catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~



  • << October 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30 31


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing












    Who links to me?



    18 Sept. 2007

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Thursday, July 30, 2009
    [21] Tepaknya Emas, Pinangnya mana...?

    BAB :WAFI

    *PENGARANG BERSEKUTU (008): XILEM

     

    DARI JENDELA bilik Adnin; Jidah, Zie, Honey, Lila dan tidak ketinggalan Kak Ajah juga sibuk berkumpul meninjau ke arah pangkin di bawah pokok mempelam di luar sana. Sejak peristiwa risikan Pak Mukhtar beberapa hari yang lalu, inilah kali pertama mereka dapat berkumpul semula. Kononnya ad mesyuarat agung luar biasa – kes bagaimana hendak mengatur strategi. Mereka ramai-ramai berkumpul di bawah pokok mempelam yang kebiasaannya menjadi tempat Tok Umi dan Tok Bonda bersidang parlimen mencecah garam belacan di petang hari.

    Manakala daripada serambi rumah agam Tok Bonda pula; Tok Umi, dan Tok Yang turut sibuk mengintai ke arah yang sama. Cuma Leyinah si cucu kesayangan Tok Yang itu dan Tok Bonda sahaja yang nampaknya buat dunno dengan keadaan di luar sana.

    Leyinah tetap sahaja seperti tadi, duduk di satu sudut dan bermain-main dengan anak patung miliknya. Tok Bonda pula kononnya langsung tidak mahu ambil port, tetapi mata helangnya sejak daripada tadi tidak lepas-lepas merenung tajam ke arah sepasang Adam dan Hawa yang sedang duduk di bawah pohon mempelam itu.

    Di pangkin bawah pohon mempelam, Adnin hanya duduk berdiam diri menunduk ke tanah menunggu Abang Wafi yang entah jatuh daripada langit mana tiba-tiba sahaja muncul di rumah Tok Bonda ini; memulakan bicaranya pada Adnin.

    Memang agak gempar sebentar tadi jadinya bila Wafi yang telah lama menghilang entah  ke mana tiba-tiba sahaja muncul di hadapan rumah Tok Bonda ini. Kemunculannya itu pula elok-elok benar setelah kereta yang membawa rombongan merisik daripada Akhtar berlalu pergi beberapa hari yang daripada rumah Tok Bonda. Apatah lagi sejak itu, Adnin dan kerabatnya bagai diserang demam kepialu. Apa resolusi harus dipilih?

    Melihat sahaja kelibat Wafi tiba-tiba muncul di rumah itu, pipi Tok Umi yang sudah sedia merah ditempek pemerah pipi milik Si Honey semakin merah saga jadinya. Dia takut rahsia dia selama ini yang memaksa Wafi menandatangani pakatan secara senyap supaya menjauhkan dirinya daripada Adnin itu akan terbongkar.

    Zie, Lila, Honey dan Jidah; kawan-kawan Si Adnin serta Tok Yang juga turut sama terkejut melihat kemunculan Wafi. Namun dalam pada itu, sempat lagi  Lila dan Zie berebut buat aksi mengelip-ngelip mata mereka dengan Abang Wafi yang selama ini dipuja mereka dalam diam sampai si anak teruna itu tersipu-sipu malu jadinya.

    Antara semua itu, reaksi yang paling hebat diterima ialah daripada Kak Ajah. Nampaknya kemunculan Wafi ini sememangnya benar-benar mengejutkan kerana Kak Ajah yang selama ini bisu sejak trauma akibat tersampuk dengan pencuri yang masuk ke rumah jiran selang dua rumahnya suatu ketika dahulu, tiba-tiba sahaja boleh keluar suara dan menyanyi lagu Raihan…

     

    Ucapkanlah Alhamdulillah,

    Syukur kita kepada Allah…

    Ucapkanlah Alhamdulillah,

    Syukur kita kepada Allah…

    Selawat ke atas Nabi,

    Muhammad ya Rasulullah…

     

    Cuma Tok Bonda dan Adnin sahaja yang nampaknya langsung tiada riak; seolah-olah langsung  tidak terusik melihat kehadiran Wafi itu.

    Adnin, dia bukannya tak ada perasaan langsung hendak memandang Abang Wafi yang agak dirindunya itu. Yalah sekalipun jodoh mereka tidak panjang, lelaki itu masih lagi tetap berpangkat seorang abang sepupu pada dirinya. Tetapi rasa teruja itu dipendamkannya sahaja di lubuk hati kerana dia tidak mahu menaikkan lagi amarah Tok Bonda pada dirinya ini sejak ura-ura Akhtar nak datang menyunting dia mula berkicau.

    Tok Bonda pula seperti biasa di dalam situasi sebegini, dia begitu bijak menyembunyikan perasaannya dengan sifat yang diklasifikasikan oleh Adnin sebagai sisi garangnya. Namun begitu, nasiblah Wafi yang sudah bertahun-tahun di perantauan masih tidak melupakan adab dan santun; disalaminya dan dicium juga tangan Tok Bonda sebagai tanda hormat.

    "Adnin, ni abang Wafi nak tanya ni. Adnin kenal ke siapa budak lelaki yang datang pinang Adnin tu? Tok Bonda dah terima ke pinangannya tadi? Baik ke budaknya tu?" Setelah agak lama menyepi dan mengumpulkan sedikit semangat, Wafi menembak soalan yang amat-amat ingin diketahuinya bertalu-talu kepada Adnin.

    Adnin hanya memandang sekilas ke arah Wafi sebelum menundukkan semula kepalanya. Dalam hatinya dia mengomel sendirian, 'Apalah abang Wafi ni, entah ke manalah dia pergi menghilang, tiba-tiba balik sini terus nak soal-siasat orang macam polis pencen'.

    "Budak laki tu dia nama dia Ahmad Akhtar bin Ahmad Mukhtar. Dia tu adik kepada arwah Along Nisa, bekas rakan sebilik semasa Adnin masa tahun satu dekat USM dahulu. Abang Wafi ingat lagi tak yang dulu Adnin pernah cerita, Kak Nisa tu meninggal dunia sebab dia menghidap kanser tulang?

    Adik Kak Nisa tu pun buat Town Planning macam Adnin. Tapi Adnin tidak pernah kenal dia, cuma pernah nampak sekali di depan library. Sebelumnya hanya Kak Nisa aja yang selalu titipkan salam daripada Akhtar pada Adnin. Lepas Kak Nisa tu meninggal dunia, Adnin langsung tidak pernah dengar khabar dia tentang budak laki-lai tu lagi. Maksud Adnin selepas jumpa depan library tu la.

    Tapi entah sebab apa, tiba-tiba sahaja beberapa minggu lepas dia telefon ke rumah ini dan Tok Bonda yang jawab panggilan tu. Dia kata dia nak mai sini pinang Adnin. Pandai-pandai sahaja dia tu kata Adnin ni pernah janji dengan dia kalau selepas lima tahun, Adnin belum kahwin lagi dan dia belum ada sesiapa, kami akan mengikat dua hati.

    Tapi hari tu, depa mai datang merisik aja. Adnin tak tahu apa yang Tok Bonda kata sebab Tok Bonda suruh Adnin duduk dekat dapur dari mula depa sampai sampailah depa balik" Dengan suara yang perlahan namun penuh emosi geram tak sudah dengan Si Akhtar itu, Adnin bercerita kepada Wafi akan perihal sebenar kisah pinangan itu.

    Buat seketika Wafi terdiam setelah mendengar cerita Adnin itu. Dia sememangnya masih ingat lagi akan Along Nisa, arwah teman sebilik Adnin itu. Ada sekali-dua mereka berjumpa ketika dia datang melawat Adnin di kampus dahulu. Melalui sekali-dua berjumpa itu dan daripada cerita-cerita Adnin yang tidak sudah-sudah tentang Along Nisa padanya dahulu, dia sememangnya sudah boleh buat kesimpulan yang kakak Si Akhtar itu baik orangnya. Jadi kalau sudah kakaknya baik, Insya-Allh adiknya itu juga baik orangnya kan?

    Setelah seketika berfikir dan menimbang-tara baik-buruknya, akhirnya Wafi meluahkan pandangannya.

    "Adnin... dengar sini apa Abang Wafi cakap. Kalau Adnin rasa budak Akhtar tu baik orangnya dan boleh diharap untuk menjadi pembimbing Adnin dalam rumah tangga, Adnin terima sahajalah pinangannya itu. Abang Wafi tahu Adnin adalah cucu Tok Bonda yang baik. Adnin tidak pernah tidak patuh pada kata-kata Tok Bonda. Tetapi buat sekali ini sahaja, Abang Wafi minta tolonglah fikirkan apa yang terbaik untuk hidup Adnin sendiri.

    Sekalipun Tok Bonda hendak menolak juga pinangan budak tu, Adnin ada hak untuk memilih masa hadapan Adnin sendiri. Lagipun bukannya Tok Bonda yang akan jadi wali Adnin nanti. Hanya wali mujbir (datuk dan bapa) sahaja yang ada hak untuk memaksa seorang anak dara itu berkahwin. Abang Wafi bukannya nak ajar Adnin jadi jahat. Tapi Adnin, nak patuh pada orang lain pun biarlah berpada-pada. Macam Tuah yang patuh pada Sultannya, akhirnya dia yang teraniaya.

    Abang Wafi tahu, Adnin ingat selama ini Abang Wafi pergi jauh dari sini kerana Abang Wafi ni tidak tegar hati dan mudah sangat merajuk sama macam abah Adnin dahulu. Tapi Abang Wafi pergi kerana Abang Wafi sedar yang antara kita mungkin telah ditakdirkan sejak di Loh Mahfuz lagi sememangnya tiada jodoh berdua. Dan kalau Adnin nak tahu, selama Abang Wafi di Kiel, Jerman tu Abang Wafi sentiasa mengikuti perkembangan Adnin melalui mak. Abang Wafi sentiasa doakan  Adnin akan segera berjumpa dengan lelaki yang benar-benar boleh diharapkan untuk jaga Adnin."

    Adnin hanya diam mendengar pandangan Abang Wafi yang panjang lebar itu. Hmm... Nanti-nantilah dia fikirkan apa keputusan yang patut diambilnya. Kepalanya masih berserabut lagi saat ini. Dengan hal Akhtar, hal kepulangan mengejut Abang Wafi ini. Isy... fenin-fenin kepala Adnin ini dibuatnya.

    Sekalipun hal sebenarnya Wafi menyorokkan dirinya di Jerman itu adalah kerana Tok Umi yang sudah mengugutnya mahu menyuruh Tok Bonda menerima sahaja pinangan sepupunya si bujang terlajak yang konon ada ML Mercedes 350 itu; dia sorokkan sahaja daripada Adnin akan hal itu. Biarlah hal itu menjadi rahsia dia dan Tok Umi sahaja. Tadi bila melihat pada wajah Tok Umi setelah sekian lama tidak bersua, ada rasa simpati tumbuh di hatinya ini. Wanita yang hampir sebaya Tok Bondanya itu sekalipun masih kelihatan bergaya; dia sudah terlalu tua untuk didendaminya lagi. Mungkin apa yang Tok Umi lakukan padanya dahulu, ada juga kebaikannya.

    Salah satunya ialah dia dapat melihat dunianya dengan lebih luas lagi. Perempuan yang ada di dunia ini yang boleh menjadi sigaraningnya bukanlah hanya Adnin seorang sahaja.

    "Adnin, kalau abang Wafi tanya ni jangan marah ya? Err... Lila, kawan Adnin tu dah ada yang punya ke? Kalau tak Lila, Zie tu pun boleh tahan juga orangnya."

    Adnin yang asyik menunduk sejak tadi terus sahaja memanggung kepalanya dan memandang Abang Wafi yang tersengih-sengih itu dengan rasa tidak percaya.

    "Abang wafi ni la..."
    ____________
    CATATAN:
    1. Maaf lambat letak entri ini, kaksu baru sahaja lepas sibuk siapkan Rumah Kecil di Ujung Padang. Pada yang telah membaca, boleh sahaja berkongsinya di sini :)
    2. Xilem, sorry tak sempat mekap entri ini - uwaaa kaksu baru aja balik daripada bertugas di PESTA BUKU SELANGOR (jangan lupa masih ada empat hari untuk ke sana). Nanti-nanti kaksu mekap ya, bubuh gambar yang Xilem kirimkan itu. Internet bergerak seperti kura-kura malam ini.

    DANNNN...
    Kaksu dan semua krew di Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? ingin rakamkan, ucap selamat ulang tahun buat TOK UMI tersayang. Semoga dimurahi rezeki, diramati Dia... dan kami menyusun semua jemari yang ada, maafkan la no kalau ada yang tersalah kata, tersilap bicara... ampun ya TOK UMI :)
    Okey 7 minit countdown to 31 Julai 2009... Panjang umurnya, panjang umurnya... panjangnya serta mulia, serta muliaaa... serta mulia. 

    p/s: kaksu sayang kamu!
     

    Posted at 11:45 pm by noorsoraya
    Comments (13)  

    Monday, July 13, 2009
    Rumah Kecil di Ujung Padang

    Salam sayang,

    Akhirnya... alhamdulillah, cerita kecil ini siaplah sudah :) cerita 3 dalam 1 ini kaksu kongsi dengan konco-konco kaksu yang berdua lagi itu.

    Ingat lagi tak cerita Tanya Sama Angin? Inilah ceritanya, kaksu menggunakan tajuk asalnya semula, Rumah Kecil di Ujung Padang. Oh, ya 'ujung' tu 'hujung', dan 'padang' tu 'field', dan bukannya 'Padang' (wilayah di Sumatera tu).

    Cerita tentang Doktor Heru (si doktor haiwan)... tentang Mubin dan Nabil, juga Haiqal :) Dan Ungku Durrah di Pulau Duyung, Terengganu....

    Kompilasi ini akan terbit bulan Ogos 2009 - tetapi insya-Allah di Pesta Buku Selangor 2009, sudah mulai dijual.

    "EH, TAK KERJA?" tanya Durrah tiba-tiba, apabila dilihatnya doktor haiwan itu tidak menggunakan uniform kerjanya.

    "Dikasi cuti sama papa kamu. Om Iskandar sudah masuk kantor pagi ini... lalu aku dihalau pergi daripada ladangnya. Dia jadi bimbang kalau-kalau sapi-sapi itu mengasihi aku lebih daripada dia." Kata Heru pura-pura serius.

    Durrah ketawa.

    "Saya tidak sangka Mas Heru pandai bergurau juga... sebab semua orang bilang mas sangat pendiam."

    "Aku mungkin pendiam dengan sesetengah orang... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka." Kata Heru sambil tersenyum.

    Durrah menelan air liur... apa maksudnya, gadis yang aku suka?

    (Petikan kompilasi -- Pelangi: Rumah Kecil di Ujung Padang, hlm 464)

    * * *

    PENGUMUMAN:
    Sesiapa yang hendak datang ke Bicara Buku III hari Sabtu (18 Julai 2009) ini - jangan lupa bagi tahu kita orang, dengan kadar segera tau :) 

    Posted at 04:42 pm by noorsoraya
    Comments (17)  

    Wednesday, July 01, 2009
    Kad Undangan

    Jemputan Buat Pembaca Jemari Seni Publishing



    Sila beri pengesahan sebelum 16 Julai 2009
    p/s: pengangkutan balik ke Stesen Komuter UKM disediakan 

    Posted at 06:34 pm by noorsoraya
    Comments (17)  

    Monday, June 29, 2009
    [20] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xviii): AKHTAR

    Oh, Ni La Dia!

    Oleh: HONEY

     

    Hahaha... memang nak tergelak sungguh. Akhirnya Honey akan berjaya juga tengok muka Akhtar tu. Tak sia-sia Honey upah Chik Dah a.k.a Jid. Iye, betul! Honey tak sangka sungguh dengan hanya umpankan eye shadow colour hijau Chik Dah sungguh bersemangat nak menolong Honey. Honey tak perlu susah memujuk rayu Chik Dah, kerana Cik Dah yang sudah terpesona jiwa raga eye shadow terus aja Chik Dah jadi lagi advance.

     

    Tahu dia buat ape? Chik Dah berjaya songlap gambar Akhtar! Isy, isy... hebat sungguh Chik Dah. Geliga.

     

    Idea asalnya, Honey cuma nak minta tolong Chik Dah lukiskan aje muka si mamat Akhtar tu, ala-ala tukang lukis gambar kat dalam mahkamah atau pun Chik Dah curi-curi ambil gambar Akhtar dengan menggunakan kamera handphone aja, tapi bila Chik Dah yang dah terlajak advance buat keje. Alamakkkk bestnya la.

     

    Bukan Honey suruh ya, Chik Dah yang pandai-pandai curi gambar Akhtar daripada album keluarganya (Chik Dah tu best friend ibu saudara Akhtar dulu-dulu)

     

    Jadilah, sekurang-kurangnya Honey ada jugak gambar Akhtar untuk ditunjukkan kepada Adnin... dan lagak akan kecekapan Honey, kalau nak harapkan Zie nak MMS ... ermmm macam-macam alasannya. Jadi Honey telah cap Blackberry Zie jenis cap ayam sebab , MMS pun takde! Mungkin dia beli BlackBerry di kedai bundle dari gipsi nak balik negeri. Ceh L

     

    Akhirnya… berjaya juga Honey nak tengok muka yang dah kena pangkah dengan Tok Bonda tu. Sebenarnya, Honey selalu bayangkan Tok Bonda pangkah setiap muka peria-peria yang berkenan kan Adnin macam P. Ramlee pangkah rumah dalam filem yang ada lagu Aci-aci Buka Pintu tu, filem apa ye? Honey kena tanya Tok Yang, sebab Tok Yang kan peminat P.Ramlee.

     

    Petang ni Chik Dah dah janji nak dating dengan Honey kat Café LipLap sebabnya nak serahkan gambar eksklusif tu. Tak sabar betul  Honey nak tengok. Hu lala.

     

    Semasa memandu, selepas  Honey jumpa Chik Dah, SMS dari sekutu Honey masuk macam AFUNDI aje, semua orang tak sabar nak tengok muka Akhtar. Tapi nyampah betul, Honey tak tahu pulak sejak bila Chik Dah jadi lurus bendul.

     



    Ini gambar anak Raja Dubai mana pula, Cik Dah, oii! 

     

    Iye, memang la Honey tak cakap, Honey nak gambar Akhtar yang terkini, tapi kenapa Chik Dah pegi curi gambar Akhtar masa tadika! Uwaaaa… Honey dah merah hidung, dah panas mata, Honey betul-betul rasa nak menangis. Sebabnya Honey terpaksa jugak serahkan eye shadow hijau ke Chik Dah walaupun Chik Dah bagi maklumat pun tak betul. Chik Dah cakap, "Honey dah janji nak upah Chik Dah, jadi Honey kena juga bagi upah eye shadow tu!" Geramnya Honey, Chik Dah selamba aja bangun selepas dapat eye shadow tu.

     

    Habis Honey macam mana? Macam mana Honey nak berjawab pada lawyer-lawyer buruk tu. Huwaaaaaaa... kesian Adnin. Tapi lagi kesian kat Honey. Uwaaaaa. Tok Yang dah janji nak bagi baju sutera cina warna pink kalau Honey berjaya dapatkan gambar bakal cucu menantunya tu. Ni bukan sekadar tak dapat sutera cina, bunga cina pun Tok Yang tak teringin bagi.

     

    Dalam hati dia sudah nampak senyum sinis Zie L nyampah!

     

    ______

    Catatan:

    Kaksu dan seluruh produksi Tepaknya Emas, Pinangnya Mana ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada Cik Dah. Kita sayang Cik Dah!!!

     

    Posted at 12:11 pm by noorsoraya
    Comments (13)  

    Thursday, June 25, 2009
    [19] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xvii): ADNIN

    Untuk Sekali Lagi!

    Oleh: Noor Suraya

     

    ZIE DAN HONEY terbongkok-bongkok menghendap di dinding yang sudah dilubangi sejak awal. Kalau Tok Bonda tahu mereka menggerudi buat lubang kecil dari kamar tamu ini menghadap ke ke ruang depan, mati! Rumah ni sudah 100 tahun usianya: satu abad! Kayunya tak pernah dimakan anak-anai, bubuk, apa lagi pernah rosak kat mana-mana. Kayu jati asli ini, dibawa dengan gajah dari Phuket sewaktu ayah Tok Bonda menjadi wakil kerajaan Kedah ke Siam. 

     

    Zie dengan Honey ni memanglah terlebih berani. Adnin yang menjadi cucu Tok Bonda selama ini, nak calarkan dengan pensel pun tak berani dinding ni. Alih-alih, depa berani aja menggerudi. Bapa Honey tu betul kerja 'part time' tukang kayu, dan dia ada berbagai-bagai jenis alat berkaitan untuk menukang. Tadi pun dia bawa beberapa jenis skru ke sini untuk tujuan melubangi tu. Tapi Zie lagi terlebih advance – dia ada  bukan saja ada BlackBerry tetapi juga ada Black n Decker!

     

    "Cepatlah Adnin, depa dah turun tu. Tak dapat tengok Akhtar, tengok Pak Mukhtar pun jadilah. Pastu, kau bayangkan di fikiran kau... mudakan dia tiga puluh tahun – jadi la muka Akhtar." Adnin tidak bergerak. Dia masih bersimpuh di tepi katil.

     

    "Pergilah tengok," pujuk Jidah pula. Dia baru sampai, sebelum 'wayang Atap Genting Atap Rumbia' bermula. Kasihan Lila, dia masih terperangkap di rumah Kak Ajah sejak tadi. Tapi menurut Honey, "Entah-entah dia duk main PS3 dengan Ali – lawan perang-perang, tu yang dia tak ikut 'bertempur' di sini ni." Lila ni memang penakutlah, rungut Zie tadi.

     

    "Macam mana ni? Sebelum kita kata yes ni... kenalah tahu rupanya seket." Kata Honey. Matanya menjeling ke arah Zie yang tak ada back-up gambar Akhtar langsung. "Kononnya dia pernah tengok Akhtar, kononnya classmate dia!" sindir Jidah.

     

     

    Malas Zie nak buka cerita, yang sejak dia ada pakwe secara serius ni, dan dia akan ambil keputusan tak lama lagi untuk mengakhiri zaman gadisnya, dia jadi terlebih berhati-hati. Pakwe  dia ni, mummy dia tu seorang ustazah pula, jadi Zie telah buang semua gambar classmate lelaki dia sejak dari zaman tadika, apalagi zaman universiti.  Dia tak mahu bakal mummy salah sangka. Dia dapat tahu Ustaz Solihin – ustaznya dulu – jiran  sebelah rumah bakal mummy dia. Jadi Zie ingin masuk ke rumah mentuanya nanti dengan clean &  clear image – eh, macam bunyi alat pencuci pula, clean n clear!

     

    "Agak-agak ada tak muka si dia macam  D.J Dave," celah Tok Yang yang baru sahaja masuk ke bilik selepas kerabat Akhtar turun ke tanah. Kak Ajah menemani mereka sehingga ke pokok mempelam. Cucunya Leyinah, pun ikut sama ke bawah, dia masih seronok bermain dengan adik Akhtar. Tok Bonda dan Tok Umi menunggu di tangga sahaja.

     

    "Apa la Tok Yang ni, mana kelas muka dia macam D.J Dave – mudalah sikit, biarlah handsome lagi." Celah Honey.

     

    "Ya la, Tok Yang... biarlah muka dia nampak belia tahun dua ribu sikit." Sampuk sekutunya, Zie. Tok Yang ni kalau pelakon, semua dia suka yang tahun 70-an saja, dia tak advance macam Tok Umi yang vogue tu. Lebih-lebih lagi kalau pelakon tu dari seberang; tak berkelip dia menonton. Ada sekali tu, hangus cup cakes dia sebab ralit lihat cerita Achir Sebuah Impian. Kalau setakat, Roy Marten, Robby Sugara dengan Herman Felani serta Slamet Raharjo tu tak apa lagi. Ni Ateng, Barry Prima dan Benjamin S pun, dia minat sama rata.

     

    "Ala, masa zaman Tok Yang muda-muda dulu – itulah artis kat Malaysia yang elok. Sedih Tok Yang dengan Tok Umi masa D.J Dave tak jadi kahwin dengan Uji Rashid. Rasanya tu la pasangan yang secocok waktu itu." Kata Tok Yang, sambil menghulur cincin tanda pada Adnin. Cincin merisik.

     

     

    Cincin ni tadi, Tok Bonda sudah nak beri balik, tetapi cepat-cepat Tok Yang capai, dan dengan rendah diri berkata: Tak pa, nanti saya bincang dengan tuan punya diri dan sanak saudara di sini. Ditekan kata 'tuan punya diri' betul-betul. Kalau jadi, kita main calling-calling fasal majlis bertunang tu. Senang-senang tak payah lah bertunang kita buat terus. Ditekan frasa, 'senang-senang tak payah lah bertunang kita buat terus'. Mata Tok Umi dan Tok Bonda yang saling menikam tu,  dia lawan dengan tangkas.

     

    Dalam fikiran sudah siap merancang. Mak Andam tak susah, Dilla ada: sentiasa bersiap sedia.  Baju pula, cakap aja, Angah Su sekejap aja menyulam. Dua-dua wanita kreatif tu, bila-bila aja Tok Yang panggil mereka siap menjunjung titah. Masak untuk pengantin, Tok Yang sendiri yang akan uruskan. Nak makan apa? Beriani Laksamana Sukam. Semua dia cekap. Tapi yang buat dia dug-dag dug-dag tu dah menjegil Tok Bonda dengan mata buaya tak makan mangsa seratus hari aja. Tapi dia tawakal saja, dia sudah terlarut janji dengan Adnin tadi. Sayu apabila melihat mata sayu 'cucu' kesayangannya itu. Dia kenal budak Adnin tu bukannya baru semalam, tetapi sudah dua puluh enam tahun.

     

    "Adnin, tak nak cincin ni." Katanya, sambil meletakkan ke dalam genggaman Tok Yang.

    "Adnin dah mengalah. Adnin tak larat berbalah dengan Tok Bonda. Biarlah Adnin duduk sini sampai tua, dan mati. Tak payah kahwin." Kata Adnin, dilapkannya air mata ke baju kurung dari kain cit yang coklat kusam warnanya.

     

    Waktu dia membawa air, dan laksa – dibantu oleh Honey dan Zie – ke depan tu, mata emak, ayah dan saudara mara Akhtar tak memandang ke arahnya. Depa tak berkenan. Depa tidak tertarik kepadanya. Depa lebih tertarik pada Zie dan Honey yang rupawan dan pandai bergaya tu.

     

     

    "Astaghfirullah, kenapa ni?" tanya Tok Yang.

     

    "Kau kecil hati fasal tadi ke," tanya Honey.

    "Fasal apa?" tanya Tok Yang, suspens.

    "Emak 'mentua' dia ingat Honey ni dia. Dan bapa mentua dia pula ingat Zie tu, Adnin."

    "Dan ingat Adnin tu, babu!" sambung Jidah, sambil tersenyum. Tak sangka yang selama ini mereka kira hati Adnin dibuat daripada ais itu tahu erti merajuk dan cemburu. Ini perkembangan yang sihat.

     

    Adnin menggeleng.

    "Bila pula Pak Mukhtar dan Mak Cik Najihah tu kata Adnin ni bukan Adnin 'mereka'. Mata depa meleret aje memandang dekat Adnin yang sopan dan pandai menghidangkan makan dan minum tadi." Puji Tok Yang. Pipi 'cucunya' dicubit-cubit macam dia duk massage doh piza lagaknya.

     

    Ya, yang buat depa terkejut tu lihat Zie macam kedai emas bergerak. Banyaknya barang mas bersalut di badan anak dara tu. Yang Honey tu pula, baju dia saratnya dengan labuci – macam kilang labuci sahaja. Tapi dia tidak sampai hati dia mengatakan begitu pada anak-anak dara tu. Bahawasanya mereka terlebih bergaya, over shadow Adnin.

     

    "Depa kenal, katanya arwah anak depa dah pernah bagi gambar Adnin dulu. Tapi anak depa Akhtar kata, selepas lima tahun barulah dia nak cakap fasal janji Adnin dengan dia tu. Sebab tu ayah dia bergegas datang." Kata Tok Yang sambil tersenyum.

     

     

    "Janji apa, Adnin?" Mata Tok Yang sudah membundar. Dan mata berpasang-pasang kawannya yang lain terbeliak juga. Muka Adnin sudah memerah, tersipu malu. Ah, janji itu! Dia tak suka dengan kata-kata Akhtar tadi, dia juga malu dengan soalan Tok Yang saat ini.

     

    Tiba-tiba Honey bersuara, "Depa aja kenal Adnin, kita tak kenal pun Akhtar."

    "Tak pa la, biar Honey tanya Jid. Kakak dia duduk dekat dengan rumah Pak Mukhtar tu." Sambungnya lagi.

    "Akhtar tu bukannya duduk situ, dia dah lama kerja di luar negara. Dia baru aja balik bercuti, dan tanya fasal Adnin kat aku baru-baru ini! Tiba-tiba ceritanya begini, ada janji rupa-rupanya." Zie sudah tertawa. Adnin semakin merah mukanya.

     

    "Tak boleh ke kau suruh dia kirim gambar dia yang latest edition?" cadang Honey.

    "Mengarut, tak tahu malu sungguh!" pekik Jidah. Perempuan harus jaga gengsi.

    Tok Yang tersenyum senang. Suka cara Jidah menegur idea gila-gila Honey tu. Anak dara kenalah pandai jaga diri. Biar nampak jual mahal sedikit! Fikiran konservatifnya terus bekerja. Yang, yang tadi kau tiba-tiba rebut cincin tu, bagus ke? hatinya mengusik. Sesekali kalau darurat, apa salahnya, kan! bisik kalbunya semula.

     

    Honey menekan SMS. Dan dia akan sabar menunggu MMS daripada Jid. Menunggu gambar Akhtar!

     

    Bunyi suara Tok Bonda  sedang meleter semakin dekat. Dan mereka semakin bimbang.

     

     

    [Bersambung...]

     

    ----

    Catatan:

    1. Sabar ya, kita tunggu gambar Akhtar.
    2. Kesian Tok Yang, harap-harap dia tak kena damprat dengan Tok Bonda – Tok Yang tu kan komrad Tok Bonda, sejak dulu. Dalam bulan-bulan Rejab ni, janganlah garang sangat, Tok Bonda. 

    Posted at 04:53 pm by noorsoraya
    Comments (10)  

    Tuesday, June 23, 2009
    [18] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xvi): AKHTAR
    Puteri Sekati Bunga II

    Oleh: 002 – KAK AJAH (PENULIS BERSEKUTU)

    KELUARGA AKHTAR bin Mukhtar baru je turun dari rumah Tok Bonda. Dari tadi Kak Ajah kerjanya mengintai dan pasang telinga dari balik tabir yang jenis lipat-lipat tu. Orang dah tak pakai dah tabir pesyen macam ni sekarang, tapi kat umah Tok Bonda ni ada lagi. Mujur jugak ada, boleh la Kak Ajah duduk diam-diam (eh, Kak Ajah duduk mana-mana pun diam-diam jugak, kan dia masih pura-pura tak bercakap). Saja Kak Ajah tak mau duduk di depan dengan Umi Humairah tu semua, buat malu je kalau orang tanya Kak Ajah kena jawab pakai bahasa isyarat pulak. Lagipun kalau Kak Ajah duduk sebelah Umi tu, tenggelam terus dalam kebiruan lip-lap baju Umi. Tak pasal-pasal Kak Ajah kena pakai spek hitam lepas tu orang kata Kak Ajah ni dahlah bisu, buta pulak ke. Tak mau!!!

    Kak Ajah tengok, kalau budak Akhtar tu ikut pesyen bapak dia, tak ada sebab dah Tok Bonda nak tolak. Ikut mata Kak Ajah ni la, Mukhtar tu muda-muda hensem macam Shammi Kapoor dalam masa kegemilangan dia. Bukan Shammi Kapoor yang sekarang ni la. Jadi kemungkinan Akhtar nak jadi muka penyet tu jauh la. 'Samah tambang' orang kata. Mukhtar tu rambut pun banyak lagi, bukannya nak jadi spotlight macam orang tu. Kak Ajah duk jeling Tok Umi yang tengah berbisik kat Tok Bonda. Apa lagi la Tok Umi ni. Orang dah balik nak cucuk lagi ka? Dah la tadi dia sorang je nak bercakap. Ngalahkan mak pengantin. Suka limelight sungguh la Tok Umi ni. Ke Tok Umi ada udang di sebalik mihun Singapore kesukaan dia tu? Bukan boleh percaya tu.

    Ada ke tadi Umi cakap Adnin ni masak nasi pun mentah lagi. Wei, orang zaman sekarang pakai rice cooker la. Kalau mentah tu maknanya tak de elektrik (yang ni kena kompelin kat Si Mat  pakwe Honey tu) ataupun periuk tu yang rosak. Buat malu Adnin aje la Umi ni. Pakai jugak idea lapok, ingat ni zaman cerita P. Ramlee ka? Lagi pulak, mak Akhtar tu kan tauke restoran. Apa nak heran, tukang masak ramai. Bukan setakat nasi, laksam pun dia jual.

    Tok Umi kata Adnin tak pandai menjahit. Habis yang duk buat tekat tu orang panggil cucuk jarum saja ka? Sekarang kan orang pakai baju beli siap je, tak pandai jahit pun tak apa. Elok jugak kita sokong peniaga bumiputera ni. Bagi la depa bisnes. Hantar potong kaki seluar pun bagi bisnes jugak. Hehe mentang-mentang la Kak Ajah dah bungkus mesin jahit dia tu sejak ada Pesona Tailor ni. Koyak sikit pun tailor yang jahit. Kak Ajah kan busy. Mana tak busy anak lelaki dia yang gebu pandai je nak menyuruh masak makanan yang namanya ala-ala Perancis campur Jerman tu.

    Tok Umi kata Adnin ni penakut. Tak boleh duduk rumah sorang-sorang. Alasan apa ni? Lagi la Akhtar suka nak temankan Adnin sentiasa. Nampaknya Tok Umi dah kehilangan idea ni.

    Adnin pulak dari tadi duk diam tak berkutik dalam bilik. Tak teringin ke dia nak mengintai bakal bapa dan mak mertua? Kalau Kak Ajah dulu, tak diam duduk dah. Suspens weh. Kak Ajah rasa baik Kak Ajah senaraikan kenapa Tok Bonda patut terima budak Akhtar ni. Risau Kak Ajah tengok Tok Bonda tak habis-habis berbisik tu. Lalu Kak Ajah koyak sehelai kertas daripada buku nota pad Adnin yang ada kat situ. Macam bekas tulis surat je ni. Adnin tulis surat kat sapa? Zaman la ni ada lagi ka main surat-surat ni?

     

    1. Mukhtar tu hensem jadi Akhtar mesti hensem jugak.
    2. Akhtar ada ijazah USM, sama dengan Adnin. Elok la tu setaraf.
    3. Akhtar ada kerja, bukan penganggur sepak kertas. (tapi kerja apa, ek?)
    4. Mukhtar bawak kereta Toyota Camry (dia beli lelong daripada kerajaan negeri ke apa?) jadi kalau Akhtar tak de kereta pun, kereta bapak dia boleh pinjam.
    5. Mak Akhtar tu pakai barang mas selayut nak angkat tangan kepala pun seksa jadi Adnin mesti mewarisi emas-emas tu semua nanti. Tok Bonda tak payah risau nak habis harta beli barang emas untuk Adnin.
    6. Kawan-kawan Adnin terutama Zie tu suka sangat kalau Adnin terima Akhtar. Mesti Akhtar ada kelebihan dia. Ada sokongan padu daripada kawan-kawan.
    7. Adik-beradik Akhtar ramai jadi kemungkinan Adnin nak ada anak ramai tu besar. Kan Adnin sunyi jadi anak tunggal selama ni?
    8. Mukhtar dan isteri dia pemurah. Semua orang dapat kain sepasang sorang, dari Bandung pulak tu. (Tak rugi Kak Ajah datang meraikan hari ni). Moleklah Adnin dapat mertua yang pemurah ni. Entah-entah tiap-tiap bulan shopping di Pasar Baru, Bandung ni. Mak aiii... bertuahnya badan.
    9. Akhtar tu orang Perak juga. Bukan orang Jawa ke Siam ke Iban ke... Jadi we speak the same language la. Tak de la macam ayam cakap dengan itik.
    10. Apa lagi pilihan yang Tok Bonda ada sekarang ni?

     

    Selesai menulis 10 sebab tu, cepat-cepat Kak Ajah sorokkan kertas tu dalam poket baju. Belum masanya lagi nak tunjuk kat Tok Bonda. Kena tunggu tengok angin bertiup arah mana dulu. Angin Monsun Tenggara ke Taufan Rosie ke apa ke… tunggu teduh dahulu.

     

    ________

    Catatan:

    1. Wah, Kak Ajah ada 10 sebab nampaknya. Siapa lagi yang tahu Kak Ajah dan boleh bercakap, dan sedang pura-pura bisu lagi nih?
    2. Episod seterusnya daripada Adnin pula – lintas langsung dari bilik depan nanti.
    3. Huhuhu, coutdown sudah bermula.

    Posted at 04:57 pm by noorsoraya
    Comments (13)  

    Saturday, June 20, 2009
    [17] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xv): ADNIN



    Kumala Naga...

    Oleh: 007 – TOK YANG (PENULIS BERSEKUTU)

     

    Pelik. Kata hati Tok Yang. "Kenapa ruang tamu senyap aja, berpuluh kali dah beri salam tadi, tak ada siapa yang jawab." Dengan nada penuh tanda tanya. Mata Tok Yang jatuh pada deretan ketiga-tiga pasang kasut tumit tinggi baru berkilau di luar muka pintu, kuning, pink jambu, biru, bagai kasut yang disusun di luar jendela kaca toko kasut pulak kelihatannya.

     

    Leyinah sudah menyusup masuk ke dalam tanpa dapat di tahan-tahan. Cucu Tok Yang tu memang suka sangat dengan rumah agam Wan Empok. Apalagi bila dilayan Adnin dengan pensel kala dan buku dongeng puteri raja. Pasti Leyinah boleh duduk diam dengan mata bulat berkilau-kilau, gembira bukan kepalang.

     

    Belum lagi kasut tanggal dari kaki, telinga Tok Yang sudah disumbat lagu jengkel Tok Umi yang mengata perihal kek cawan yang dibawa. Tok Yang angkat muka, menatap muka Tok Umi: 'murka'. Mata mereka bertaut seketika. Mereka berbicara dengan bahasa yang sukar dimengerti. Mata Tok Yang jatuh pada shade kelopak mata Tok Umi yang sudah berlipat dua. Biru? Celak biru yang dikenakan itu sungguh mengerikan.

     

    Mata nakal Tok Yang menyorot lagi ke bawah sedikit, di bawah hidung Tok Umi yang kembang bagai jambu musim tengkujuh, mata Tok Yang terhenti lagi seketika. Bibir Tok Umi. Merah delima. Ropol-ropol di bibir Tok Umi semakin jelas  menambah-parahkan muncung yang siap terbena di muka Tok Umi.

     

    Tok Yang imbas lagi keseluruhan wajah tok Umi, bagai mesin pengimbas HP model 8290 yang berkuasa tinggi. Muka Tok Umi nampak putih, tak sekata, bagaikan bersalut dengan tepung gomak aja nampaknya.

     

    Wah! Celak merah sebesar lima puluh sen Tok Umi pun nampak  meriah sangat di kedua-kedua belah pipi Tok Umi. Sedang mata rabun Tok Yang pun dah terasa silau apalagi, mata sihat yang tak sakit apa, pasti lagi mengerikan.

     

    Tiba-tiba tok Yang teringat Ratu Pantai Selatan, memang sah, Tok Umi memang sudah menyerupai Ratu Pantai Selatan. Persis. Tok Yang cuba menahan geli di dada. Astaghfirullahlah… ampunkanlah dosa-dosaku! Tok Yang berbisik halus di dalam hati.

     

    Tok Yang mengalihkan pandangannya pada Wan Empok.  Amarah Tok Bonda masih tersisa mewarnai wajah putih bersih yang bertahi lalat di tepi hidung itu.

     

    "Tok Yang, cepat. Kak Adnin. Hujan" Suara high-pitch Leyinah melaung dari dalam, bergema  memenuhi ruang rumah agam tok Bonda. Mereka bertiga bertentangan. Muncung Tok Umi makin bertambah-tambah panjang dua kali ganda. Kalau nak parkir dua batang pensel di atas muncung Tok Umi itu pun, boleh. Tok Bonda melepas keluh berat di dada. Tok Yang terus buru-buru masuk ke dalam meninggalkan Tok Bonda dan Tok Umi di muka pintu.

     

    Di hujung katil tembaga, Adnin sudah merah mata, merah hidung, dengan bahu yang terhinggut-hinggut menahan esak di dada.  Di sisi Adnin, Honey kelihatan masih sibuk dengan bedak debu dan berus pipi di tangan. Di belakangnya, tangan kanan Zie rancak menari-nari jari-jemarinya di atas keypad Blackberry, bagai sedang memetik tasbih lagaknya.

     

    "Assalamualaikum" Tok Yang memberi salam. Mereka bertiga serentak memandang Tok Yang di ambang pintu bilik.  Tok Yang terus masuk ke dalam, menyertai mereka bertiga.

     

    "Honey, Zie, tinggalkan Tok Yang sebentar, yah. Bawa Leyinah keluar sekali, Tok Yang nak berbicara empat mata dengan Adnin." Tok yang menyapu mesra belakang Honey dan Zie dengan penuh wibawa, kedua-dua tangan Tok Yang menolak lembut belakang mereka keluar dari bilik tamu. Zie di kanan, Honey dikiri. "Maaf ya sayang, sekejap lagi Tok Yang keluar, ye." Tok yang memohon maaf  pada kedua-kedua teman Adnin, takut Honey dan Zie terasa hati.

     

    Tok Yang kembali pada Adnin. Dia duduk di sebelah Adnin. Tok Yang tatap wajah sendu Adnin. Jari Tok Yang melurut kepala Adnin dengan penuh kasih sayang. "Kenapa sayang, apa dah jadi?" Dengan suara lirih Tok Yang bertanya. Esakan Adnin semakin kuat. Adnin terus menyembamkan mukanya ke dada Tok Yang.

     

    "Syuuuuus.. Takpa. Tak usah cakap. Tok Yang faham" Jari tok Yang masih membelai halus belakang Adnin. "Kesian cucu aku, sampai hati Tok Bonda, tok Umi". Tok Yang melepaskan sesalnya di dalam hati. Tok Yang dah menganggap Adnin bagai cucunya sendiri.

     

    "Adnin suka pada Akhtar ye?"  Suara tok Yang cuba merisik. Adnin menjawab dengan tangisan yang semakin dalam. "Sayang, janganlah macam ni. Tok Bonda sayang sangat pada Adnin. Kaulah satu-satu cucunya. Darah dagingnya. Dia nak menolak Akhtar itu pasti bersebab. Sebab yang ingin melihat kau bahagia. Mana ada orang tua yang ingin anak cucunya menderita." Tok Yang mengangkat muka Adnin yang sudah tenggelam dengan air mata. Dia cuba menyeluk isi hati Adnin dari balik mata yang semakin kabur dek air mata.

     

    Tok Yang bersuara lagi. "Jika Tuhan menganugerahkan rasa cinta itu, hargailah ia. Cinta itu bukan kata-kata, ia adalah hati, yang bukan semestinya kita miliki." Tok Yang berhenti seketika. Mencari kata-kata yang dapat melunakkan hati Adnin yang tengah rawan.  

     

    "Cinta kita tidak akan kekal lama, sayang. Hanya cinta Ilahi saja yang akan kekal abadi. Adnin harus ingat itu." Tok Yang cuba menasihati Adnin yang diruntun pilu. Tok Yang tidak tahu sebenarnya apa yang bergolak di dada Adnin. Tok Yang cuma mengandaikan yang Adnin suka pada pemuda yang ingin disingkirkan Tok Bonda itu.

     

    "Jika Akhtar ini bukan jodoh mu, pasti ada jodoh lain yang akan tiba, mungkin lebih baik daripada Akhtar". Air mata Adnin tumpah lagi. Matanya pun dah semakin bengkak, sebengkak hatinya yang sakit mendengar kata-kata sinis Tok Bonda tadi. Tok yang menyapu linangan yang laju turun di pipi Adnin. "Tok Bonda tak sayangkan Adnin." Adnin bersuara sebak lalu menepis tangan Tok Yang dan terus menyembamkan mukanya ke atas katil tembaga.

     

    Kak Ajah terkaku di muka pintu. Wajahnya diselaputi mendung hitam. Tiada segaris senyuman pun terzahir di wajahnya. Seperti juga wajah Adnin saat itu. Sepasang baju kurung di dalam tangannya. Tok Yang berdiri dan menghampiri kak Ajah. "Apa hal?" Tok Yang bertanya dengan sorotan mata. Mata Kak Ajah berbicara seribu duka. Tok Yang mengangguk pilu. Tok Yang peluk bahu Kak Ajah dan membawa ke katil tembaga yang telah menelan muka comel Adnin. Adnin sudah karam di lautan air mata.

     

    Kak Ajah tepuk bahu kanan Adnin  lembut. "Adnin, cepat tukar baju ni." Tiba-tiba melantun suara halus Kak Ajah buat sekalian kalinya. 'Subhanallah'. Tok Yang mengurut dada. Adnin terus bangkit, tidak percaya apa yang didengarnya, barusan. Sudah berkurun lama Adnin tidak mendengar suara itu. Kini kumala naga yang lama di simpan di dalam mulut Kak Ajah melompat jua keluar akhirnya.

     

    Adnin benar-benar rindu. Satu waktu dulu, Kak Ajahlah tempat dia mengadu, melepaskan rasa apabila Tok Bonda mula mengeluarkan sisi garangnya. Tapi sejak Kak Ajah mendapat penyakit pelik tu, hilanglah teman bicaranya. Adnin memeluk Kak Ajah kemas. Mata Tok Yang berkaca-kaca.

     

    Kak Ajah menghulurkan baju kurung berwarna kelabu, berbunga-bunga kecil berwarna coklat pekat, dari kain cit pada Tok Yang. Nampak kusam sangat baju kurung itu, tak sesuai langsung dengan kulit putih susu melepak Adnin.

     

    "Awat, pakai baju pembantu pulak?" Tok Yang menolak balik baju kurung kain cit itu pada Kak Ajah. "Ini memang kerja Tok Umi. Memang Tok Umi dah dirasuk jin kepala toncit. Sekeras-keras Kak Wan, manalah dia sampai hati nak mengaibkan cucu sendiri." Tok Yang merungut lagi di dalam hati.

     

    "Ajah, kalau pakai baju ni, nanti lain pula sangkaan orang luar. Tok Bonda mendera cucu sendiri, jadi babu di rumah. Lagi malu Tok Bonda satu negeri,  dibuat rombongan keluarga Akhtar nanti." Kening kanan Tok Yang ternaik ke atas, bagai kening Ziana Zain.

     

    "Kalau tak suka pun, pakailah fikiran waras sikit, menolaklah dengan cara terhormat. Di luarkan orang kenal kita dari keturunan baik-baik. Mana larinya sopan santun dan budi bahasa yang kita daulat itu." Tok Yang merungut depan Kak Ajah, melepaskan sebalnya. Tok Yang tak sedar pun Tok Bonda dan Tok Umi sudah berada di belakangnya. Kaca mata Tok Bonda terlurut jatuh ke bawah. Mulut tok Umi sudah sedia terbuka untuk memuntahkan peluru pandunya.

     

    Tiba-tiba Adnin bersuara halus, "Tok Yang, Kak Ajah... sebenarnya, Adnin pun bukannya nak terima Akhtar yang Adnin tak kenal tu. Tetapi... inilah satu-satunya cara Adnin boleh lari dari 'kurungan rumah' Tok Bonda. Tok Yang dengan Kak Ajah, tolong Adnin ya bagi jadi ya!"

     

    "Depa dah mai," kata Zie dari luar. Honey mengekorinya dari belakang.

     

    [Bersambung]

    ____________

    Catatan:

    1. Wah,  bukan main depa ni... raya ni kena minta ampun dengan Tok Umi sesungguhnya J
    2. Selamat Ulang Tahun buat dia yang sering memeriahkan teratak ini: Cik Puan Wan Amalyn – semoga sentiasa dalam rahmat Dia.
    3. Haaa? Adnin tak suka kat Akhtar? Jadi...

    Posted at 09:35 am by noorsoraya
    Comments (11)  

    Monday, June 15, 2009
    [16] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xiv): ADNIN



    Adnin Ini Lila Datang...
    Oleh: 003 – LILA (PENULIS BERSEKUTU)


    LILA TIBA
    di perkarangan rumah Tok Bonda ketika azan Asar sayup-sayup kedengaran dari surau berdekatan. Kelihatan beberapa buah kereta besar menjalar megah di laman rumah agam Tok Bonda. Hati Lila sudah dipalu resah. Apa yang berlaku sebenarnya? Langkah kaki yang diatur mula terasa pincang. Paluan rentak jantung yang bagaikan mahu terkeluar dari rongganya menyebabkan langkah Lila sudah mulai longlai.

     

    Lila terpaksa pesongkan arah tuju daripada terus menapak ke rumah Tok Bonda, Lila halakan langkah kaki ke rumah Kak Ajah yang terletak di belakang rumah Tok Bonda. Kalau benar perkiraan Lila, pintu di bahagian tepi yang menghubungkan rumah agam Tok Bonda dengan rumah kak Ajah dibiarkan tidak berkunci. Inilah laluan yang Kak Ajah gunakan untuk keluar masuk ke laman Tok Bonda. Harap-harap Ali dan Aisyah ada di rumah, jadi Lila tidak perlu menjengukkan muka ke rumah Tok Bonda dahulu.

     

    Lila perlu tenangkan hati terlebih dahulu sebelum menenangkan hati Adnin. Amboi, Lila confidentnya macamlah Adnin tu perlukan buah fikiran Lila! Tapi yang sebenarnya, Lila tidak berani nak menghadapi apa-apa sahaja kenyataan yang bakal terjadi di rumah Tok Bonda itu. Lila gerun nak memikirkan nasib Adnin. Lagipun Lila tak berani nak buat telahan dengan cerita-cerita Honey lewat telefon malam tadi.

     

    Lila kami masih di rumah Adnin... telefon balik kalau free, ada masalah berbangkit. Sian Adnin, sian Adnin.

     

    Pesanan ringkas kiriman Honey itulah yang membawa Lila ke Hentian Duta, mendapatkan tiket bas Transnasional menghala ke utara tanah air.

     

    Pada awalnya Lila hanya nak buat tak tahu saja pada pesanan SMS kiriman Honey. Yelah, honey tu bukannya boleh percaya sangat. Kadangkala Honey tu lebih dramatik berbanding dengan khabar yang nak dikongsinya. Tapi memikirkan rasa tidak enak yang sedari semalam menghuni hati Lila, apatah lagi apabila kiriman SMS Honey itu juga terkait sama dengan Adnin, Lila memutuskan untuk menelefon Honey dan itulah asalnya yang membawa Lila ke sini.

     

    Nasib Lila memang baik, tak perlu beri salam, kelibat Si Ali sudah menyambut Lila. Ali yang gebu itu sedang leka bermain dengan Felix si kucing hitam kesayangan Kak Ajah. Memberi salam, dan tanpa menunggu Ali mempelawa masuk, Lila mempelawa dirinya sendiri masuk ke rumah Kak Ajah. Aisyah sedang menonton TV ketika Lila melangkah masuk ke dalam rumah Kak Ajah. Hanya pesanan SMS yang Lila kirimkan pada Kak Ajah memberitahu bahawa Lila sudah selamat sampai dan Lila mohon keizinan untuk tumpang solat Asar.

     

     

    SEKETIKA, usai solat hati sudah sedikit tenang dan fikiran sudah mulai lapang, Lila cuba menelefon Zie, tapi talian sibuk. Lila cuba pula dial nombor Honey, juga sibuk. Uiks memang 'sibuk' sungguhkah depa nih? Langsung tak mahu 'sambut' Lila? Lila cuba hubungi Jidah, langsung masuk dalam pesanan suara. Isk apa Lila nak buat ni?

     

    Dalam dok termangu tak tahu nak buat apa, tiba-tiba pesanan SMS balasan daripada Kak Ajah menerpa masuk. Apalah Kak Ajah ni, orang dah selesai solat barulah nak beri izin. Hehehe agaknya tadi sibuk melayan 'karenah' Tok Bonda kut sampai tak perasan pesanan SMS Lila.

     

    Kawan Adnin nak datang merisik. Akhtar namanya. Lila kenal ka?

     

    SMS kedua daripada Kak Ajah sedikit sebanyak merungkaikan persoalan yang bermain di benak Lila. Ooo ada orang nak datang merisik! sekejap… MERISIK?? Adnin?? Mata lila sudah buntang!

     

    Kenapa malam tadi Honey tak sebut pun pasal budak Akhtar? Laaa bagaimana Honey nak beritahu… belum sempat buka hikayat hp Lila dah kong! Lepas tu ingat nak telefon Honey balik, langsung Lila terlupa. Yang sempat Honey khabarkan, kalau boleh minta Lila datang ke rumah Adnin. Ni antara hidup dan mati Adnin, itulah antara kata Honey yang masuk dalam kepala Lila. Belum sempat Lila tanya lanjut… talian terus senyap sunyi. Alahai…

     

    Rupa-rupanya pasal 'Akhtar' nak datang. Patutlah semuanya kalut semacam jer. Tok Bonda ni, kalau perkara yang melibatkan Adnin semuanya jadi kalut. Rasanya berita tentang bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak yang menelan kos pembinaan sebanyak 280 juta ringgit yang tak sampai setahun itu dah menyembah bumi pun tak sekalut berita Tok Bonda nak menerima 'tetamu yang tak di undang' nih. Kadang-kadang Lila terfikir, sampai bila Tok Bonda nak 'kurung' Adnin dalam sangkar emas dia tuh.

     

    Tambah mengalutkan lagi keadaan kalau ada 'campur tangan' Tok Umi, dan Tok Bonda pula mudah benar termakan 'umpan' Tok Umi yang tidak sudah-sudah menjadi batu api Tok Bonda. Lila bukannya tak tahu, Tok Umi tu, dia ada agendanya yang tersembunyi. Ada ka patut dia nak kenen Adnin dengan abangnya yang dah jadi bujang terlajak tu? Tak patut sungguh! Dah la asal ada saja lelaki yang berhenti depan rumah Tok Bonda, mesti dia nak tahu siapa gerangan. Hatta bai yang jual karpet pun dia sibuk nak tanya sapa? Takut benar dia kalau ada kaum yang berstatus 'lelaki' yang ada kaitan dengan Adnin. Tok Bonda pula, suka la dia sebab dia tahu dia ada 'tangan kanan' yang membantunya memantau setiap gerak geri Adnin. Alahai… kesiannya yang jadi mangsa adalah Adnin!

     

    Tapi kan, kenapa Lila tak ada gambaran tentang Akhtar ni ya? Siapa dia yang tiba-tiba menjadi 'tajuk utama berita' kat rumah Tok Bonda ni? Atau ini sebahagian daripada komplot antara Zie dan Honey? Budak berdua tu bukannya boleh percaya ada saja olah nak buat Tok Bonda kena heart attack. Dah tahu Tok Bonda tak suka kalau datang bab lelaki disuakan juga pada Tok Bonda.

     

    Kadang-kala terfikir di benak Lila, bagaimana ya orang seperti Tok Umi yang vogue itu boleh jadi kawan baik pada Tok Bonda yang sangatlah 'rigid' itu? Tok Umi yang 'berwarna-warni' bagaikan warna pelangi sedangkan 'warna' Tok Bonda cuma dua, hitam atau putih. Itulah kalau nak dibuat perbandingan antara Tok Umi dan Tok Bonda, sangat kontra bagai langit dan bumi tapi mereka boleh jadi dua sahabat yang sangat akrab. Agaknya itulah istimewanya mereka, saling jadi pelengkap. Iya lah rahsia hati kan siapa yang dapat duga?

     

    Apa yang Lila harus buat ni?

     

     

    [Bersambung...]

    Catatan:

    Terima kasih Lila untuk entri yang manis... marilah sama-sama countdown 5, 4, 3, 2, 1 .... HABIS

    Posted at 04:47 pm by noorsoraya
    Comments (11)  

    Tuesday, June 09, 2009
    [15] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xv): AKHTAR

    WAN EMPOK terangguk-angguk khusyuk mendengar butir bicara Umi Humaira.  Kalau dengan Umi, Wan memang akan bertukar jadi burung belatuk, angguk-angguk dan tak pernah geleng-geleng.  Entah mendrem super power apa yang Umi hocus-pocuskan ke atasnya.  Semuanya akan Wan Empok sambut dengan anggukan.

    "Malu... Wan.  Aku bukannya apa, memanglah kau lagi banyak makan garam dari, aku ni makan garam pun memang doktor dah kontrol pun, takut kencing masin... bukannya macam kau, tak de keturunan sakit buah pinggang.  Sakit buah hati banyaklah"  sengaja Umi menekankan perkataan 'malu' meleret-leret bunyinya.

    Wan empok memang fobia dan alergi dengan perkataan tu.  Bukan Umi tak tau, dan itulah senjatanya untuk mencucuk-cucuk Wan Empok.  Apa lagi kalau perkara tu ada kena-mengena dengan Adnin, cucu kesayangan Wan Empok.

    Wan Empok tahu, Umi sayangkan Adnin macam cucunya sendiri, Cuma cara Umi menzahirkan sayangnya tidak dipersetujui Adnin dan sekutu-sekutunya, termasuk Kak Ajah.  Dan Tok Yang juga.  Walaupun Tok Yang nampak macam NAM, tapi Wan paham Tok Yang kalau buang undi memang akan memihak sebelah sekutu Adnin yang menggelar diri mereka newtown tu. Entah peperjer mereka tu, newtown konon, nama pon tak komersial, cebek Umi dalam hati.

    "Orang luar kita tatau baik budinya, konon keturunan baik-baik tapi diri sendiri tak baik pun tak guna, Wan," sambung Umi dengan nada mengeluh.  Betul-betul kesal kedengarannya.  Kak Ajah yang kebetulan melintas sempat curi dengar ayat Tok Umi itu.  "Kenapalah Tok Umi tak masuk dialog anak wayang? Kalau tak jadi guru pun boleh jadi pelajar, mesti ramai penyokong Tok Umi ni..." rungut Kak Ajah dalam hati.  Kak Ajah tu... Kak Ajahlah, sedang tak bisu pun dia tak berani bersuara dengan Tok Umi, apatah lagi setelah membisukan diri ini.  Lagilah Kak Ajah zip habis mulut dia.  Cuma 'mulut hati' dia yang tak dapat dizipkan.

    "Budak-budak tu pun aku lihat, bersiap sakan... suka benar nak terima budak 'Ketar' tu," tokok Umi menyambung diam dan anggukan Wan Empok.  Sengaja nama Akhtar diubah menjadi 'Ketar'.  "Kalau nak berjodoh pun, carilah yang dekat.  Aku kesian kat kau Wan, dibuatnya laki adnin tu bawak dia pindah, kau sorang-sorang je duduk kat rumah agam ni.  Tak pasal-pasal suku-sakat jin teman kau kat sini.  Kau tak ingat ke cerita Haji Kamal dulu?"

    Haji Kamal?
    Wan terus angguk-angguk, memang dia ingat cerita rumah Haji Kamal tu.  Rumah dia besar dua tingkat.  Cuma dia seorang saja yang duduk di rumah itu.  Isteri dah meninggal dunia, anak-anak semua dah berkeluarga dan duduk rumah sendiri.  Akhirnya, dia cuma duduk di bahagian atas rumah tu, apa lagi tangga rumah tu ada dua, satu bahagian dalam dan satu bahagian luar.  Jadi yang bahagian dalam terus dia tutup.  Konon nak sewakan bahagian bawah tu.  Ceruk kampung macam ni siapalah yang nak sewa rumah?  Cikgu sekolah pun semua orang kampung berdekatan.

    Jadi rumah tu diam tak diam rupanya ada 'penyewa', penyewa yang tak bayar sewa.  Apabila anak cucu-cucu Haji Kamal yang datang menjenguknya terserempak dengan 'penyewa' tu, barulah kisah penyewa haram tu terbongkar.  Akhirnya, orang kampung sepakat buat majlis baca Quran dan panggil ustaz tolong 'pindahkan' penyewa haram yang khabarnya sangat mengerikan itu.

    Mengingatkan itu, meremang bulu roma Wan Empok.  Pantas dia bangun menuju bilik tetamu yang berhias sakan. Makin sakit hatinya melihat Adnin ayu bersimpuh bersama kroni-kroninya, "Nampak macam gatal sangat nak berlaki" kata-kata Umi sebentar tadi terngiang-ngiang di telinganya. Padahal tadi sudah dipesan duduk di dapur dengan kain warna buruk-buruk je. Di mana Adnin letak telinganya, sampai jadi degil tak dengar kata Tok Bondanya lagi.

    Macam peluru Wan buat arahan itu ini pada Kak Ajah, dan Tok Umi yang setia jadi pengiring di sebelah Wan Empok, sempat lagi tambah minyak diesel ke dalam api Wan Empok yang tengah menyala.  Apa lagi apabila dia sedar Honey menjeling pipi merahnya semacam serta sambil mencari-cari sesuatu dalam beg comelnya; hatinya jadi....

    Tiba-tiba terdengar Tok Yang memberi salam. Salam untuk kali ke berapa, entahlah. Tadi sepatutnya mereka sudah membukakan pintu untuk Tok Yang. Tetapi gara-gara misi hasutan berlangsung, terus... salam Tok Yang mereka jadi lupa pula. Kasihan Tok Yang, mestilah penat dia menunggu di depan muka pintu.

    Tok Yang sudah tersenyum manis. Juga Leyinah... dah tak sabar-sabar menyerbu ke dalam rumah Wan Empok yang klasik.

    Hmmm... "Tok Yang bawa kek cawan? Ya Allah... kenapalah Tok Yang tak paham skrip ni? Kan Kak Wan dah pesan buat pantun menolak, dia pulak bawa kek cawan berhias bagai, macam suka sangat kita nak menyambut orang nak datang tu," Tok Umi berbisik nyaring.  Punat kawalan suara Tok Umi memang dah rosak,  makin bagi tone rendah makin nyaring pula bunyinya.

    Tok Umi mengulum lidah di pipi menahan tawa melihat Tok Yang terbongkok-bongkok membuka kasut.  Tok Yang, siang malam pagi petang mana lepas dari baju dugong dia tu, dengan tudung hitam tu memang sah Tok Yang berkembar dugong.  Dia ingat jubah dengan kipas angin kat belakang tu mampak macam Princess Ariel, cerita mermaid yang cucu dia Leyinah suka usung ke sana sini tu. Hehehehehe.... dah nyanyuk agaknya Tok Yang ni!

    [Bersambung]

    _______
    CATATAN:

    1. Terima kasih daun keladi Tok Umi dalam sibuk-sibuk tu sempat aja lontarkan perasaannya ke sini :D
    2. Kita dah di episod yang ke-15. Lagi lima episod lagilah kita akan ucapkan bye bye dah. Jadi mana-mana komrad yang nak sambung, cepat sedikit ya! Kaksu dah ada tiga episod dalam simpanan ni, sebelum kita tahu apa yang jadi pada Adnin-Akhtar ni. Apa khabar pula Wafi, takkan tak sampai-sampai lagi? Mana Lila dan Jidah ni, tak nak support Adnin ke? Aduh Kak Ajah, lamanya diam membisu. Kita juga akan dengar cerita Zie dan Ustaz Solihin, sambil makan kuih yang Tok Yang bawa! Juga siapa nak lihat muka Akhtar kena dengar cerita Honey lepas ni....

    Posted at 11:11 am by noorsoraya
    Comments (15)  

    Thursday, June 04, 2009
    [14] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xiv): AKHTAR

    Mana O Mana Pipi Merahku

    Oleh: 004 – HONEY (PENULIS BERSEKUTU)

    HONEY syak pipi merah Honey mesti ada seseorang yang telah songlap, ia la, takkanlah pipi merah tu pandai berjalan dan bersembunyi di mana-mana. Honey memang sayang pipi merah tu, jauh tau Honey pesan pipi merah tu. Dah la penat memesan daripada Kak Ajah yang pura-pura bisu tu belum hilang, alih-alih pipi merah tu pula yang lesap! Nyampah.

     

    Honey, kita ada masalah yang lebih besar berbanding Misteri Kehilangan Pipi Merah, bisik Zie. Tok Bonda dan Tok Umi baru aje keluar. Air mata Adnin pun, belum lagi kering... alih-alih yang menjadi keutamaan Honey hanyalah hal blusher yang dia pesan dari Toko Sarinah, Jakarta tu sahaja!

     

     

    "Honey cuba ingat balik, mana tau Honey salah letak ke" ...akalnya yang waras cuba memujuk. Mindanya masih berpusat pada masalah utamanya: blusher. Masalah Adnin tiba-tiba jadi sepele di matanya. Honey sudah diserang penyakit meroyan nombor 3: gila mekap!

     

    Seingat Honey hari tu, masa di rumah Adnin dua minggu yang lalu uncang mekap (sebenarnya, beg mekap) Honey memang ada, Honey letak di atas katil Adnin, alih-alih uncang mekap tu ada pula dekat-dekat tingkap. Hairannya, macam mana uncang tu boleh berpindah? Rasanya yang keluar masuk bilik Adnin cuma Honey sorang saja. Jidah, Zie dan Lila di bilik sebelah. Atau... orang lain yang ada pun cuma Kak Ajah tapikan... Honey rasa macam nak tuduh Tok Umi saja yang larikan pipi merah tu. Cubalah tengok cara Tok Umi berhias tadi. Honey ada besar alasan la kenapa Honey kena tuduh Tok Umi.

     

     

    Pertama: Kalau Honey tuduh Kak Ajah memang tak sesuai, sebab Kak Ajah tu mana pandai pakai barang-barang mekap ni, lain la kalau disuruh pilih sayur, yang itu kak Ajah terror.

     

    Kedua: Warna tu... memang warna itu la warna pipi merah Honey, warna yang bertempek kat pipi Tok Umi tadi. Honey sangat pasti. Jadi, Honey mesti siasat, Honey mesti scan pipi Tok Umi walau dengan apa cara sekali pun. Mesti.

     

    Ini yang membuatkan semangat 46 Honey lagi berkobar-kobar nak undi keluar Tok Umi. Geramnya Honey! Patut la tiba-tiba pada hari tu Tok Umi asyik berkepit dengan Honey, pada hal kalau dia tahu geng Adnin bertandang ke rumah Tok Bonda selalunya, Tok Umi mesti terlebih sudu daripada tuan rumah. Ada saja perkara yang Tok Umi akan hasut Tok Bonda supaya kami-kami ini tidak betah di rumah Tok Bonda lama-lama, tapi hari itu lain pula ceritanya.

     

     

    Tiba-tiba saja Tok Umi jadi manis dengan Honey. Panggil Honey baik-baik, semua benda nak ditunjukkan kepada Honey sehinggakan kebaya merah jambu Honey pun tok umi hendak cuba menyarung ke badannya. Kussss semangat. Itu belum dikira Tok Umi cuba melentikkan bulu mata Honey lagi.

     

    Rupa-rupanya baik Tok Umi, baik bersebab. Tok Umi ada misi lain. Tok Umi nak klonkan Honey rupanya... uwaaaa tak nak la. Mana boleh Tok Umi buat macam tu, Honey bukan kunci almari yang boleh dipenduakan. Isyyy… tok umi nih la. Mana boleh ada dua Honey. Satu versi tua dan satu lagi versi muda. Ya ampun. Kenapa la dengan Tok Umi ni.

     

    Walau apa pun, Honey mesti selamatkan pipi merah Honey tu semula, kesian pipi merah tu ditonyoh ke pipi Tok Umi yang macam peta. Tak sesuai langsung!

     

     

    [Bersambung...

     

    Catatan:

    Selamat bercuti untuk semua yang ambil kesempatan untuk bercuti sempena cuti sekolah.

    Posted at 09:17 am by noorsoraya
    Comments (9)  

    Next Page