Namaku Dahlia, seperti sekuntum bunga. Nama pelik ini dipilih oleh arwah nenek.
Katanya, sebagai orang Melayu, apa salahnya kalau namaku berbunyi begitu. Dengan megahnya dia berkata, namaku ini ada ciri-ciri orang timur. Ya, timur... sama juga seperti syarikat TEH TIMOR yang diwariskannya kepada ayah, dan kini sebagai anak tunggal; aku juga akan menjadi pewaris syarikat teh dan juga kebunnya tu sekali gus.
Selengkapnya, nama aku Putri Dahlia binti Megat Qais. Nenek moyang aku telah meneroka tanah tinggi ini bersama Inggeris untuk membuka ladang teh berjenama hebat, yang terkenal di seluruh dunia. Lalu sebagai mengenang jasa moyangku, keluarga kami mendapat sebahagian kecil tanah untuk dijadikan kediaman dan juga untuk mengusahakan sebuah kebun teh kecil. Pada mulanya teh hasil tanaman moyang dijual kepada syarikat antarabangsa tu. Tidak lama kemudian, moyangku mengambil keputusan untuk membungkus dengan label jenama sendiri sebagai warisan keluarga.
Moyang perempuanku anak seorang Inggeris campuran Cina yang telah lama menetap di Dublin. Lalu tinggal di kawasan dingin ini memang sudah menjadi cita-citanya sejak menjejak kaki di negeri Khatulistiwa yang hangat ini. Semasa pendudukan Jepun, keluarga kami... berada dalam keadaan selamat di sini. Kerana begitu selamat serta ditambah dengan sejarah keluarga yang begitu unik... aku tidak sepatutnya, meninggalkan tanah ini suatu ketika dulu. Tetapi itulah yang telah aku lakukan! Sebentar ya, nanti aku akan ceritakan lagi kenapa aku harus pergi....
Pada mulanya, moyangku mengusahakan kebun teh ini dengan bantuan sahabat baiknya. Bagaimanapun kerana sedikit perselisihan faham... mereka pecah setia kawan... lalu kebun teh ini juga terbahagi dua. Keluarga kami menggunakan jenama TEH TIMOR sementara sahabatnya (musuhnya?) itu, menggunakan jenama TEH SUTRA. Sejak itulah permusuhan antara kedua syarikat teh kecil ini hebah di seluruh tanah tinggi....
Oleh itu, sejak kecil aku sudah diberitahu siang-siang lagi; bahawa keluarga Wadi adalah musuh tradisi keluarga kami – dan aku telah diingatkan awal-awal lagi; jangan sesekali bersahabat apatah lagi berbuat baik dengan musuh keluarga kami itu. Lalu permusuhan keluarga itu aku memperpanjang ke sekolah... sejak aku mula mengenali Wadi dalam usia tiga belas tahun. Mulai saat itu kami telah memulakan 'persahabatan ini' dengan 'perang saudara'. Keadaan seperti telah memaksa kami begitu, kerana kami telah ditakdirkan sekelas mulai tingkatan satu.
Bagaimanapun nay tidak menyenangi nilai-nilai yang ditanam oleh ayah dan nenek kepada aku sejak kecil. Kata nay apa yang sudah berlaku, biarkan saja... ia sudah terlalu lama untuk diungkit-ungkit lagi. Kata nay lagi, kanak-kanak harus diajar untuk bersahabat dengan siapa saja... juga dengan alam. Kadang-kadang hal ini menjadi punca perbalahan ayah dan nay... terutamanya selepas nenek meninggal dunia.
Oh, ya... siapa tu nay? Lupa pula aku nak perkenalkan. Nay ialah ibu kandungku. Ibuku orang Filipina yang berdarah Sepanyol dari Daerah Luzon. Sejak kecil, aku juga tidak suka memanggilnya sebagai nay... bunyinya seperti lucu-lucu begitu tetapi nay mahu aku juga menghargai bahasanya; bahasa Tagalog. Bahasa yang menghormati seorang ibu dengan panggilan nay. Lalu sejak kecil kalau orang ada ayah – ibu atau bapa – emak, papa – mama, umi - walid... lalu aku ada ayah dan nay... sememangnya ganjil... ganjil seperti hidup aku juga. ANEKDOT: Inilah episod pengenalan e-Novel baru: KALIMAH CINTA
Kaksu harap, cerita ini dapat menghubungkan ukhuwah dan kasih sayang antara kita yang telah sedia terjalin. Yalah, sejak Surat Ungu Untuk Nuha ke udara opss ke maya? itulah sahaja wadah buat adik-adik yang sudi singgah di dangau mak cik raja :S
Jadi izinkan mak cik raja berundur diri, biarkan mak cik raja menjadi orang lain pula. TETAPI siapa pun yang kaksu 'merupa'... saya tetap seorang NOOR SURAYA; kaksu kamu!
Ayuhlah, mendaki Tanah Tinggi Cameron Highlands... kaksu menunggu adik-adik di Banglo Tuan Megat Qais... JoMLaH....
p/s: TulipTulen... nak minta tolong buat renovation lagi, boleh... *jeling dekat pink & em yang sedia bayar kosnya sejak dulu*
kaksu August 18, 2006 12:04 PM PDT nursalju,
harap-harap macam tu lah, tapi kaksu pun tak tahu... endingnya macam mana. tak plan lagi lah :S
klavu,
:P dok diam-diam nanti jatuh...
wabbit,
kaksu pun suka... tapi jangan beli yang teko... tak begitu sedap
adhan,
hari tu kaksu dah nak sms, tapi hp kena block olet tuan ismeth... sebab harta kena sita dewi...
tuliptulen,
kaksu nak warna kuning telor atau hijau serai, boleh tak? ahaks ahaks bil mahal pun tak apa... kanda-kandamu tu orang bangsawan... duit ada berpeti-peti :S
ahada,
kaksu pun rindu jadi mak cik raja... sekarang ni sedang belajar jatuh hati pada dahlia...
aHaDa August 18, 2006 12:43 AM PDT kaksu,
kalimah cinta dah muncul... tapi still rindu pada alang dan nuha...
kirim salam pada SUUN sekeluarga...
sekarang tgh belajar mencintai watak Dahlia... heheheheh
tuliptulen August 16, 2006 10:43 PM PDT kak su, :D tahniah! semakin rajin menulis... kalau nak suruh tolong renovate, boleh. kak em, kak long *serah no akaun* bayaran kali ni mahal 10 kali ganda dr dulu. barang2 semua dah naik... fees pun kena naik jugak. achik tak sanggup nak tanggung kerugian.. muahahaha... ucuuuuu, nak jadi main contactor kak chik x?!
dahlia, mungkin kita boleh bersahabat satu hari nanti ;)
kak biru~dekat tetapi jauh...
adhan August 16, 2006 04:24 PM PDT uwaaaaaaaaaaaaa.....dah ada n3 baru tapi napa saya tak tau...*nangis kuat-kuat*
kak su...nak jumpa kak ija kat kedai makan kat tepi masjid tapah? nak ikut boleh?
betul..naik ikut simpang pulai tu..jalan tu lagi okey..saya berani drive ikut itu tapi kalau ikut tapah...jawabnya saya hanya jadi penumpang aje la....
ye la..ala-ala aliya n hadi je... :)
cwazy wabbit August 16, 2006 04:22 PM PDT kaksu shayang....
wabbit suka g CH, dok lepak2 minum teh panas sambil nikmati keindahan alam ciptaan-NYA... :D
kLavu August 16, 2006 04:10 PM PDT yea yea yea ada n3 baru *lompat2 naik bouncer*
nursalju August 16, 2006 03:43 PM PDT wauwi...umah kaksu kembali menyengat....intronya dah mcm sempoi...ahaks...
kaksu August 16, 2006 03:18 PM PDT opssss, kalau macam tu kaksu kena tukar nama dahliya jadi dahlia sahaja... n Wadi... tak boleh tukar dah, sebab makna namanya ada kaitan dengan plot kaksu nanti...
tapi ceritanya, tak sama seperti Tanah Andriyana... cerita ni kaksu saja-saja nak tulis... sebab 'takut rumah ni berhantu tanpa entri'... lagipun, 50 page pertama kaksu siapakan dalam satu hari sampai sakit tangan... dan taip terus tanpa rancangan... ceritanya tak sama, walaupun dahlia - wadi bergaduh... wadi bukannya, baik seperti fitri hadi...
wan amalyn August 16, 2006 03:07 PM PDT kaksu...
Walau siapapun yang datang, makcik raja tetap terpahat kukuh dalam sanubari... kerana makcik raja wan mengenali kawan2 yang baik budi...
Yalah... nanti kaksu nak jadi apa ek?? apa2pun tak sabar nak tau perkembangan Dahliya & Wadi... ala2 Aliya & Hadi ke kaksu??? Namapun dah hampir sama je... :D
kaksu August 16, 2006 02:52 PM PDT infa,
kaksu pun... ari ni mak cik raja dah buka peralatan topeng dia... ahaks
nawwir,
tak nak jadi nay... nak jadi dahliya boleh ahaks
mar,
kalau nak pi jangan naik ikut tapah... nanti pening, naik ikut ipoh ya... kaksu nak naik melalui tapah... dah janji jumpa dengan ija di kedai ikan bakar dekat masjid tu ahaks *kerling dekat ija*
nacha,
alamak... betul tu, tapi cerita dahliya ni macam mana erk... sabar-sabar nanti kaksu bercerita...
ija,
dekat-dekat dengan... alamak kena pergi nyiasat lagi... dah berapa kali pergi tengok 'tapak projek novel' tapi cerita tak siap-siap juga...
tiba-tiba kaksu jadi teringat pada rosapadena... alamak-alamak :) dan sang pacah talor... kaksu memerlukan khidmat mu nanti... banyak yang ingin aku bertanya....
Ija August 16, 2006 02:37 PM PDT Kak Su,
Ija balik kampung nanti nak g CH jumpa Dahlia
*sambil tu tanya khabar Wadi; ternampak2 Wadi jeling2 malu kat Dahlia masa mereka bertembung kat Tanah Rata*
Eh, ladang ini kat mana Kak Su, Blue Valley, Ringlet, Brinchang?
;p
Ija
Nacha August 16, 2006 02:11 PM PDT Kaksu, kalo nay tu dah asal org Filipina nanti carilah hero yg ala2 muka Jericho Rosales. perhhh.. handsome giler.. baru la real "Mahal Na Mahal Kita"
mar August 16, 2006 02:04 PM PDT kak su *laung kuat2*...nak itut nak itut g cameron highlands..boleh x? *kelip2 bijik mata*..hehehe..
nawwir August 16, 2006 12:42 PM PDT kak su......
nak panggil kak su apa yek sekarang ... nay boleh .....
.........
mak cik raja akan tetap dihati... Thank you