bonda pula; Tok Umi, dan Tok Yang turut sibuk mengintai ke arah yang sama. Cuma Leyinah si cucu kesayangan Tok Yang itu dan Tok Bonda sahaja yang nampaknya buat dunno dengan keadaan di luar sana.

    Leyinah tetap sahaja seperti tadi, duduk di satu sudut dan bermain-main dengan anak patung miliknya. Tok Bonda pula kononnya langsung tidak mahu ambil port, tetapi mata helangnya sejak daripada tadi tidak lepas-lepas merenung tajam ke arah sepasang Adam dan Hawa yang sedang duduk di bawah pohon mempelam itu.

    Di pangkin bawah pohon mempelam, Adnin hanya duduk berdiam diri menunduk ke tanah menunggu Abang Wafi yang entah jatuh daripada langit mana tiba-tiba sahaja muncul di rumah Tok Bonda ini; memulakan bicaranya pada Adnin.

    Memang agak gempar sebentar tadi jadinya bila Wafi yang telah lama menghilang entah  ke mana tiba-tiba sahaja muncul di hadapan rumah Tok Bonda ini. Kemunculannya itu pula elok-elok benar setelah kereta yang membawa rombongan merisik daripada Akhtar berlalu pergi beberapa hari yang daripada rumah Tok Bonda. Apatah lagi sejak itu, Adnin dan kerabatnya bagai diserang demam kepialu. Apa resolusi harus dipilih?

    Melihat sahaja kelibat Wafi tiba-tiba muncul di rumah itu, pipi Tok Umi yang sudah sedia merah ditempek pemerah pipi milik Si Honey semakin merah saga jadinya. Dia takut rahsia dia selama ini yang memaksa Wafi menandatangani pakatan secara senyap supaya menjauhkan dirinya daripada Adnin itu akan terbongkar.

    Zie, Lila, Honey dan Jidah; kawan-kawan Si Adnin serta Tok Yang juga turut sama terkejut melihat kemunculan Wafi. Namun dalam pada itu, sempat lagi  Lila dan Zie berebut buat aksi mengelip-ngelip mata mereka dengan Abang Wafi yang selama ini dipuja mereka dalam diam sampai si anak teruna itu tersipu-sipu malu jadinya.

    Antara semua itu, reaksi yang paling hebat diterima ialah daripada Kak Ajah. Nampaknya kemunculan Wafi ini sememangnya benar-benar mengejutkan kerana Kak Ajah yang selama ini bisu sejak trauma akibat tersampuk dengan pencuri yang masuk ke rumah jiran selang dua rumahnya suatu ketika dahulu, tiba-tiba sahaja boleh keluar suara dan menyanyi lagu Raihan…

     

    Ucapkanlah Alhamdulillah,

    Syukur kita kepada Allah…

    Ucapkanlah Alhamdulillah,

    Syukur kita kepada Allah…

    Selawat ke atas Nabi,

    Muhammad ya Rasulullah…

     

    Cuma Tok Bonda dan Adnin sahaja yang nampaknya langsung tiada riak; seolah-olah langsung  tidak terusik melihat kehadiran Wafi itu.

    Adnin, dia bukannya tak ada perasaan langsung hendak memandang Abang Wafi yang agak dirindunya itu. Yalah sekalipun jodoh mereka tidak panjang, lelaki itu masih lagi tetap berpangkat seorang abang sepupu pada dirinya. Tetapi rasa teruja itu dipendamkannya sahaja di lubuk hati kerana dia tidak mahu menaikkan lagi amarah Tok Bonda pada dirinya ini sejak ura-ura Akhtar nak datang menyunting dia mula berkicau.

    Tok Bonda pula seperti biasa di dalam situasi sebegini, dia begitu bijak menyembunyikan perasaannya dengan sifat yang diklasifikasikan oleh Adnin sebagai sisi garangnya. Namun begitu, nasiblah Wafi yang sudah bertahun-tahun di perantauan masih tidak melupakan adab dan santun; disalaminya dan dicium juga tangan Tok Bonda sebagai tanda hormat.

    "Adnin, ni abang Wafi nak tanya ni. Adnin kenal ke siapa budak lelaki yang datang pinang Adnin tu? Tok Bonda dah terima ke pinangannya tadi? Baik ke budaknya tu?" Setelah agak lama menyepi dan mengumpulkan sedikit semangat, Wafi menembak soalan yang amat-amat ingin diketahuinya bertalu-talu kepada Adnin.

    Adnin hanya memandang sekilas ke arah Wafi sebelum menundukkan semula kepalanya. Dalam hatinya dia mengomel sendirian, 'Apalah abang Wafi ni, entah ke manalah dia pergi menghilang, tiba-tiba balik sini terus nak soal-siasat orang macam polis pencen'.

    "Budak laki tu dia nama dia Ahmad Akhtar bin Ahmad Mukhtar. Dia tu adik kepada arwah Along Nisa, bekas rakan sebilik semasa Adnin masa tahun satu dekat USM dahulu. Abang Wafi ingat lagi tak yang dulu Adnin pernah cerita, Kak Nisa tu meninggal dunia sebab dia menghidap kanser tulang?

    Adik Kak Nisa tu pun buat Town Planning macam Adnin. Tapi Adnin tidak pernah kenal dia, cuma pernah nampak sekali di depan library. Sebelumnya hanya Kak Nisa aja yang selalu titipkan salam daripada Akhtar pada Adnin. Lepas Kak Nisa tu meninggal dunia, Adnin langsung tidak pernah dengar khabar dia tentang budak laki-lai tu lagi. Maksud Adnin selepas jumpa depan library tu la.

    Tapi entah sebab apa, tiba-tiba sahaja beberapa minggu lepas dia telefon ke rumah ini dan Tok Bonda yang jawab panggilan tu. Dia kata dia nak mai sini pinang Adnin. Pandai-pandai sahaja dia tu kata Adnin ni pernah janji dengan dia kalau selepas lima tahun, Adnin belum kahwin lagi dan dia belum ada sesiapa, kami akan mengikat dua hati.

    Tapi hari tu, depa mai datang merisik aja. Adnin tak tahu apa yang Tok Bonda kata sebab Tok Bonda suruh Adnin duduk dekat dapur dari mula depa sampai sampailah depa balik" Dengan suara yang perlahan namun penuh emosi geram tak sudah dengan Si Akhtar itu, Adnin bercerita kepada Wafi akan perihal sebenar kisah pinangan itu.

    Buat seketika Wafi terdiam setelah mendengar cerita Adnin itu. Dia sememangnya masih ingat lagi akan Along Nisa, arwah teman sebilik Adnin itu. Ada sekali-dua mereka berjumpa ketika dia datang melawat Adnin di kampus dahulu. Melalui sekali-dua berjumpa itu dan daripada cerita-cerita Adnin yang tidak sudah-sudah tentang Along Nisa padanya dahulu, dia sememangnya sudah boleh buat kesimpulan yang kakak Si Akhtar itu baik orangnya. Jadi kalau sudah kakaknya baik, Insya-Allh adiknya itu juga baik orangnya kan?

    Setelah seketika berfikir dan menimbang-tara baik-buruknya, akhirnya Wafi meluahkan pandangannya.

    "Adnin... dengar sini apa Abang Wafi cakap. Kalau Adnin rasa budak Akhtar tu baik orangnya dan boleh diharap untuk menjadi pembimbing Adnin dalam rumah tangga, Adnin terima sahajalah pinangannya itu. Abang Wafi tahu Adnin adalah cucu Tok Bonda yang baik. Adnin tidak pernah tidak patuh pada kata-kata Tok Bonda. Tetapi buat sekali ini sahaja, Abang Wafi minta tolonglah fikirkan apa yang terbaik untuk hidup Adnin sendiri.

    Sekalipun Tok Bonda hendak menolak juga pinangan budak tu, Adnin ada hak untuk memilih masa hadapan Adnin sendiri. Lagipun bukannya Tok Bonda yang akan jadi wali Adnin nanti. Hanya wali mujbir (datuk dan bapa) sahaja yang ada hak untuk memaksa seorang anak dara itu berkahwin. Abang Wafi bukannya nak ajar Adnin jadi jahat. Tapi Adnin, nak patuh pada orang lain pun biarlah berpada-pada. Macam Tuah yang patuh pada Sultannya, akhirnya dia yang teraniaya.

    Abang Wafi tahu, Adnin ingat selama ini Abang Wafi pergi jauh dari sini kerana Abang Wafi ni tidak tegar hati dan mudah sangat merajuk sama macam abah Adnin dahulu. Tapi Abang Wafi pergi kerana Abang Wafi sedar yang antara kita mungkin telah ditakdirkan sejak di Loh Mahfuz lagi sememangnya tiada jodoh berdua. Dan kalau Adnin nak tahu, selama Abang Wafi di Kiel, Jerman tu Abang Wafi sentiasa mengikuti perkembangan Adnin melalui mak. Abang Wafi sentiasa doakan  Adnin akan segera berjumpa dengan lelaki yang benar-benar boleh diharapkan untuk jaga Adnin."

    Adnin hanya diam mendengar pandangan Abang Wafi yang panjang lebar itu. Hmm... Nanti-nantilah dia fikirkan apa keputusan yang patut diambilnya. Kepalanya masih berserabut lagi saat ini. Dengan hal Akhtar, hal kepulangan mengejut Abang Wafi ini. Isy... fenin-fenin kepala Adnin ini dibuatnya.

    Sekalipun hal sebenarnya Wafi menyorokkan dirinya di Jerman itu adalah kerana Tok Umi yang sudah mengugutnya mahu menyuruh Tok Bonda menerima sahaja pinangan sepupunya si bujang terlajak yang konon ada ML Mercedes 350 itu; dia sorokkan sahaja daripada Adnin akan hal itu. Biarlah hal itu menjadi rahsia dia dan Tok Umi sahaja. Tadi bila melihat pada wajah Tok Umi setelah sekian lama tidak bersua, ada rasa simpati tumbuh di hatinya ini. Wanita yang hampir sebaya Tok Bondanya itu sekalipun masih kelihatan bergaya; dia sudah terlalu tua untuk didendaminya lagi. Mungkin apa yang Tok Umi lakukan padanya dahulu, ada juga kebaikannya.

    Salah satunya ialah dia dapat melihat dunianya dengan lebih luas lagi. Perempuan yang ada di dunia ini yang boleh menjadi sigaraningnya bukanlah hanya Adnin seorang sahaja.

    "Adnin, kalau abang Wafi tanya ni jangan marah ya? Err... Lila, kawan Adnin tu dah ada yang punya ke? Kalau tak Lila, Zie tu pun boleh tahan juga orangnya."

    Adnin yang asyik menunduk sejak tadi terus sahaja memanggung kepalanya dan memandang Abang Wafi yang tersengih-sengih itu dengan rasa tidak percaya.

    "Abang wafi ni la..."
    ____________
    CATATAN:
    1. Maaf lambat letak entri ini, kaksu baru sahaja lepas sibuk siapkan Rumah Kecil di Ujung Padang. Pada yang telah membaca, boleh sahaja berkongsinya di sini :)
    2. Xilem, sorry tak sempat mekap entri ini - uwaaa kaksu baru aja balik daripada bertugas di PESTA BUKU SELANGOR (jangan lupa masih ada empat hari untuk ke sana). Nanti-nanti kaksu mekap ya, bubuh gambar yang Xilem kirimkan itu. Internet bergerak seperti kura-kura malam ini.

    DANNNN...
    Kaksu dan semua krew di Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? ingin rakamkan, ucap selamat ulang tahun buat TOK UMI tersayang. Semoga dimurahi rezeki, diramati Dia... dan kami menyusun semua jemari yang ada, maafkan la no kalau ada yang tersalah kata, tersilap bicara... ampun ya TOK UMI :)
    Okey 7 minit countdown to 31 Julai 2009... Panjang umurnya, panjang umurnya... panjangnya serta mulia, serta muliaaa... serta mulia. 

    p/s: kaksu sayang kamu!
     

    Posted at 11:45 pm by noorsoraya

    anis
    August 19, 2009   02:50 PM PDT
     
    dear kaksu,

    saya sudah khatamkan rumah kecil di ujung padang. well written yet not ur masterpiece, i guess.


    Saya menunggu kisah jaja dan din. dan juga kisah mubin. peribadi mubin terasa dekat seperti aqmar aziz dijiwa saya.


    salam comel,
    anis a.k.a cupid
    Lila
    August 5, 2009   03:44 PM PDT
     
    Tok Umi...
    muuaaahhhhh... mmuuaahhh... muuuaahhh

    Terima kasih atas bingkisan! Lila dah dpt! Tok Umi yg sambut besday... Lila yang dapat hadiah! ahaks! sukeeeeee sangat2! =)

    Juga terima kasih pada perantara yang menyampaikan hadiah *jeling2 kat chik Idah* Kak Lila juga cayang kat chik Idah!
    Jid
    August 5, 2009   07:33 AM PDT
     
    Tok Umi... mmwaaahhhhhhhhhhh....
    Jidah
    August 3, 2009   07:54 AM PDT
     
    huwaaaaaaaaaaaa
    minta maaf........... Jidah terlambat wish tok umi.............
    Happy belated birthday Tok Umi....
    Chik Idah
    August 2, 2009   09:43 AM PDT
     
    Tok Umi, pjg usia dan moga sentiasa dirahmati dengan limpahan nikmat yg berpanjangan... Love you! mmwaahhh!!!
    tok ummi
    July 31, 2009   09:19 PM PDT
     
    hmmmm..hmmm... tok umi nak buat ucapan ni...

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih memanjangkan umur umi dan juga menjadikan umi maintain vogue, sungguhpun ramai yang mengumpat umi kununnya kulit umi dah kerepot seribu hehehehe... dengki lah tu. selagi kan Nita tak kerepot, umi pun tetap maintain licin mulus. nak tau umur umi berapa, tanya umur kakNita yang sentiasa vogue tu. Orang lain masa muda rambut itam dah meningkat usia rambut putih, tapi kakNita tebalik la pulak kan kan kana... umi muda berpuluh2 bulan dari kakNita tau :p

    wah terharu sungguh umi, inilah hari puja usia umi yang paling bermakna, wafiku sanggup pulang untuk meraikan besday ku ini hikhikhik *kelip2 bulumata berlian* umi faham, wafi cuma buat2 marah kat umi, tapi sebenarnya wafi syg kat umi kan...

    untuk tuan rumah yang susah payah bentang karpet merah, terima kasih mwaaah

    untuk semua warga krew Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? , makaseh ye susah2 koir untuk umi..

    ... dan untuk semua yang wish hepi beday kat umi juga, mwaaah mwaah mwaaah to u ols ;)

    = wah mcm menang grammy award tok umi buat ucapan hahahaha
    angahsu
    July 31, 2009   08:08 PM PDT
     
    tok ummi...selamat hari lahir...moga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah..
    dilla
    July 31, 2009   07:43 PM PDT
     
    Salam Kak Su,
    Akhirnya ada jugak sambungan yg dinanti-nantikan ni. Makasih. Saaaayaaang Kak Su.

    Zie& Lila tu bukan main kembang ye :P maklumle, Abang Wafi dah sebut2 nama depa berdua. tak aci la macam ni. very tak aci!

    Tok Ummi,
    Happy Birthday! boleh tau birthdayyg keberapa? hehehe... saya ada kek nak email kat Tok Ummi ni, camana ye caranya ;P
    Kak Ajah
    July 31, 2009   03:59 PM PDT
     
    sambung koir tong deram dgn suara soprano tak jadi (jadi mcm kucing tercekik plak) :D
    Allah selamatkan kamu Tok Umi 40x

    *duk imagine Zie jadi penari Saadiah mengiringi latip nyanyi lagu Pilihlah Aku*
    Lila
    July 31, 2009   03:17 PM PDT
     
    Tok Umi...
    Dirgahayu buatmu... moga sentiasa selamat sejahtera dalam lindungan Yang Maha Esa. Lila sayang sangat sama tok Umi... sayang sangat2!!

    Abang Wafiiiiiiiiii... abang, buat Lila jadi malu! *tutup muka dgn selendang ala2 perempuan melayu terakhir*

    Zie, jangan la potong Q =)
    Zie
    July 31, 2009   11:44 AM PDT
     
    Abg Wafiiiiiii...

    "pilihlah aku.. jd temanmu.. agar bahgia hidupmu" *nyanyi lagu Latiff Ibrahim* hahaha..


    Tok Umi yg vouge-da-vass..

    Selamat puja usia utkmu. semoga sentiasa hebat bergaya. nanti kita soh Tokyang wat cake 18 tingkat utk Tok Umi ye.

    "pjg umurnya.. pjg umurnya.. pjg umurnya serta mulia.. serta mulia" muahhh..
    kaksu
    July 31, 2009   12:37 AM PDT
     
    wah, tong deram - bergema suaramu ahaks... melangkah potong reben nampak.

    uwaaa miss semua orang :(
    tong deram
    July 31, 2009   12:33 AM PDT
     
    *join koir ngan kak ajah*

    Ucapkanlah Alhamdulillah,

    Syukur kita kepada Allah…

    Ucapkanlah Alhamdulillah,

    Syukur kita kepada Allah…

    Selawat ke atas Nabi,

    Muhammad ya Rasulullah…

    selamat ari jadi ya tok umi *hulo celak pipi kaler pinkjambu * celak pipi honey tu kasikan balik arrr
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry