catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~
  •    

    << May 2015 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30
    31


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing









    Who links to me?



    18 Sept. 2007


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, May 12, 2015
    [i] Surat Ungu untuk Nuha

    Pucuk pauh delima batu,
    Anak sembilang di tapak tangan

    "Kenapa hendak sambung belajar, buatnya kena posting jauh dari sini macam mana?" Alang memandang Nuha yang sedang mayang bawang. Matahari petang memindahkan warna tembaganya ke arah jendela dapur mereka yang menghadap sawah padi itu, indah sekali. Padi baru saja menghijau, dan Alang sudah ada banyak masa sekarang ini. Dia baru sahaja balik main sepak takraw di depan tu. Kononnya hendak ajar anak-anak muda main, sepak raga bulatan -- alih-alih dia yang main lebih. Kelam-kabut berlari balik dengan badan busuk peluh, Nuha sajikan pula dengan cerita fasal tawaran ijazah Kejururawatan yang Nuha terima siang tadi.

    "Semua orang dalam rumah Nuha ada ijazah. Nuha saja macam ni, di rumah Alang pun sama. Semua orang ada ijazah."

    Nuha boleh tak kita tak banding diri kita dengan orang lain. Kita sudah lama berbahagia, kenapa hendak pergi jauh dari Alang ni. Walaupun Alang ni banyak aktiviti lain, dan bukan jenis menghadap wajah isteri siang malam, tapi Nuha la yang menjadi keutamaan Alang setiap hari, selain emak.

    "Nuha nak studi sebab nak menunjuk ke?"

    Nuha tarik muka. Alang ni saja tau, tak sokong hasrat isteri. Orang lain, kalau isteri nak belajar, beri sokongan.

    "Bukannya lama pun, empat tahun sahaja."

    "Pada Alang lama."

    "Hujung minggu Nuha balik la, bukannya susah pun kereta api ETS ada sekejap saja sampai." Nuha tersenyum teringat pada peristiwa yang mereka bertemu dalam kereta api Ekspres Langkawi, dan betapa dia tidak menyukai Alang pada mulanya.

    "Eh, bukan main dia. Ingat murah ke Nuha."

    Pada Nuha memang murah berbanding betapa dia akan rindu Alang nanti.

    "Nuha ingat Alang di sini, duk buat kerja cap duit dalam kilang padi tu ke?"

    "Alang tu, kalau dengan Nuha berkira. Kalau dengan orang lain, habis duit ringgit Alang sedekah habis." Mata Nuha sudah berair sebab tangannya tersapu bawang merah.

    Alang sudah jadi sejuk hati, Nuha ni fasal kecil ni pun dah nak nangis. Itu yang buat Alang jadi lemah hati hendak bergaduh lama-lama dengan dia.

    "Bukan berkira, tetapi kita bukan ada banyak duit."

    Alang macam tu la, dia selalu tak mahu kalau abah nak beri duit gaji lebih kepadanya. Kononnya, Alang takut Alang tak kerja dengan sempurna, mana tahu sebahagian daripada masa untuk bekerja tu Alang duk tulis puisi atas guni beras. Alang takut tak halal, tak buat kerja sungguh-sungguh waktu kerja dengan abah. Takut hendak bagi isteri makan jadi darah daging.

    Banyak sungguh takut dia!

    Itu yang Nuha geram, padahal sampai naik hitam legam kulit Alang sebab penat bekerja dengan abah. Rambut keriting dia pun sampai macam topi angkasawan punya besar, tak sempat nak pergi gunting, sebab kerja di kilang abah tu sibuk. Ini baru Alang tu boleh bernafas sikit, sebab kerja di bendang dan kilang berkurangan sedikit.

    Alang tak tahu sahaja, duit yang Alang tak mahu tu abah beri pada Nuha. Jadi untuk balik setiap kali hujung minggu kalau Nuha sambung belajar bukannya susah.

    "Nuha nak sambung belajar ni sebab apa? Kerana nak menunjuk atau saja nak tinggalkan suami Nuha ni?"

    "Apa pula kerana orang, yang penat belajar ni Nuha kenapa pula nak menunjuk?" Ya, dia tidak pernah menggunakan kesempatan belajar betul-betul waktu SPM dulu, jadi dia tidak mahu melepaskan kesempatan yang bukan selalu datang. Dia mahu yakinkan diri sendiri, dia bukannya tidak pandai.

    "Habis?"

    "Jemu duduk sini?" soal Alang lagi.

    Mana ada. Tetapi Nuha malas membalas. Nanti panjang lebar syarah wakil rakyat tak dilantik ni semakin menjadi-jadi la pula.

    "Nak tinggal Alang, sebab dah tak suka?"

    Nuha semakin kuat berair matanya, bukan sebab sedih dengan kata-kata Alang, tapi bawang merah ni memang banyak sungguh airnya.

    Nuha cadang nak masak gulai ikan kering dengan terung, itu masakan kesukaan Alang dan Nuha. Dan dia cadang hendak goreng ikan lengat. Sayurnya, tak ada. Dia hanya petik ulam sekeliling rumah sahaja. Alang ni biar duduk Jerman, lama. Tasmania pun lama juga, selera makan dia tetap selera makan orang kampung. Cakapnya, bunyi loghat Kedah pekat.

    "Sudah la  nangis tu. Nanti balik masjid, Alang tak nak bincang hal ini lagi. Jawapan Alang tak boleh. Nuha tak boleh pergi jauh dari Alang. Bendang abah tu bukan boleh pindah ke Universiti Malaya, kalau dak boleh saja Alang ikut Nuha sana." Kata Alang sambil berlalu.

    Eleh, pandai-pandai aja bagi arahan Nuha tak boleh pergi. Nanti kalau dia telefon ayah beritahu, tahulah Alang nak menjawab dengan Tuan Senator Tajul Ariffin.

    Kononnya, "Saya akan beri kebebasan untuk Nuha sambung belajar lagi kalau Nuha hendak buat begitu pada masa hadapan, uncle!"

    Ya itu janji Alang, sebab itu cita-cita Nuha sebelum mereka berkahwin. Tapi Nuha, tak baik tau derhaka pada suami. Tapi Nuha dah jadi rindu pada Ku Cik, sejak anak kecil itu balik duduk dengan neneknya di Kuala Lumpur. Apatah lagi rumah nenek Ku Cik dekat dengan rumahnya saja.

     [bersambung]

    ________________________________________________________

    ps:

    1. Selamat Hari Jururawat Sedunia, Nuha. Juga untuk semua jururawat dan tentunya, untuk Aizah Zamri. Selamat hari lahir, Iejay juga!

    2.      Kaksu buka wayung hari ni... yehaaa!

     

    Posted at 8:30 am by noorsuraya

    Notie
    May 12, 2015   01:51 PM PDT
     
    Yahoooooo yabedabedu.... rindunya bertenggek kat dangau ini... Miss sangat zaman dolu-dolu
    lin
    May 12, 2015   01:44 PM PDT
     
    alang ... janji kena tepati
    nawwir
    May 12, 2015   12:21 PM PDT
     
    hahahahaaaaa.........

    Suka suka sukaa.... depa nie selalu buat lawak hahahaha...

    Si Alang ingat Nuha menangis tapi si Nuha pula ayeq mata berambu sebab bawang hahahaha...

    Suka ayat nieee
    Bendang abah tu bukan boleh pindah ke Universiti Malaya

    Hahaha....
    Hany Fariza Fuad
    May 12, 2015   10:55 AM PDT
     
    Rindu sangat pada Nuha & Alang. Terubat juga!
    April Snow
    May 12, 2015   10:47 AM PDT
     
    Rindunyer kat alang ngan nuha. Tkasih kaksu!
    cik bit
    May 12, 2015   09:56 AM PDT
     
    yeay... rindunya kat nuha..
    Wan Empok
    May 12, 2015   09:51 AM PDT
     
    Atas guni beras pun boleh! Alang ni laaa. Hahaha.
    Wan Empok
    May 12, 2015   09:50 AM PDT
     
    Atas guni beras pun boleh! Alang ni laaa. Hahaha.
    Dyh Usen
    May 12, 2015   09:48 AM PDT
     
    Rincu Nuha dan Alang. Terima kaseh Kak Su ^^
    Mak Cik Raja
    May 12, 2015   08:57 AM PDT
     
    Kenapa komen tak keluar?
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry