catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << March 2011 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Thursday, March 03, 2011
    [3] - Gadisku, Wan Adnin

    Sudah Mengikat Janji!

    hidup berdiri dengan saksi; adat berdiri dengan tanda

     

    Semalam dah pun telefon Angah Su, katanya kalau tak salah budak Akhtar tu buat Bandar & Perancangan Wilayah.  

    "... dari kumpulan kita dia tu! Kalau tak salah, waktu matrikulasi dia sama dengan angah. Tapi ingat-ingat lupa la... muka dia tu macam mana," kata Angah Su yang kini sibuk menjahit labuci. Sambil sambung buat sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Angah Su ambil upah jahit labuci. Tolong ringankan beban perbelanjaan suaminya.

    Tempahannya banyak sekali. Dia sibuk sungguh. Kak Huzlina sudah nak balik Alor Setar minggu ni, anak saudaranya nak berkahwin. Tempahan Kak Huzlina dan kaum kerabatnya sampai lima pasang. Tak ada masanya Angah Su nak melayan Adnin yang sedang gelabah tidak tentu fasal.

    Sahabatnya tu pun satu, takut dia pada nenek dia tu bukan-bukan sangat. Akhtar baru nak datang, bukannya nak ajak dia kahwin lari ke apa ke! Tolonglah, kecilnya masalah... dia buat macam ada masalah negara. Bebannya tidak sebanyak beban saya yang sedang menjahit labuci! keluh Angah Su.

    "Maaflah sayang, angah nak sambung menjahit... nanti Kak Huzlina tak sempat nak melaram. Kak Huzlina tu jadi pengapit nanti!" Telefon diletakkan dengan cermatnya. Matanya Angah Su kembali pada kain krep warna biru leher angsa.

    Adnin mengeluh resah. Internet pula tengah server down tengah hari ini. Kalau tidak, boleh aja dia e-mel Lila. Yalah, Lila ni boleh diharapkan sedikit daripada dia menelefon Hani. Kalau masuk sahaja idea daripada kepala Hani, rosak terus semuanya. Zie pula lalang, tengok bagaimana angin bertiup. Kalau Lila okey, Sheri okey, Zie sendiri pun dah okey... tapi kalau tiba-tiba Zie bertemu Hani, lingkup.

    Selalunya ada sahaja rancangan Hani yang buat Tok Bonda sakit kepala dan berleter panjang. Hani dan Zie kawan sekolah Adnin di Yan Kechil ni. Nama sahaja Yan Kechil, tetapi besar juga kawasannya. Sementara Sheri dan Lila pula dia kenal semasa di universiti, selain Angah Su. Mereka berenam sungguh rapat. Adnin tidak tahu, antara mereka semua tu siapa yang dia sayang sekali. Kelima-lima mereka sungguh istimewa. Sahabat dunia akhirat! Dengan semuanya dia akrab. Dulu semasa di universiti, mereka tidak boleh berenggang langsung. Kini walaupun sudah terpisah, teknologi tetap merapatkan mereka. Alhamdulillah. 

    Seminit kemudian, terus sahaja Adnin membuka buku atur cara Majlis Konvokesyen 2009. Macam semalam, nama Ahmad Akhtar bin Ahmad Mukhtar ada di situ. Yalah Adnin, benda bercetak tak mungkinlah hari ini nama budak tu tiada dalam senarai graduan kut.

    Hmm, kalau dia buat 'urban' maknanya satu kelaslah dengan Azizah ni. Hesy, ni mesti kerja Azizah. Ada-ada sajalah Si Zie ni nak kenakan Adnin. Dia bukannya tak tahu Tok Bonda ni orangnya bagaimana. Tok Bonda bukan kira Adnin kenal orang ke tak, kalau ada budak lelaki tersenyum pun dia akan kata Adnin yang mula menabur senyum dulu. Matilah, matilah. Tolonglah, tolonglah.

    Adnin jadi geram tiba-tiba. Cepat-cepat dia beristighfar. Zie ni kawan baik dia sejak dari darjah satu lagi. Mana boleh marah dekat Zie. Mereka masuk USM dulu sama-sama buat Perumahan, Bangunan & Perancangan. Cuma pengkhususan mereka sahaja yang tak sama. Hmm, dia tak boleh marah-marah dekat Zie; belum tentu pun ini idea dia. Kalau ya pun, kasihan Zie, dia cuma nak Adnin berbahagia. Dia tak nak Adnin terus-terus ingat kepada Abang Wafi.

    Abang Wafi...

    Matanya memandang ke luar jendela. Matanya sudah terlepas di sawah yang terbentang luas. Musim pokok padi sedang menghijau, di belakangnya pula Gunung Jerai berdiri tegak. Indah sangat. Inilah lebihnya rumah Tok Bonda. Pemandangannya tidak terbanding di mana-mana.

    Seminit kemudian mata Adnin kembali pada lama rumah. Tok Umi, sahabat baik Tok Bonda sedang 'mempengerusikan' mesyuarat ala-ala sidang parlimen bawah pokok mempelam depan sana. Janganlah Tok Bonda cerita fasal Akhtar nak datang, tak fasal-fasal Tok Umi 'bubuh benzin' tentulah semakin Tok Bonda terbakar tengah-tengah hari panas begini.

    Kak Nijah sedang jalan perlahan membawa garam belacan yang sudah ditumbuknya. Adnin mengerling jam di tangannya. Sudah pukul sebelas setengah. Sudahkah siap masak hidangan tengah hari ini, Kak Nijah? Adnin jadi hairan. Tidak pernah-pernah 'mini parlimen' Tok Umi bersidang waktu menginjak ke tengah rembang begini. Siap ada cecah garam belacan lagi. Pelik!

    Adnin teringin sekali turun 'bersidang' di bawah pokok mempelam tu. Tapi mana berani. Pantang Tok Bonda biarkan cucunya mendengar orang dewasa berbual.

    * * *

    "Budak-budak perempuan la ni bukan boleh percaya Kak Wan. Duduk aja di rumah, konon tak pernah turun ke tanah, apalagi pergi mana-mana. Tapi sebenarnya, depa tu 'siang malam' tak lekat di rumah... asyik 'berjalan sana sini'."

    "Macam mana tu?" Cermin mata Tok Bonda melurut ke hidung. Dibetulkan tudung putih di kepala.

    "Telefon mereka ada... duk SMS sampai masuk ke bilik anak teruna orang, YM ada... bukan ke tu namanya duk berjalan rumah anak teruna orang siang malam. Tak reti malu sungguh! Kena jaga sikit Si Adnin tu, kalau tidak macam manalah pula budak nama Akhtar tu kenal dia, tapi yang hairannya tu... dia buat-buat tak kenal budak tu. Haru ni, Kak Wan! Haru! Malu kita!"

    "Betul tu, Umi. Kak Wan tak pernah terfikir sampai macam tu. Patut lama dah kena potong Internet. Telefon tu, biar jangan yang jenis yang kena tambah kredit, tapi yang pakai bil... bolehlah Kak Wan pantau siapa yang Adnin telefon."

    Kak Nijah mencelup buah mangga epal yang siap dipotong ke dalam garam belacan. Kalau Umi datang, Wan Empuk akan terkebil-kebil dengar nasihatnya. Apa yang masuk dalam telinga kanan atau kiri, tak keluar-keluar dah selepas itu; terus lekat dalam hati. Kemudian semua 'hasutan' Tok Umi, akan jadi akta baharu dalam kaedah Wan Empuk menjaga cucu perempuannya yang satu-satunya itu!

    Umi ni teman baik Wan Empuk, mereka dah kenal lama. Jadi jangan sesekalilah Adnin berani nak melawan pendapat Tok Umi. Tok Bonda akan siap perang dengan Adnin sampai seminggu tak bercakap pun boleh. Pada Tok Bonda, Tok Umi dan Tok Yang mesti dihormati seperti nenek sendiri juga. Tidak hormat kepada kedua-dua sahabatnya itu, umpama Adnin menderhaka kepadanya juga.

    * * * *

    "Kak Nijah, apa yang Tok Umi bualkan dengan Tok Bonda?"

    Kak Nijah menunjukkan tanda isyarat dengan tangan. Adnin cepat dapat mentafsirkan.

    Hah???

    Kak Nijah ni pekerja kesayangan Tok Bonda. Sejak dulu, dia tinggal dengan mereka. Dulu dia elok sahaja.

    Namun ada sekali tu, dia terkejut waktu pencuri masuk rumah, terus tak boleh bercakap. Kata doktor, kalau ada benda mengejutkannya lagi, mungkin Kak Nijah dapat bercakap semula. Adnin selalu mendoakan agar Kak Nijah boleh bercakap lagi, dia rindu pada Kak Nijah yang dulu. Yang menjadi kakak kesayangannya, tempat dia bertukar cerita.

    Apa cerita Kak Nijah tadi?

    Hem, Tok Bonda nak potong Internet dan akses telefon dia. Tok Umi ni sajalah tau, macam-macam dia gula-gulakan Tok Bonda! Patutnya kena dakwa Tok Umi bawah akta hasutan, barulah dia tahu.

    Kak Nijah menuju ke dapur, meninggalkan Adnin keseorangan di anjung rumah. Hari ini dia tidak masuk ke ruang kerja untuk menekat. Sudah dua hari dia diburu resah.

    "Assalamualaikum, Adnin ke?" Adnin dengan rasa malas menyambut panggilan telefon. Entah siapa yang menelefon tengah-tengah hari ini. Jarang sangat klien tekat Tok Bonda menelefon waktu begini.

    "Saya." Balas Adnin, kemudian menjawab salam.

    "Saya Akhtar. Sabtu ini, saya dan keluarga saya nak datang lepas asar tau."

    "Nak datang buat apa? Kenapa nak datang? Saya tak kenal awak pun, tak payahlah datang!" Adnin menjawab dalam satu nafas.

    "Eh, Azizah tak cakap ke? Kan saya dah cakap dekat dia, keluarga saya nak datang merisik awak!"

    "Awak ni pun saya tak kenal yang mana satu!"

    Sejak pagi tadi lepas Tok Bonda cakap fasal apa Akhtar nak datang ke rumah ini, dia sakit perut sampai sekarang ni tak baik-baik.

    "Awak mesti ingat saya! Ingat tak masa tahun satu, dekat DTSP... depan perpustakaan?"

    "Saya tak ingat!"

    "Awak mesti ingat... cuba ingat betul-betul."

    Adnin meletakkan telefon tanpa ucap salam.

    Matilah, 'malaun' mana pula ni. Nak main-main polis sentri dengan Adnin ni. Kalau Tok Bonda tahu ada lelaki berani telefon Adnin, matilah!

    Adnin sayang, cuba pi semak kamus. Kata 'malaun' tu buruk maksudnya dalam bahasa Melayu. Jangan apabila dengar orang cakap macam tu, Adnin pun nak cakap juga. Ingat pesan Tok Bonda, anak gadis harus halus bahasanya. Kata-kata kesat layak untuk orang yang buruk akhlaknya sahaja.

    [Bersambung]

    ____________

    Catatan:

    Rasanya kaksu akan fokus Langsir Biji Remia untuk Pesta Buku :( cerita ini kena berbaris dahulu.


    Posted at 2:18 pm by noorsuraya

    Mohamad Hasshim bin Salleh
    June 1, 2011   11:38 AM PDT
     
    like
    ryn
    March 16, 2011   09:33 AM PDT
     
    setuju..... nak dua2 sekali, boleh ye kaksu......*urut2 bahu kaksu yang dah lenguh menekat*
    Jid
    March 9, 2011   06:52 PM PST
     
    Kak Suuuuuuu... hari ni jid buat marathon baca semua entry kat istana kaksu ni gara-gara sudah beberapa hari tak tido sebab study dan siapkan kerja yang buatkan semua urat hijau jid timbul kat dahi. Petang tadi dah siap semua kerja2 tu. Balik kerja rasa lega sangat dan rasa nak baca sesuatu yang boleh hilangkan urat hijau. Tapi lepas baca entry terakhir Adnin ni, rasa rindu dan tak puas la pula.. nak baca lagi...hehehe.. Moga segala urusan kak su dipermudahkan & dilimpahi keberkatan-Nya.. :-)
    kaksu
    March 7, 2011   03:22 AM PST
     
    Angah Su dan Alyn, kaksu rasa kena simpan cerita ini untuk Pesta Buku Selangor, mekapnya tak siap lagi satu hal, tekatnya belum siap pun.
    alynn
    March 6, 2011   01:31 AM PST
     
    cita nie dulu la kak sue.... cek dah berkenan sangat dengan wan adni nie....
    angahsu
    March 4, 2011   09:38 PM PST
     
    ala..citer adnin la masuk pesta buku...langsir biji remia..nanti la..TAPIKAN..kalau dua2 tak bleh yer Kaksu?
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry