catatkanlah rasamu di
BUKU TAMU
Noor Suraya


BUAT MENYAPU SI AYER MATA
adalah antologi cerpen-cerpen NOOR SURAYA sejak tahun 1985 - 2005:
  • Ajerah
  • Anak-anak Kongsi
  • ANA
  • Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?
  • Cerita Semalam
  • Cinta Hajar Atiqah
  • Cukuplah Sekali
  • Fatimah Anak Perempuan Mr. Kong
  • Hati Zana
  • Maafkanlah Aku, Adibah!
  • Sayang Emak, Zeti!
  • Sepucuk Surat Cinta dari Lembah Kundasang

    Jemput ke...
    Rumah Kecil Tiang Seribu
    Nyanyian Tanjung Sepi

    Ulas Buku:
    Seribu Satu Malam


    Penerbitan
    Jemari Seni Publishing



    E-Novel
    NOOR SURAYA
    @kaksu

    KeBUN MiMPi...


    SURAT UNGU UNTUK NUHA

    edisi cetak

    ~ titipkan pesan buat J@J@
    di jendela ini...~



  • << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30


    Bacalah 10 Bab Dulu
    J@J@ & DIN




    Oktober 2009
    [1][2][3][4]
    November
    [5][6][7][8][9][10]


    tudung periuk pandai menari,
    menari lagu putera mahkota;
    kain yang buruk berikan kami,
    buat menyapu si ayer mata....


    NYANYIAN TANJUNG SEPI (2006) diterbitkan oleh CESB




    KERANAMU AIN... (2001) diterbitkan oleh CESB


    "Jika mencintaimu membawa hukuman mati... aku sudah lama mati, Ain."
    [Nik Ahmad Adam]




    BIRU UNGU CINTA (2003) diterbitkan oleh CESB



    "Seandainya terus mencintai Seera adalah suatu dosa... ampunilah keterlanjuranku itu, Tuhan."
    [Abdul Fattah]




    RINDUNYA KIAN MEMBARA (2004) diterbitkan oleh CESB



    "Pabila berkata tentang cinta, kita bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."
    [Dr Farhana Haji Abu Bakar]




    TANAH ANDRIYANA (2002) diterbitkan oleh CESB



    "Asap api embun berderai,
    Patah sayap haluan perahu;
    Niat di hati tak mau bercerai,
    Kuasa Allah siapa yang tahu?"



    GURINDAM JIWA: HATI ANDRIYANA (2007) diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing












    Who links to me?



    18 Sept. 2007

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Monday, June 01, 2009
    [13] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xiii): ADNIN


     

    Oleh: NOOR SURAYA

     

    KAK AJAH berlari anak masuk ke bilik tamu, selepas Tok Bonda memanggilnya dua tiga kali. Tok Umi yang segak berkebaya biru, duduk comel sahaja di sebelah Tok Bonda. Kawan-kawan Adnin, Zie dan Honey pula bertimpuh lendit di sebelah Adnin. Tangan Zie asyik menguit-nguit menekan Blackberry. Ada lah dia tengah berchat  tanpa perlu bersuara dengan komradnya yang entah dari mana... mengatur strategi, hanya dengan pergerakan jari. Gerakan jemarinya mengalahkan Kak Ajah yang bisu pula.

     

    Zie tu sepatutnya kerja dengan Kementerian Pertahanan aja, kerana pandainya dia mengatur strategi. Matanya yang berlensa hijau ala-ala Aisyawara Rai tu memandang redup ke arah Tok Bonda. Itu yang membuat Tok Bonda kalah dengannya tu. Sudah berapa kali Tok Umi cadangkan agar Adnin tu jangan dibiarkan berkawan baik dengan Zie. Tapi cucukan Tok Umi tu gagal. Pandai aje Zie tu 'merasuah' Tok Bonda dengan kuih-kuih klasik buatan mamanya pada Tok Bonda Adnin tu.

     

    Sementara Honey pula sedang sibuk mencari blusher dalam beg mekapnya yang sama besar dengan beg budak darjah satu yang belum dapat jadual waktu tu. Dari tadi, waktu dia mahu melakar wajah Adnin, dia tidak jumpa blusher kesayangannya tu. Mana pula blusher ni? Matanya memandang ke arah Tok Umi berkali-kali. Matanya tumpah pada pipi merah wanita separuh umur itu. Mungkin tak???

     

    Kak Ajah kembali ke arah kedua-duanya sahabat Adnin yang anggun dengan kebaya warna terang. Katil tembaga sudah mereka hias dengan cadar warna kuning lembut, dengan sejambak ros kuning dalam vas kristal di meja kecil sebelahnya. Entah dari mana cadar cantik itu mereka jumpa. Mungkin juga Tok Yang berkomplot sama. Barang-barang mahal begini, siapa lagi yang ada kalau tidak Tok Yang.

     

    Dalam masa sekejap sahaja, bilik tetamu itu jadi indah tak terperi. Tepak sirih biru tua berbenang emas, sudah jadi hiasan di kepala katil. Tepak sirih siapa agaknya? Kepunyaan Kak Lija mungkin? Bukan boleh harap budak-budak ni kalau datang bab berhias, mengalahkan Dilla Kak Andam. Tahu sahaja mereka nak meminjam di mana. Memang pantang Tok Bonda meminjam perhiasan orang. Dia tak suka dituduh tak memiliki harta! Cumanya, budak-budak tu mana berani minta apa-apa padanya. Perhiasannya dia kunci dalam almari jati.

     

    "Ajah!" Kepala Kak Ajah beralih ke arah majikannya.

    "Kak Wan nak tanya ni, kenapa Adnin ni bersiap sakan macam orang nak masuk meminang dia? Siapa suruh hias bilik ni, macam bilik pengantin? Perhiasan ni datangnya dari mana, semuanya"

     

    Huh, aku ni jadi bibik di sini atau jadi PA syarikat Wan Empok? Manalah aku tahu semuanya ini! Kerja aku uruskan pesanan pelanggan di ruang menekat tu, bukannya di bilik tamu ni. Bukannya urusan Adnin nak dirisik ni! Tetapi kerana sejak dulu, aku sudah macam keluarga Wan Empok, urusan Adnin menajdi urusan aku dan Bang Aji juga! bisik hati kecil Kak Ajah.

     

    Kak Ajah memandang ke arah Adnin di depannya. Wajah Adnin yang sederhana (berbanding dengan Zie dan Honey itu) dikatakan telah bersiap sakan.

     

    Adnin hanya mengenakan baju kurung warna hijau air tebu dengan manik di leher, itu pun terkatup habis hiasan lehernya kerana setelah dikenakan tudung warna kuning lembut. Jahitan manik bunga dahlia tu (ciptaan Angah Su untuk baju raya dua tahun lalu) sudah sering-sering aja Adnin pakai, mananya bersiap sakan, pula?


     

    Pipi Adnin yang sememangnya sedia merah muda tu, dikatakan bersiap sakan? Mana pertimbangan ikhlas Tok Bonda. Bilik depan ni memang panas sedikit, tak ada penyaman udara. Adnin yang putih melepak ni memang tak perlu dipakaikan pipi merah lagi. Dia tu original beauty. Bibirnya sahaja yang dicoret dengan gincu warna merah muda. Kalau tak ditambah pun, dia sudah sedia lawa. Mukanya bertempek bedak debu aja. Ini tentu kerja Zie dan Honey. Orang kalau dah lawa, bersiap sikit pun dan nampak semakin lawa. Itu pendapat Kak Ajah yang menjadi pengasuh tak rasmi Adnin sejak dulu.

     

    Badan Adnin memang berbau raspberi, kerana sabun mandinya memang berperisa raspberi sejak dulu lagi. Bukannya memakai minyak atar ke apa, apa ke? Orang yang sedia wangi tu dikatakan bersiap sakan? Memanglah Tok Bonda ni dah melampau. Saja tak beri peluang memilih pasangan hidupnya sendiri.

     

    "Kak Wan tak kira, Ajah cuci balik muka Adnin tu. Suruh Adnin pakai baju kurung kain cit aja, biar warna buruk-buruk sikit-sikit. Jangan nak bersiap-siap muka tu dengan mekap apa pun." Matanya menjeling ke arah Honey yang sedang menyeluk beg mekapnya mencari blusher yang hilang. Honey sedikit pun tak hiraukan kata-kata Tok Bonda.

     

    "Lepas tu, biar Adnin duduk di dapur... orang datang, suruh buat air, bukannya nak kena bertimpuh lendit macam anak dara kena lamar di sini." Suaranya sedikit tinggi.

     

    Mata Tok Bonda sempat mengerling ke arah Adnin. Walaupun kata-katanya kedengaran mengarah Kak Ajah, tetapi sebenarnya dituju khas ke arah cucu kesayangannya. Tok Bonda kalau sudah merah, dia tak mahu bercakap sendiri dengan Adnin. Mata Adnin sudah berair. Takut dan rasa hati sekali gus.

     

    "Tak eloklah Kak Wan... anak dara jadi tak malu-malu macam ni. Macam dah bagi harapan kat orang, padahal kita tak kenal langsung orang yang nak merisik tu," bisik Tok Umi, kononnya perlahan... tapi suaranya dapat aja didengari semua yang ada dalam bilik tamu tu.

     

    "Cepat sikit, nanti orang dah nak datang. Tak sempat." Mata Tok Bonda bagai elang mengerling Rolex di pergelangan tangannya yang sudah kedut seribu tu.

     

    Tok Bonda dengan Tok Umi segera meninggalkan bilik tu, sebaik sahaja mendengar suara Tok Yang dan cucunya, Leyinah memberi salam di tangga depan.

     

    Kak Ajah melihat air mata Adnin yang bergenang. Matanya yang hitam dengan alis lentik itu membuat hatinya iba. Belum sempat Kak Ajah mengajaknya ke bilik Adnin di belakang mencari baju kurung lama, telefon Zie berbunyi.

     

    "Adnin... ni Akhtar nak cakap sekejap." Diserahkan Blackberry ke tangan Adnin. Kemudian dicapai tisu, disapunya mata Adnin yang sudah bergenang. Honey masih mencari blusher kesayangannya. Dia sudah putus harap.

     

    Masing-masing kemudiannya, pura-pura tidak mendengar perbualan Adnin-Akhtar, padahal sebenarnya mereka sedang menadah telinga.

     

    * * * *

     

    "Awak mesti ingat saya... ingat tak masa tahun satu, dekat DTSP... depan library?"

    "Saya tak ingat!"

    "Awak mesti ingat... cuba ingat betul-betul."

    "Tak mau ingat!"

    "Kena ingat, Adnin... awak dah janji!"

    "Saya dah janji apa?"

    "Awak dah janji kalau selepas lima tahun, awak belum kahwin... dan saya belum ada sesiapa, kita akan mengikat dua hati."

    Aku pernah janji?

    "Awak silap orang kut. Saya tak kenal awak pun Akhtar!" Dengan susah payah dia menyebut nama lelaki itu. Menyebut nama lelaki menjadi tabu pada mulut perawannya.

    "Awak ingat Along Nisa? Awak ingat Abang Ngah Ahmad!"

    "Ya!"

    "Saya ingat arwah Along Nisa, Nur Khairunisa binti Ahmad Mukhtar... dan awak...?

    "Saya, Ahmad Akhtar bin Ahmad Mukhtar, Abang Ngah Ahmad...."

     

    Adnin sudah menderu air mata. Zie sudah panik, apa pula yang dikatakan oleh 'Shahid Kapoor' ni sampai-sampai Tuan Puteri Sekati Bunga bercucuran air mata. Honey cepat-cepat mengelap air mata Adnin daripada merosakkan mekap nipis yang 'dilakarkan' tadi: mekap dengan bedak debu – itu pun puas dipujuk-pujuk untuk bersiap. Nak suruh pakai blusher punyalah susah dia memujuk, alih-alih Adnin 'menyapu' pula bedak debu ni dengan air mata. Dengan asyik menangis, tentu aja pipinya akan nampak pucat tak bermaya.

     

    Adnin ni la. Akhtar ni pun nak kena dah. Adakah dok buat cerita Jejak Kasih waktu ni. Kak Ajah jadi sebak sama. Apa sudah jadi. Tak-tak pernah dia nampak air mata Adnin begini, tiba-tiba saat ini dah mula mencurah pula. Tapi baru sekadar hujan nak mula merentik, sekarang dah macam empangan pecahlah pula.

     

    Adnin terkenang pada arwah Kak Nisa; waktu dia menjadi rakan sebilik Kak Nisa. Waktu itu dia baru saja di tahun satu, Kak Nisa sudah di tahun empat. Kak Nisa buat Teknologi Polimer. Kak Nisa dah dekat-dekat nak graduate pun waktu itu. Tinggal hanya satu semester. Kata Kak Nisa, dia ada adik yang buat Town Planning macam Adnin. Namanya Ahmad Akhtar. Tapi Adnin tidak pernah tahu yang mana, dan tidak pernah terasa ingin tahu siapa!

     

    Tiba-tiba aja, suatu malam barulah Adnin tahu... Kak Nisa tu menghidap kanser tulang. Dia dimasukkan ke Hospital Besar Pulau Pinang, kerana sakitnya sudah di stage yang serius: stage 4 kalau tak salah. Setiap hari lepas kelas, Adnin akan hospital ke sana dengan membawa nota-nota kiriman Kak Bibah. Adnin menemani Kak Nisa di situ. Kebetulan pula abah dan emak Kak Nisa di Mekah buat haji. Pada waktu malam, nenek Kak Nisa yang menemani Kak Nisa. Sementara waktu tengah hari, adiknya yang datang. Adnin-Akhtar tidak pernah kenal walaupun sekali. Tetapi Kak Nisa selalu menitipkan salam Akhtar waktu itu untuk Adnin.

     

    Memanglah, Kak Nisa tu sudah tiada peluang untuk hidup, tetapi Kak Nisa sangat berharap dia dapat bertahan... sehingga habis peperiksaan akhir. Dia ingin sekali meninggalkan kenangan indah Majlis Konvokesyen untuk nenek yang menjaganya sejak kecil.

     

    Selepas Raya Haji, abah dan emak Kak Nisa pulang... Adnin sudah tidak ke sana lagi. Seminggu lepas Raya Haji dia dengar Kak Nisa dah tak ada lagi. Kak Nisa tu orang Penang tulen. Tetapi abahnya yang bekerja sebagai tentera laut tu tinggal di Lumut. Dia tidak begitu rapat dengan keluarganya. Kak Nisa cuma rapat dengan adiknya, Akhtar. Cerita ni bermula selepas Kak Nisa pergi....

      

     

    "Awat Adnin," tanya Zie dan Honey serentak.

    "Cegheta mai!" sambung Honey.

     

    [Bersambung...]

    ________________
    Catatan:

    Sebelum kita ke episod seterusnya, kita masih ada cerita Zie dan Honey. Juga cerita daripada Kak Ajah J

    Posted at 02:47 pm by noorsoraya
    Comments (10)  

    Thursday, May 28, 2009
    [12] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xii): WAFI

     

    *PENGARANG BERSEKUTU (008): XILEM
     

    Ada orang nak mai pinang Adnin hujung minggu ni. Akhtar namanya. Dengar-dengarnya dia tu kawan sekolah Adnin kat USM dulu.

     

    SMS yang diterima daripada emaknya pagi tadi membuatkan Wafi keresahan sendirian.

    'Ada orang nak datang menyunting Adninnya?'

    'Kawan Adnin dekat universiti dahulu?'

    Siapa kawan lelaki Adnin tu? Dahi Wafi berkerut-kerut sendirian cuba mengingatkan kalau-kalau dia tahu siapa kawan lelaki Adnin itu.

    Setahu Wafi, Adninnya itu mana ada berkawan dengan mana-mana lelaki semasa belajar di USM dahulu.

    Kawan-kawannya semasa di USM itu kalau tidak Jidah mesti Si Zie. Kalau tidak mereka berdua itu pastinya Honey dan Lila. Itu sahajalah kawan yang Adnin ada.

    Adninnya itu mana hendak terima salam perkenalan daripada mana-mana kaum Adam. Adninnya itu memang patuh sungguh pada kata-kata Tok Bonda yang tidak membenarkan dia berkawan dengan mana-mana lelaki. Adnin dapat rapat dengan dia selama ini pun, sebab mereka berdua ada hubungan sepupu di sebelah bapa mereka.

    Wafi sudah kenal rapat dengan Adnin sejak mereka kecil lagi. Dari kecil lagi dia selalu teman Adnin ke sana dan ke mari. Teman Adnin bermain sebab Tok bonda tak benarkan Adnin berkawan merata-rata. Malah walaupun dia lebih tua empat tahun daripada usia Adnin, dia tetap setia menemani adik sepupunya itu bermain pondok-pondok di bawah rumah Tok Bonda.

    Wafi adalah anak bongsu dalam keluarganya. Abang-abang Wafi tidak mahu melayan Si Adnin sangat sebab jarak usia mereka jauh lebih besar daripada Adnin. Lagipun mereka semua amat takutkan Tok Bonda yang selalu garang itu.

    Malah sebenarnya Tok Bonda sendiri sememangnya selalu sahaja menganaktirikan mereka sekeluarga sejak ayah meninggal dunia. Tetapi Wafi tetap buat muka selamba sahaja datang menjenguk Adnin di rumah Tok Bonda. Bisik-bisik yang dia dengar daripada Kak Ajah sebelum wanita itu tiba-tiba jadi bisu dahulu, Wan Empok tidak sukakan sangat ibu Wafi sebab ibu itu bukanlah menantu pilihan dia.

      
              
     

     

    Wafi sayangkan Adninnya. Sayang sangat-sangat. Rasa sayang itu mula muncul kerana mereka berdua sememangnya rapat dan selalu berkongsi segala-galanya. Namun sejak dia sudah bersunat semasa dia berumur sembilan tahun lagi, rasa sayang itu sudah mula berubah menjadi cinta. Lagipun Tok Mudin sendiri yang kata pada Wafi dahulu ketika dia rasa amat takut masuk jawi; Wafi sudah boleh mula mengurat mana-mana budak perempuan – Wafi sudah dewasa. Ada ke Tok Mudin ajar benda ngarut macam gitu, ceh! Jadi apa pun alasannya, daripada awal-awal lagi dia sudah chop adik sepupunya itu sebagai 'sigaraningnya'.

    Tetapi rasa cinta itu dipendamkannya sahaja dahulu memandangkan Adnin itu banyak benar pantang larang Tok Bonda yang dia kena ikut. Sebaik sahaja Adnin habis belajar di USM barulah Wafi berani meluahkan rasa hatinya pada Adnin. Dia mahu menyunting Adnin sebagai suri hatinya. Wafi yakin dia mampu untuk menyara Adnin dengan jawatannya sebagai seorang insinyur di sebuah syarikat multinasional. Dia mahu membawa Adnin yang selalu dikurung seperti Si Rapunzel dalam dongengan itu lari daripada kurungan istana Tok Bonda.

    Tetapi Tok Umi pula tiba-tiba masuk daun mengacau. Sebaik sahaja Tok Umi tahu hajat sucinya itu, terus aja Tok Umi mengaktifkan kuasa fire stone dia menghasut Tok Bonda supaya melarang sekeras-kerasnya Wafi dan Adnin disatukan. Kata Tok Umi, tak elok sepupu sama sepupu disatukan. Nanti cicit-cicit Tok Bonda akan mendapat penyakit genetik. Apatah lagi Wafi dan Adnin bersepupu sebelah ayah: tahu, tahu, Wafi tahu tu! 

    Tambahnya lagi, ada di dalam hadis Rasulullah SAW melarang berkahwin dengan kaum kerabat terdekat kerana akan mempengaruhi fizikal dan mental anak yang akan dilahirkan. Hikmah Islam menggalakkan perkahwinan ialah supaya umat Islam akan lebih berkembang ke seluruh pelosok muka bumi. Kalau dah kahwin dalam kalangan ahli keluarga sendiri akhirnya keturunan kita tak pergi ke mana. Dok pi mai pi mai tang tu sahajalah jadinya.

    Amboi Tok Umi... pandai sungguh dia berforum perdana apabila bab nak menghalang niat suci Wafi dan Adnin nak berkahwin ni. Sedangkan bab dia berpakaian, tidak mahu pula dia ikut suruhan junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW itu supaya para wanita memakai baju yang tidak menampakkan susuk tubuh untuk mengelakkan fitnah. Dok pakai lagi baju kebaya nyonya ketat dia yang sarat dengan labucinya itu.

         

     

     Wafi memandang ke arah salji di luar tingkap bilik tidurnya yang terletak di tanah tempat Adolf Hitler si misai kontot pernah berkuasa. Orang sekeliling kata dia di sini kerana hatinya sedang merajuk dengan keputusan Tok Bonda yang tidak membenarkan dia berkahwin dengan Adnin. Adnin sendiri pasti kata Wafi tidak tegar hati sampai sanggup melarikan diri. Malah Adnin mesti akan anggap dia sama sahaja macam abah Adnin yang melarikan diri setelah kecewa mamanya meminta cerai dan berkahwin dengan lelaki lain.

    Tetapi dia ada sebab lain kenapa melarikan diri sampai ke Jerman. Dia menyorokkan dirinya di sini kerana Tok Umi sudah mengugut mahu menggunakan kuasa vetonya pada Tok Bonda supaya menyuruh neneknya itu menerima sahaja pinangan sepupu Tok Umi itu; si bujang terlajak yang selalu berlagak pusing keliling kampung mereka dengan kereta Mercedes ML 350 milik syarikat tempat dia bekerja. Dia sememangnya sedar yang Tok Umi vogue itu sudah lama berhajat hendak regukan mamat botak tersebut dengan Adnin; yang bagaikan pinang dibelah kapak tu.

    Jadi kerana itu, Tok Umi telah memaksa Wafi tandatangan pakatan secara senyap dengan dia supaya menjauhkan dirinya daripada Adnin. Kalau tidak mahu Tok Bonda menjodohkan Adnin dengan mana-mana lelaki lain yang entah datang daripada langit mana itu, jangan lagi balik ke sini. Dan kebetulan pula syarikat tempat dia bekerja itu membuka peluang untuk dia menimba pengalaman di ibu pejabat mereka di Kiel state of Schleswig-Holstein.

    Biarlah kalau sudah takdir cintanya pada Adnin terpaksa berkubur. Mungkin sudah ditakdirkan di Loh Mahfuz yang dia dan Adnin sememangnya tiada jodoh. Harapannya semoga Adnin akan segera berjumpa dengan sang panjinya yang dapat membawa sepupunya itu jauh daripada cengkaman Tok Bonda. Di harapnya lelaki itu benar-benar boleh diharap untuk menjaga Adnin yang selalu ketandusan kasih sayang daripada keluarganya sendiri sejak kecil lagi.

    Tetapi kini, mendengarkan khabar tiba-tiba muncul mamat Akhtar yang entah daripada ceruk mana datangnya nak meminang Adninnya itu, tidak tahu mengapa Wafi jadi tidak senang hati. Nama pun macam nama Bangla sahaja. Entah-entah mamat Akhtar itu salah seorang komrad Tok Umi yang bujang terlajak juga. Tidak kiralah kalau kali ini lelaki itu sangat hebat kerana memiliki kereta kebal sekalipun, Wafi akan melanggar perjanjian gencatan senjatanya dengan Tok Umi untuk melindungi Adninnya. Dia kena balik ke Malaysia dan selamatkan Adninnya itu sebelum terlambat.

    Lalu pantas Wafi bergerak ke komputer DELLima Merahnya untuk menempah tiket balik ke Malaysia. Adnin... jangan terburu-buru menerima si Akhtar itu. Tunggu Abang Wafi balik dahulu!
         

     

     

    [Bersambung...]

    Catatan:

    Alahai kita masih ada penulis kelapan J tiba-tiba aja kaksu dapat e-mel dari jauh ni, Abang Wafi menyorok di sana rupa-rupanya. Selamat membaca. Ramainya akan pulang ni... kaksu p[un tak sabar nak 'lepaskan' entri-entri yang sedang berbaris dalam folder Cik Merah Jambu kaksu. Huhuhu, sebenarnya Cik Merah DELLima kaksu sudah dilarikan lanun mata satu sejak Februari baru ini.

    Posted at 04:01 pm by noorsoraya
    Comments (16)  

    Monday, May 25, 2009
    [11] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (xi): AKHTAR

    Tok Yang N to Z.




    *PENGARANG BERSEKUTU (007): TOK YANG


    USAI SOLAT DOHA,
    Tok Yang berbaring sekejap di atas katil Da Vinci yang tilamnya tebal dua belas inci. Kunun nak tinggalkan lelah sebentar. Sedar tak sedar Tok Yang hanyut hingga masuk solat Zuhur. Manalah Tok Yang tak tidur pules. Semalam Tok Yang kan buat homework yang diarahkan Wan Empok tu. Tok Yang ulang baca novel Noor Suraya, kunun nak ciplak pantun Noor Suraya. Eh... alih-alih Tok Yang 'terlebih sudah'. Tok Yang baca sampai khatam. Hingga lencun cadar Laura Ashley dek air mata dan hingus Tok Yang semalam. Memang Tok Yang 'terlebih sudah'. Nasib baik Tok Wan pergi mesyuarat tiga hari keluar negeri. Kalau tak? Pasti Tok Yang kena kuliah subuh lagi oleh tok wan. Tok Wan tu pantang tengok isterinya baca novel. Kata Tok Wan, bagus baca Quran, bercahaya rumah daripada baca novel yang karut-marut tu.

     

    Usai solat Zuhur, Tok Yang telefon pembantunya Si Krisda, di bawah, lalu mengarahkan pembantunya memasukkan kotak muffin itu ke dalam ponpon 'mata belalang' Tok Yang. Tok Yang ni, kalau dia sudah berada di kamar beradunya, Tok Yang malas sangat nak turun lagi ke bawah. Katanya sakit lutut turun-naik tangga. Dia bukannya sakit lutut pun, Tok Yang cuma suka bela lemak manis kat kiri-kanan badannya. Lengannya pun dah bersayap lebar kini. Basikal 'lumpuh' yang Tok Wan belikan untuknya tu pun tak pernah pun disentuhnya. Sekarang dah jadi barang antik Tok Wan pulak. Menyemak.

     

    Tok Yang belek baju-baju sutera cinanya yang penuh dalam almari. Semua tak berkenan. Baju tu semua dah mengecut. Kata Tok Yang, Si Krisda cuci guna mesin pengering. Tu sebab semua bajunya jadi kecil. Tok Yang. Tok Yang. Baju mengecut ka? Atau badan Tok Yang yang mengembang.

     

    Tok Yang terus menarik jubah hitam labuh yang berkipas di belakang. Baju jubah hitam, pesen ikan dugong ni memang dapat menipu mata yang memandang. Walau badan Tok Yang dah sebesar lori tekuyung semen, tapi jubah tu dapat menutup mana-mana isi daging yang Tok Yang ingin sorokkan. Kata Tok Yang, kalau pakai baju hitam, tubuh besar jadi slim, kononnya. Padahal dari sisi, dah nampak pun perut Tok Yang besar macam ikan paus biru sedang mengandung cukup bulan.

     

    Dalam Tok Yang mengintai badannya di cermin hiasnya, jam dinding berdenting dua kali. Wah dah pukul dua petang dah. Tok Yang dah lambat ni. Tak pakai baju lip lap pun tak apa. Tok Yang bukannya muda lagi, dah masuk subuh pun. Tak payah lah nak melaram dengan benda pelik-pelik macam Tok Umi suka pakai tu. Alasan lah tu.

     

    Tok Umi ni pun satu, rumah kata pergi, kubur kata mari, pun masih pasang make-up 'cina opera'. Itu satu bab. Yang satu bab lagi, Tok Umi suka sangat cucuk-cucuk Wan Empok. Kalau cucuk berlian, takpa jugak. Ni cucuk 'santau'. Eh... ngeri tok Yang nak bayangkan.

     

    Tok Umi sokong Wan Empok reject budak Akhtar ni, laaagi... satu hal. Mungkin dia nak kenenkan dengan abangnya yang dah lama mati bini tu tak??? Abangnya tu kan dah hampir lapan puluh tahun. Isy... simpang malaikat. Kalau adik sepupunya yang bujang trang tang tang tu, tak apa jugak. Muka sepupunya tu pun hensem jugak, macam Si Zack model semi-Hindustan tu. Walau kepalanya dah nampak bulan purnama, tapi.. punya rumah kaca besar, ada mata belalang ML350 lagi. Orangnya pun baik juga, hormat orang tua dan pemurah. Tok Yang ingat lagi, Aidilfitri lepas, dia hulur Tok Yang sampul hijau. Bila Tok Yang buka, masya-Allah... Juling mata Tok Yang. Boleh beli beras sepuluh guni. Bertuah Adnin kalau Wan Empok berkenan.

     

    Tok Yang terus membawa mata belalang menuju ke rumah agam Wan Empok. Habislah, habislah Tok Yang kena sembur Wan Empok nih. Bukan kita tak tahu, kalo Wan Empok naik minyak. Macam badak sumbu daaar...

    - tok bonda -


    [Bersambung...]

    _____

    Catatan:

    Amboi Cik Yang, sampainya ati... kita pergilah rumah dia nak ambil gambar cupcakes beberapa nak pamer kat sini... ada ke patut dia kepit jari kita dengan tetikus - semuanya hak cipta terpelihara huhuhu - Tok Bonda :(

    Posted at 03:14 pm by noorsoraya
    Comments (7)  

    Saturday, May 23, 2009
    [10] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (x): AKHTAR

    Tok Yang A to M...



    *PENGARANG BERSEKUTU (007): TOK YANG

     

    USAI SOLAT SUBUH Tok Yang sudah buka gelanggang di dapur. Tangannya pantas menyalakan ketuhar, lalu memulas tombol api ke tahap maksima. Biar ketuhar itu cepat panas, jadi tok Yang tidaklah lama menunggu.

     

    Tok Yang keluarkan lima belas biji telur, dengan membaca bismillah tok Yang terus pecahkan telur dan campakkan ke dalam sebiji mangkuk kaca, satu demi satu. Kemudian dia keluarkan lagi susu segar dari peti ais dua pintunya, lalu dituangkan lagi ke dalam mangkuk telur tadi dan di ketepikan.

     

    Tok Yang buka almari hendak mengambil tepung. Allahuakbar, Tok Yang tersentak apabila didapatinya tepung cap PRIMA yang tinggal separuh semalam sudah 'ting-ting'. Ini mesti kerja Si Alut. Patutlah tengah malam tadi aku tercium bau harum skon. Menyusahkan betul budak ni. Tok Yang merungut di dalam hati. Alut adalah cucu lelaki harapannya yang memang suka memasak mengalahkan anak dara pingitan, umi Sarinah. Kadang-kadang dapur Tok Yang yang cuma sebesar lubang hidung Ahmad Nisfu itu di jadikan makmal eksperimen oleh cucu-cucunya. Habis bertaburan barang-barang tok Yang dikerjakan mereka.

     

    Tok Yang selongkar lagi balang-balang yang ada di dalam almari dapur. Haaaaah dapat. Tok Yang terlonjak keriangan. Dia cepat-cepat mengayak tepung gandum cekodok yang sudah subur menternak kutu. Ehmmmm.... Tak apalah... Orang Lumut tu bukannya tahu pun. Nanti aku tambah keju dan lemon, biar tak terasa yang tepung tu lepas kutu-kutu beranak. Kata hati Tok Yang. Tapi macam mana kalau Wan Empok yang makan? Wan Empok ni bukan calang-calang orang, awak tahu? Kalah Kylie Kwong. Pernah sekali tu Wan Empok makan kuih bengkang santan, jiran sebelah rumah Tok Yang yang beri. Baru je masuk mulut, Wan Empok keluarkan balik kuih tu. Katanya, jiran sebelah Tok Yang tu, buat kuih tu guna santan kelapa, yang tumbungnya tua meletup busuk. Isy... dahsyat betul ilmu Wan Empok ni kan??? Wan Empok dapat detect.

     

    Ni dah kali keempat puluh empat orang masuk merisik Adnin. Kenapalah Wan Empok nak reject lagi budak Si Akhtar tu. Kalau orang Cina, memang mereka alergi sangat ngan angka yang dikatakan 'sui' tu. Pantang mak-datok. Wan Empok nak tunggu anak raja turun dari kayangan, ka? Isy... kesian Adnin.

     

    Sekarang umur Adnin dah dua puluh lima tahun. Taim Tok Yang dulu, umur dua puluh lima dah keluar anak kelima. Ni, Si Adnin  umur dua puluh lima pun masih disorok Wan Empok macam budak lima tahun. Kang, jadi anak dara ~tut~. Malas nak sebut. Masin mulut Tok Yang kang, tak ada canlah Tok Yang nak reka kek kahwin Adnin dua puluh lima tingkat. Kurrr semangat... Tok Yang berkata lagi dalam hati.

     

    Kak Ajah tu pun satu, berat mulut sangat nak pujuk Wan Empok. Tok Yang tahulah Kak Ajah tu pura-pura bisu. Nanti sat Kak Ajah, Tok Yang tahulah nak buat macam mana, biar Kak Ajah balik pit-pot-pit-pot macam dahulu kala. Tak payahlah nak buat tragedi 'tolak-molak' macam yang Tok Umi buat tempoh hari. Tak pasal-pasal, Kak Ajah 'mati kojol' pulak, 'jantungan'. Nauzubillah. Susah pulak nanti Bang Aji nak ganti isteri yang baru, untuk jaga budak XXL yang manjanya 'terlebih sudah'. Tok Yang melayan lagi kata hati.

     

    Sepuluh minit membakar, bau harum coklat sudah memenuhi ruang dapur. Kan Tok Yang dah kata apa... Bau kutu beranak tu kan dah hilang. Pandainya Tok Yang. Tok Yang susun kek cawan coklat yang masih panas atas redai. Kemudian tangannya pantas mengambil coklat cair dalam periuk lalu disiramkan coklat cair ke atas kek cawan dengan hati-hati. Kemudian Tok Yang taburkan lagi badam cencang. Tok Yang biarkan kek cawan itu hingga sejuk baru disimen dengan krim keju berperisa lemon. Akhir sekali Tok Yang picit lagi lebihan krim keju perisa lemon di permukaan kek cawan dengan bentuk bunga roselle supaya nampak lebih kemas. Tok Yang belek lagi kek cawannya. Nampak kosong. Dia tinggalkan kek cawan itu di atas meja lalu masuk ke dalam, menggali peti 'Doraemonnya'.

     

    'Alhamdulillah' Tok Yang berbisik halus. Bunga ros gum-paste berwarna merah jambu dan biru air laut masih ada dalam stok. Tok Yang terus membawa bunga-bunga gum-paste kemeja dapurnya. Tok Yang ambil sebiji bunga ros merah jambu comel dan meletakkannya di tengah-tengah kek cawan coklat tadi. Belek lagi. Kiri, kanan, depan belakang. Tok Yang masih tak puas. Tok Yang ambil lagi gula-gula manik berwarna perak dan keemasan, lalu menyusun dengan penuh jiwa rasa. Kata bonda Tok Yang, 'kita membuat makanan ni... macam kita tulis surat cinta. Nanti, apabila makanan itu dah siap, akan tampak lebih indah dan berseni, macam isi dalam dada yang tengah berbunga-bunga tu lah'.

     

    Angah Su jait manik lip lap sarat kat baju, Tok Yang pulak jait labuci atas biskut coklat dan kek cawan. Jangan tak tahu, tua-tua Tok Yang tu, dia pun cekap berniaga on-line ngan Wan Empok. Tak hairanlah produk coklat yang berlabuci tu terkenal seantero dunia, mengalahkan baju labuci Angah Su 'se-Malaya'. Seperti slogan kata Tok Yang dan Wan Empok, pelanggan di hujung jari??? Kalau tak bisnes join-venture Syarikat Jari Lentik Sdn. Bhd. mereka tu, manalah Tok Yang dapat bergaya dengan kereta besar 'mata belalang'. Kalau nak harapkan gaji dari Tuan Ismith, malam sikit.

     

    Di luar jendela, cahaya Doha sudah mula menebarkan sinarannya. Tok Yang cepat-cepat menyusun kek cawan yang baru siap dihiasnya tadi ke dalam kotak muffin yang telah awal dibuat Tok Yang bersama geng keras scrapbookingnya, Si Klavu. Kotak muffin tu cantik sangat-sangat. Tok Yang terus membawa kotak muffin ke ruang famili dan meletakkannya di atas console table coklat tua dari kulit sapi tulen California.

     

    Sayup-sayup kedengaran suara Leyinah, cucu kesayangannya, yang hi-pitch dari tingkat atas sedang menyanyi, 'pen merah, pen biru, you marah, I love you'. Tok Yang tersentak. Alamak, Wan Empok pesan buat pantun reject lah. Tok Yang menepuk dahinya. Matanya liar mencari sesuatu. Ahhhhh... dapat. Jarinya pantas menyambar buku nota Physic Alut yang berhampiran, lalu mencarik sehelai muka surat yang masih kosong dan mencoret serangkap pantun yang dihafalnya semalam dari novel Nyanyian Tanjung Sepi, tulisan Noor Suraya Al-Adnan yang tersohor itu. Malaslah Tok Yang nak reka-reka pantun reject ni, dahlah beri date-line singkat, manalah keluar idea 'diyamon' waktu kecederaan macam ni, 'mental' Tok Yang dibuat Wan Empok. Jarinya melipat empat kertas yang berisi pantun itu kemas-kemas dan dilekatkan dengan glue-dot di atas kotak muffin yang menarik siapa saja yang memandang.

     

    Tok Yang buru-buru naik ke atas, terus ke kamar mandi mengambil wuduk dan terus solat sunat Doha. Sejak dia balik umrah ni, Tok Yang sudah rajin sangat buat solat-solat sunat. Surah Waqiah dan Ar-Rahman memang sudah jadi amalannya setiap usai solat lima waktu. Harapannya, moga Allah mengampunkan dosa-dosanya, memurahkan dan memberkati rezeki serta melimpahkan rahmat-Nya. Mungkin juga ada benarnya. Tiap-tiap hari telefon bimbit Tok Yang itu penuh dengan SMS pelanggan yang ingin menempah coklat labuci dan kek cawan. Sampai Tok Yang angkat tangan tak sanggup nak layan.

     

    Ada sekali tu, pelanggan tempah kek fondant lima tingkat pada Tok Yang. 'I nak kek wow' pelanggan itu berhenti sesaat dan menyambung lagi. 'Boleh tak, Tok Yang buatkan? I nak kek kahwin... yang tercantik di dunia. Ye lah, kita kahwin ni kan, sekali seumur hidup. So kalau boleh, I nak, kek I ni... apabila orang pandang akan terus kata... WOW'. Pelanggan itu dengan penuh perasaan melantunkan perkataan wow dia di depan Tok Yang dengan matanya yang luas.

     

    Tok Yang apa lagi, dia pun balas macam ni, 'Boleh... Boleh... Boleh… Nanti Tok Yang hantar bil pun….' Tok Yang berhenti seketika, mengumpul nafas dan menyambung,

     

    'Bil WOW!'

     

    Tok Yang meniru gaya pakcik jual unta dalam cerita Tiga Abdul. Seraya membuang muka ke belakang kerana mulutnya sudah hampir terburai nak ketawa. Nasib baik datang Leyinah, nak minta buatkan minuman kegemarannya teh lemon ais. 

     

     

    Leyinah masuk ke ruang famili. Kotak muffin yang sarat dengan embellishment jenama Making Memory tu sungguh menarik perhatiannya. Jari kecilnya cepat menyambar kertas nota di atas kotak muffin itu. Lalu membacanya, sepotong-sepotong. Maklumlah Leyinah ni kan baru sekolah, darjah satu.

     

    Tiba-tiba hatinya berdetik 'tak sedaplah lagu tok Yang buat ni' Leyinah merungut. Matanya liar mencari sesuatu. Dia nampak buku nota Physic Alut. Lalu dicariknya selembar. Di selongkarnya lagi pencil case Alut yang tersimpan kemas di sisi buku nota Physic itu. Mata Leyinah bulat melihat pen merah dan pen biru, lalu dikeluarkannya. Leyinah pun mencoret sesuatu.

     

    Pen merah

    Pen biru

    U marah

    I Lap U

     

    'Haaaah... Lagu ni baru best Tok Yang' kata Leyinah sendirian, lalu menukar nota Tok Yang dengan lagu yang baru ditulisnya. Sebenarnya lagu ni Leyinah dapat dari cerita bersiri Astro, Geng Bas Sekolah. Sampai ke hari ni lagu tu jadi mainan mulutnya.

     

    [Bersambung]

     

    _________________________

    Catatan:

    Apa yang terjadi yang selepas Leyn menukar pantun reject dengan pantun pen merah, pen birunya? Tunggulah sambungan seterusnya!

     

    Apa pula yang terjadi pada Tok Yang pada hari orang merisik, sabar menunggu dalam episod akan datang, Tok Yang N to Z

     

    Posted at 10:49 pm by noorsoraya
    Comments (16)  

    Thursday, May 21, 2009
    [9] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (viii): AKHTAR

    Berpayung denganmu Kala Hujan Lebat

    *PENGARANG BERSEKUTU (006): JIDAH


    AKU MEMASUKKAN
    beberapa helai baju dalam beg kecil. Malam ni kena balik, esok keluarga Akhtar nak datang lihat Adnin. Aku mesti support dia. Tak boleh biarkan kerja ni ditandu oleh Zie dan Honey aja. Kang Tok Bonda dan Tok Umi sabotaj macam mana. Aku mesti balik.

                Balik ke Kedah, maknanya balik ke nostalgia menjadi budak-budak matrik di Kolej Mara Kulim suatu waktu dulu. Bas bergerak, dan ingatan aku berpindah ke suatu waktu dulu....

    "Aku lapar la, jom pi Gerai MDK* nak… jom Jidah." Ajak Honey.

    Gerai MDK letaknya bertentangan dengan pintu pagar utama Kolej Mara Kulim. Kolej di mana tempat kami berlima mula-mula mengenali antara satu sama lain: aku, Zie, Honey (roomate aku yang aku sayang) , Adnin – seorang cucu yang taat, sampai kami pun dah jadi macam cucu Tok Bonda jugak dibuat dek si Adnin , dan Lila, gadis manja yang riang dan baik hati dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

    "Jom la, aku lapar nie," tambah Honey.

    "Eh, bukan tadi baru lunch ker, nie baru pukul berapa? La… baru tiga dua puluh, Cik Honey oooi, lu pakai perut cap apa eh, cap stoking 55 ker cap stoking Pierre Cardin'. Balasku mengusik si Honey yang kuat makan tapi aku tengok tak juga-juga gemuk , mana yek dia sembunyikan makanan tur?

    "Jom aarrh, aku dok terbayang-bayang mi ladna kat MDK depan nu. Jom la… jom la," sambil menarik tangan ku untuk bangun dari perbaringan yang enak ini. Baru jer lepas abis kelas, petang-petang Khamis begini adalah masa yang paling sesuai untuk melepak atas katil, bergolek-golek sambil mengulit novel, esok kan cuti. Kacau daun betul la si Honey nie.

    "Pi la ajak si Adnin ke, Zie ker, Lila ker, malas la aku, aku tengah syok nie…. Heroin dia nak nak terjun bangunan sebab tak dapat makan Ayamku".  Tukas ku sambil menunjukkan novel di tangan. 

                


                Dengan memuncungkan mulutnya yang pada kiraan ku kalau diikat dengan reben kaler pink teramatlah moleknya itu, Honey membalas, "Jidah… takkan tak paham-paham perangai Si Adnin tur diakan makan ikut waktu makan yang betul, mana dia nak makan waktu di luar kawasan 'waktu makannya', itu kan salah satu rukun Tok Bonda yang dah sebati dengan hidup Adnin. Jom la…"

    Adnin alkisahnya, apa yang Tok Bonda ajar dia, dia akan ajar dan pesan kat kami jugak. Rasanya peraturan-peraturan Tok Bonda yang ada dalam kepala Adnin dah boleh dibukukan dan di gazzet kan menjadi 'akta-akta gadis sunti' la pada firasat aku.

    Dalam hatiku kalaulah si honey jadi cucu Tok Bonda, camne yek .

    "Zie dah balik kampung, tur Lila dok terbongkang tidur dah sampai mana tak tahu . Jom la… hang tak kesian ka kat perut aku nie, keroncongnya dah makin sumbang." Lorat Kedahnya dah keluar la tur. Tak sampai hati pula aku tengok Si Honey tu, hiss kawan punya pasai, tak pa nor, sapa lagi yang kita ada kat sini kan kalau tak kawan-kawan sehati lima jiwa kami.

    "Oklah... oklah, emmm… kalau aku teman kau , apa ganjaran aku dapat?" Wah tetiba timbul pula idea nak paw Si Honey yang tengah panasaran dengan mi ladna. Honey senyum terkerising sebab dah dok terbayang mi ladna dan yakin aku 80% dah setuju nak teman dia, untuk jadikan 100%... Honey tawarkan aku untuk membaca dulu buku Donia yang baru dibelinya, makanya akulah orang pertama yang dapat baca dulu, yey yey….

     Honey tahu, Jidah kalau di sogok dengan novel dah semuanya pasti beres. Tawaran diterima. Maka menapaklah kami berdua ke gerai MDK nun jauh di depan, berpeluh ketiak jugalah nak sampai dengan waktu panas-panas begini.

     

     

    "Mi ladna satu," tak menyabar betul, Honey… Honey… kalau iya pun nak memesan sempat-sempatlah duduk dan tarik nafas dulu, ini idak, meja lagi sedepa nak sampai dia dah melaung pesan makanan. Kami duduk di meja batu dan dipayungi payung Gerai MDK, tak la panas sangat duduk bawah payung besar nie.

    Abang Mat datang dengan sepinggan mi ladna yang masih berasap-asap, terliur jugaklah aku dibuatnya. Aku yang masih kenyang ni hanya memesan minuman, air teh 'o' limau jer, dengan cuaca yang panas terik sampai berpeluh ketiak, meminum teh akan dapat membantu menyejukkan dalaman badan kita. Oooo sebab tu orang Arab kat padang pasir tur suka minum teh, dia panggil apa tur 'sha hi' . Tergeliat jugalah lidah nak menyebut.

    Tak semena-mena, aku rasa ada rintik-rintik air menyentuh lengan ku. Ku pandang ke langit, huwaaaa nak hujan la. Awan tebal yang hitam, eh tadi panas terik nie mana datang tiba-tiba rupa nak hujan nie.

    "Honey… nak hujan la, kita tak bawa payung, cam mana nak balik ."

    "Hujan sat jer, kita kan kat bawah payung, besar lagi, mana nak kena hujan." Dengan selamba dia sambung makan.

    "Yelah… kalau tak berhenti macam mana".

    Memang masin mulut aku, Hujan lebat tak berhenti-henti sehingga jam menghampiri pukul 6.00 petang. Huwaaaaaa 6.00 petang, kena masuk dalam kolej sebelum 6.00 petang kalau tak kad matrik anda akan di bawa kepada ketua warden. Aku tak nak buat kerja bakti, malu siut nak cabut rumput kat depan ASPURA (asrama budak-budak lelaki). Jangan buat hal wei.

    "Honey cepat… honey camne nak buat nie." Muka aku dah macam nak menangis dah, ada ala-ala cuka campur garam .

    "Sat aku cari idea, janji hang kena sentiasa bersama aku kay."

    Dengan buat muka tak malu, "Abang Mat, kami pinjam payung gerai nie, nanti kami pulangkan balik," laung Honey.

    Terguling-guling Lila gelakkan kita orang diri tingkap bilik. Melihat kami berdua berpayung di bawah payung cap MDK (Majlis Daerah Kulim). Adnin cuma tersenyum manis, budak tu mana tahu ketawa kuat-kuat macam kita orang. Memanglah Tun Teja dia sorang tu. Tapi jangan lupa, taat-taat Tun Teja pada ayahandanya Bendahara Pahang, dia pernah lagi bersama Hang Tuah. 
                Ceh, nak kahwin lari? Manalah Adnin berani.

     

     

    Panggilan telefon dari Adnin bercerita tentang kedatangan Akhtar tadi membawa aku ke kisah kami di Matrikulasi USM Kulim – Kolej MARA Kulim, satu-satunya kolej Matrikulasi tertua tanah air, persediaan sebelum kami menjejak kaki ke kampus USM. Masa kami di KMK dulu bukan Matrikulasi USM saja, UPM dan UUM pun ada. Tapi sekarang aku dengar KMK bukan lagi menjadi matrikulasi khusus untuk universiti-universiti tertentu, ia telah menjadi pusat matrikulasi umum, persediaan sebelum peringkat ijazah ke mana-mana universiti di Malaysia. Rindu pulak rasanya. Ada lagi tak gerai MDK depan kolej tu.


                 


                Alhamdulillah, aku sudah nak sampai ke Alor Setar. Azan Zuhur baharu sahaja melantun, kata Zie tadi, orang akan datang lepas Asar. Tok Bonda sabotaj dengan hanya masak laksa sahaja. Sok sek sok sek, Honey dengar depa nak bagi keluarga Akhtar tak berkenan ke keluarga Adnin. Orang-orang Gujerati mana tahu makan laksa! Yalah, Akhtar tu biasa makan capati dan beriani, kambing kurma la... tanduri la... habis macam mana. Awal-awal lagi dah tak sekufu.   

    Ah, tak sabar nak tengok calon adik ipar ni. Dulu masa dekat USM tak pernah tengok walaupun sekali. Hanya Zie yang kenal.

                                                

    Toot. Toot. SMS Honey masuk untuk sekian kalinya, melaporkan lintas langsung dari Seberang Perak (Alor Setar). SMS Honey bertalu-talu:

     

    Adnin tengah reyau, tak tau fasal apa. Akhtar on line. Roger!!!

     

    La ni pula Tok Bonda tengah masuk ke bilik dengan Tok Umi si penasihat di belakangnya. Mereka tengah jerit panggil Kak Ajah. Roger!!!

     

    Tok Yang belum sampai ni, macam mana? Roger!!!  

     

           

     

    [Bersambung...]

     

    *PENGUMUMAN:

    Memandangkan cerita Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? ini kaksu jadikan makmal penulisan,  jadi kaksu sudah pun mengundang beberapa penulis jemputan dengan menggunakan  Kod 001 – 007. Bagaimanapun kaksu masih aja jadi Taiko di sini J dan kaksu juga akan menulis juga, insya-Allah. Selamat membaca dan nikmatilah tulisan daripada Pengarang Bersekutu a.k.a komrad kaksu. 


    Catatan:

    Wah, cerita ni sudah mula bergerak ke rumah Tok Bonda nii :) Tak sabarnya nak tahu ke mana Tok Yang ni, kenapa biarkan Tok Umi dok meracuni fikiran Tok Bonda ni, bagaikan Rani Melaka dengan Datin Mandeliar aja lagaknya ni :D 

    Posted at 10:40 am by noorsoraya
    Comments (12)  

    Tuesday, May 19, 2009
    [8] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (vii): AKHTAR
    Zie Ni Memangla La



    *PENULIS BERSEKUTU (005): ZIE

    MATA ADNIN memandang ke arah Zie. Dia tidak faham dengan sikapnya hatinya sendiri. Kenapa kali ini marahnya pada Zie tidak seperti selalu. Agaknya, kerana dia tahu Zie tidak bermaksud untuk menyusahkannya. Tapiii...

     

    Zie ni memang nak kena tau. Memandai je dia nak jadi agen pencari jodoh untuk Adnin. Tau la dia ni memang suka jadi Doctor Love. Tapi bagi la hint dulu kat orang. Ini tiba-tiba je  rombongan Cik Kiah nak datang bertandang.  Bila masanya pulak Adnin bagi lesen dan mandat besar kat dia untuk jadi agen pencari jodoh. Mentang-mentanglah Adnin dah kenal Zie sejak masing-masing berumur 7 tahun. Suka-suka hati dia nak menjalankan misi ice breakers dekat Adnin. Entah macam manalah rupanya Si Akhtar ni. Harap-harap dia ni bukanlah mamat skema yang suka letak sapu tangan kat dalam poket bajunya itu. Mamat yang perasan muka dia macam Gunawan si aktor Indonesia yang berlakon dalam sinetron Hikmah itu. Huh! Jauh panggang dari api. Kalau nak buat comparison pun beragak la sikit. Dari 100% tu 10% pun takde ciri-ciri Gunawan. Omong kosong… Aduh! Tolonglah… tak sanggup rasanya nak berpasangan dengan orang yang sebegitu. Kelakar sangat. Dari jauh dah mengundang tawa pada semua orang. Perasan la tu. Kononnya dia hero idaman Malaya. Uwekkkss…

     

    Hati Adnin sudah tidak berada di bumi yang nyata. Dug-dag-dug-dag dah berbunyi macam lagu dangdut je. Susah hati Adnin memikirkan masalah ini. Zie ni memang suka bertindak di luar kawalan. Tiba-tiba Adnin jadi teringat pada perangai gila-gila Zie masa di USM dulu. Dia boleh membuat temu janji dengan dua orang lelaki pada waktu yang sama. Kedua-dua orang lelaki tersebut mengambil course yang berlainan. Sorangnya ambil kursus Quantity Surveying (Mamat A) dan sorang lagi mengambil kursus Building Technlogy (Mamat B). Dia dah jadi macam Tan Sri P. Ramlee la pulak. Mantap sungguh lakonan dia sampai kedua-duanya tak perasan yang mereka dah kena main. Sat-sat dia pi layan Mamat A. Sat lagi pulak dia pi layan pulak Mamat B. Mamat dua orang ni dok kat section yang berlainan.

     

    Mamat A kat bahagian bawah dan Mamat B kat bahagian atas library. Punya la kena kontrol Ayu Si Zie kena turun naik library. Apabila dia sembang dgn Mamat A dalam 10 minit lepas tu dia kelentong nak pi cari buku kat section lain. Tapi sebenarnya dia pi lari jumpa Mamat B. lepas tu apabila dia sembang dengan Mamat B dalam sepuluh minit dia tipu pulak kata nak pi toilet la, nak pi cari buku la. Adnin pun pening tengok perangai Si Zie ni. Suka sangat mengenakan orang. Yang peliknya selamat je dia. Takde pulak jadi kes berantakan. Pandai sungguh dia cover ye. Hmmm… bijak.. bijak. Sebab tu la dulu body dia maintain je slim river. Dia cukup cekap dalam mengaplikasikan exercise turun naik tangga. Hehehe

     

    Bagaimanalah Adnin nak menjawab pada Tok Bonda nanti. Ya Allah... selamatkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak tahu-menahu tentang hal terjah-menerjah a.k.a. rombongan Cik Kiah nih. Pengsan la, pengsan la...

     

    [Bersambung...]

    *PENGUMUMAN:

    Memandangkan cerita Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? ini kaksu jadikan makmal penulisan,  jadi kaksu sudah pun mengundang beberapa penulis jemputan dengan menggunakan  Kod 001 – 007. Bagaimanapun kaksu masih aja jadi Taiko di sini J dan kaksu juga akan menulis juga, insya-Allah. Selamat membaca dan nikmatilah tulisan daripada Pengarang Bersekutu a.k.a komrad kaksu. 

     

    ------

    Catatan:

    J kaksu tak ada dalam jajahan – harap ada masa untuk update atas dari Negeri Atas Angin

    Posted at 03:36 pm by noorsoraya
    Comments (15)  

    Sunday, May 17, 2009
    Selingan Sekejap :D

    TEPAKNYA EMAS, PINANGNYA MANA...? 

    "AWAK MESTI ingat saya... ingat tak masa tahun satu, dekat DTSP... depan library?"
      
    "Saya tak ingat!"

    - Depan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 -
    (Perpustakaan Utama USM)

    "Awak mesti ingat... cuba ingat betul-betul."

    "Tak mau ingat!"

    "Kena ingat, Adnin... awak dah janji!"

    "Saya dah janji apa?"

    "Awak dah janji kalau selepas lima tahun, awak belum kahwin... dan saya belum ada sesiapa, kita akan mengikat dua hati."

    Aku pernah janji?

    "Awak silap orang kut. Saya tak kenal awak pun Akhtar!"

    "Awak ingat Along Nisa? Awak ingat Abang Ngah Ahmad!"

    "Ya!"

    "Saya ingat arwah Along Nisa, Nur Khairunisa binti Ahmad Muktar... dan awak...?

    "Saya, Ahmad Akhtar bin Ahmad Muktar, Angah Ahmad...."

    Adnin sudah menderu air mata. Zie sudah panik, apa pula yang dikatakan oleh 'Shahid Kapoor' ni sampai-sampai Tuan Puteri Sekati Bunga bercucuran air mata. Honey cepat-cepat mengelap air mata Adnin daripada merosakkan mekap nipis yang 'dilakarkan' tadi. Nak suruh pakai blusher punyalah susah memujuk, alih-alih Adnin 'menyapu' pula  dengan air mata.

    Adnin ni la. Akhtar ni pun nak kena dah. Adakah dok buat cerita Jejak Kasih waktu ni. Kak Ajah jadi sebak sama. Apa sudah jadi. Tak-tak pernah dia nampak air mata Adnin tiba-tiba mencurah pula.

    -------
    Catatan:
    Sebelum kita ke episod seterusnya, kita masih ada cerita dari agen 005, 006 dan 007. Tunggu ya cerita daripada Zie dan Jidah serta Tok Yang kamu! - kaksu

    Posted at 11:04 pm by noorsoraya
    Comments (9)  

    Friday, May 15, 2009
    [7] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (vi): AKHTAR
    Puteri Sekati Bunga



    *PENULIS BERSEKUTU (004): HONEY

    Seminggu sebelum Hari Guru

     

    TADI MASA dapat panggilan telefon daripada Lila, Lila tak ada pula cakap Adnin sedang sedih-sedih, tapi apabila Zie cakap Adnin kena cekup dengan Tok Bonda sebab sedang menangis terus Honey jadi risau. Apa lagi agaknya yang Tok Bonda dera Adnin ni. Kan Adnin tu cukup baik, cukup mendengar kata dan taat. Ini yang membuatkan Honey macam nak larikan aja Adnin dari rumah agam Tok Bonda. Pernah dulu Honey dah racunkan fikiran Adnin yang putih bersih tu, konon-kononnya Tok Bonda akan kurungkan Adnin macam Rapunzel dalam rumah besarnya, kemudian Adnin akan mati kering macam tuuuu aja. Adnin yang lurus itu bulat matanya mendengar sandiwara Honey, tapi yang sebenarnya Honey kasihan akan Adnin. Adnin tu pada Honey betul-betul macam hidup dalam cerita dongeng. Honey tak dapat bayangkan kalau Honey di tempat Adnin. Tak nak tak nak... kalau diberi sejuta pun Honey tak nak jadi anak cucu Tok Bonda. Ngeriiii. Cucu angkat pun tak mahu, biarpun... harta Tok Bonda tu sebesar rumahnya agamnya itu juga.

     

    Honey kena fikir macam mana ya, Honey nak selamatkan Adnin. Macam mana kalau Honey hasut Adnin supaya minta kerja aja. Adnin bukan tak ada kelulusan... helllooo.... ini zaman notebook, bukan zaman kapur dan tulis di atas batu lagi. Ya! Honey tahu.. Honey mesti paksa Adnin mohon mana-mana jawatan kosong, jadi bila Adnin dapat kerja... tentu Adnin dapat keluar dari telunjuk Tok Bonda. Tapi Honey mesti hasut Adnin lembut-lembut, sebab Honey pun tak nak la nampak ketara sangat Honey sedang cucuk jarum! Yeyeyeye.


    Lagipun sayanglah Adnin tu ada baju kurung penuh almari, bila tak kerja... bila lagi nak melaram baju yang cantik dan mahal-mahal begitu.

     

     

    Sehari sebelum Hari Guru ~ 16 Mei 2009

     

    Jangan lupa singgah di rumah Adnin petang ni juga. Tahu fasal A-K-H-T-A-R? Singgah kalau nak tahu maklumat tentang dia? Bakal 'adik ipar' kita tu! Jangan lupa ajak Jidah juga. ~ Zie

     

    AKHTAR? Siapa ya mamat tu? Hairan betul. Tiba-tiba aja nama Akhtar meletup di pasaran. Sudah la nama tu pun iras-iras nama Gabenor Bank Negara. Anak teruna siapa agaknya yang jatuh hati dengan Rapunzel Tok Bonda?

     

    Tapi yang pasti, Tok Bonda awal-awal lagi sudah pangkah muka Si Akhtar ni – itu cerita Zie waktu Honey telefon dia, lepas menerima mesej dari BlackBerry dia. Amboi siap ada BlackBerry makcik Zie ni, tapi bab nak menelefon Honey juga yang kena telefon juga.

     

    Cerita Zie tentang Tok Bonda, Adnin siap dipesan berkali-kali agar jangan keluar bilik, jangan keluar rumah. Jangan itu, jangan ini. Malangnya kami ni pun akan terkena tempiasnya juga. Awat buat lagu tu, Adnin tu dah kena kurungan dalam rumah seumur hidup macam pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi – dari Myanmmar tu. Atau Adnin tu kena tahanan macam orang dekat Kamunting? Atau macam Pak Pramoedya yang dibuang di Pulau Buru bertahun-tahun? Ewah, bukan main Honey tahu fasal politik nih. Siapa kata Honey hanya tahu hal kecantikan sahaja selepas habis belajar!

     

    Tapi Honey teringin sungguh nak tengok rupa si hero ni. Hero Adnin, yang akan datang menyelamat dengan 'kuda putih' ni ala-ala cerita Shrek. Uwa bagaimana kalau Akhtar tu rupanya macam Shrek. Tapi, Honey rasa macam malaslah nak join komplot Tok Bonda yang mastermind dia tok umi tu. Logiknya kalau nak menolak pun tunggu la dulu, kita tengok dulu hensem ke tidak, kaya atau miskin. Baru betul... ye tak? Tok bonda mana aci main tolak macam tu aja. Rugi tau.

     

    Kata Zie, hensem. Dia classmate Zie masa kat USM. Tapi Zie ni bukan boleh kira. Dia pun ada cerita yang tersendiri. Piawai hensem dia tak sama dengan Honey. Ada ke Pak Guard BSN depan rumah dia tu pun, dia kata hensem macam Aaron Aziz. Akulah budak Zie ni, harap aja ada BlackBerry, gambar Akhtar sekeping pun dia tak boleh MMS kirim kat kawan-kawan. Konon, budak Akhtar ni sudah lama tak ada dalam Malaysia, baru aje dia balik kerana janjinya pada Adnin.

     

    Akhtar janji dengan Adnin? Macam tak percaya cucu Tok Bonda tu pernah berjanji dengan 'manusia' yang tak sama 'spesies' dengan dia. Adnin tu, hati dia suci... dia macam tak pernah tengok lelaki pun, kecuali sepupu dia Wafi tu la. Wafi yang Tok Bonda tak bagi nikah dengan dia fasal hubungan darah mereka sangat rapat. Sepupu dari saudara lelaki. Kata Adnin, dia tak ada jatuh hati sesangat ke Wafi. Tapi itulah satu-satunya lelaki yang dia pernah kenal sejak dia kecil.

     

    Adnin ni la. dia macam Puteri Sekati Bunga, dalam hikayat lama.... Isy, isy... macam bohong pula cerita budak Akhtar ni yang dia dan Adnin pernah berjanji. Janji apa? Cerita ni jadi semakin mendebarkanlah pula.

     

    Jadi Honey mesti buat sesuatu, Honey mesti buat pakatan sendiri. Honey kan ada pengikut sejati yang setia-setia pulak tu, jadi apa salahnya kalau Honey cuci-cuci sikit geng sekongkol dengan Honey tu. Jadi, langkah pertama Honey kena kumpulkan semua ahli bersekutu. Langkah kedua, brainstorming macam mana nak kenal si hero. Ketiga - terjah! Hulalaaa.

     

    [Bersambung...]

     

    Salam...

    0004, masuk menghadap. Ewah, bukan main ya Honey. Kaksu tunggu aja rancangan kau orang nak buat apa pada Tok Umi dan Tok Bonda. Wah, tak sabar nak dengar cerita Jidah, Tok Yang, ZIE dan... Akhtar sendiri?

    *PENGUMUMAN:

    Memandangkan cerita Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? ini kaksu jadikan makmal penulisan,  jadi kaksu sudah pun mengundang beberapa penulis jemputan dengan menggunakan  Kod 001 – 007. Bagaimanapun kaksu masih aja jadi Taiko di sini J dan kaksu juga akan menulis juga, insya-Allah. Selamat membaca dan nikmatilah tulisan daripada Pengarang Bersekutu a.k.a komrad kaksu. 

     

    Catatan:

    Selamat Hari Guru buat pembaca blog ini, juga buat teman-teman yang menjadi pendidik di seluruh Malaysia, dengan kata-kata... jasamu dikenang! 

    Posted at 01:57 am by noorsoraya
    Comments (12)  

    Wednesday, May 13, 2009
    [6] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (v): AKHTAR
    Lila Jangan Bersedih

    *PENULIS BERSEKUTU (003): LILA

    Entah mengapa hari ini Lila teringatkan kawan Lila, Si Adnin yang nun jauh di Kedah. Teringat sangat-sangat sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Selalunya Lila susah nak mimpi-mimpi nih. Apa tidak nya selepas bertukar 'company' baru ni, kerja makin menambun. Balik rumah aje badan dah letih jadi yang terbayang di ruang mata hanya lah nak tidur. Maka bila badan dah letih, mata mudah aja lelap. Asal rasa bantal di kepala aje, mata Lila terus aje pejam dan fikiran mula 'padam'. Kalau dulu Lila suka bersengkang mata membaca novel tak pun ber-YM, kalau tidak dengan Adnin, Lila ber-YM dengan Honey. Tak pun kalau nampak Jidah online, Lila buzz Jidah. Itu dulu. Sekarang ni… bosanlah.

                                                                    

    Seingat Lila, kali terakhir Lila berhubung dengan Adnin adalah 2 bulan yang lalu. Ketika itu Lila dalam dilema. Harus membuat pilihan antara terus berkhidmat dengan syarikat sekarang, atau beralih angin, kerja dengan company baru. Ketika itulah Lila yang tidak tahu nak buat pilihan telefon Adnin yang dah jadi usahawan. Adnin meneruskan perusahaan kecil Tok Bonda – membuat tekat benang emas dan perak. Kadang-kadang Adnin ada juga menerima tempahan. Kemahiran yang diajar oleh Tok Bonda pada Adnin.

     

    Lila buntu nak buat keputusan sebab itu Lila telefon Adnin. Syarikat sebelum ini adalah sebuah syarikat multinasional sementara syarikat sekarang, syarikat kecil yang menjalankan kerja-kerja 'kontraktor'. Yelah staf pun tak sampai sepuluh orang berbanding dengan syarikat lama yang mempunyai beratus-ratus bahkan mencecah ribuan pekerja (jika dihitung seluruh negara). Kepada Adnin la Lila rujuk, bertanyakan pendapat. Tentang pro dan kontranya.

     

    Hinggalah keputusan dibuat. Lila ingin beralih angin. Biarlah orang kata Lila bodoh, tapi Adnin kata… "tak semestinya syarikat kecil tak boleh nak jadi besar… dan syarikat besar pun dulunya berasal dari syarikat kecil juga". Betul kata Adnin, bahkan di syarikat baru ini Lila lebih bebas, apatah lagi bos Lila sekarang sangat bertimbang rasa.  Lila direct pada bos 'besar' tak macam syarikat lama. Sebelum sampai kepada bos besar harus jumpa bos-bos kecil dulu. Hierarkinya bertingkat-tingkat dan banyak sangat 'mainan politiknya' Lila jadi 'penat'. Tapi yelah bekerja dalam bidang 'construction' ni banyak benda yang Lila harus belajar – walaupun dulu dah belajar tapi manakan sama belajar teori dengan buat secara praktikal. Banyak sangat bezanya!

     

    Oh rindunya Lila pada Adnin, pada Honey, pada Jidah dan pada Zie. Apalah agaknya khabar masing-masing. Kadang-kadang Lila macam mementingkan diri la pula. Bila susah baru ingat kawan!

     

    Dulu, masa belajar kat USM, Lila suka sangat walaupun pada awalnya sukar jugalah nak sesuaikan diri. Maklumlah itulah kali pertama Lila jauh dari keluarga. Tak pernah renggang dari mek. Sebenarnya Lila tak suka makan kat kafe Desasiswa Fajar/Bakti. Lidah Lila dah terbiasa makan masakan mek, jadi bila kena makan nasi kandaq Lila memang tak boleh nak 'ngam'.  Itu yang mereka tak tahu. Mereka ingat Lila masih tak betah dengan cuaca Minden ni. Jenuh la si Zie, Honey, Jidah dan pastinya Adnin jadi penasihat tak bertauliah pada Lila. Ajak Lila borak-borak (sebenarnya Lila hanya jadi pendengar) untuk palingkan rasa rindu Lila pada keluarga kat kampung.

     

    Lila suka dengar Honey dan Zie bersembang terutama kalau bab nak mendajalkan pelajar-pelajar lelaki. Lila suka dengar Jidah yang jadi tukang gelak dan tukang tambah. Jidah tu boleh tahan jugak idea gila-gilanya kalau dah masuk dengan Honey dan Zie. Adnin pula hanya jadi pemerhati dan sesekali akan menasihatkan mereka bertiga, kalau tindakan yang mereka rancang agak melampau. Lila suka bersama mereka. Tapi kalau mereka tak ada Lila akan teringat balik pada mek. Lila tak tahulah bagaimana nak sesuaikan diri di Minden ini kalau tak ada mereka.

     

    Walaupun kami bukan dalam kelas yang sama, apatah lagi kursus kami yang berlainan. Tapi masih lagi di bawah fakulti yang sama iaitu Housing, Building & Planning (HBP)... tapi bila dah lama-lama sikit, barulah Lila tahu pelajar HBP sering diberi gelaran sebagai Hantu Balik Pagi. Yelah kami kan perlu siapkan kerja 'studio' jadi selagi tak 'pagi' kami tak akan balik ke bilik! Oh ya Zie budak Urban and Regional Planning, Jidah budak Building Technology, dan Honey pula buat Interior Design (tapi pada Lila Si Honey ni lebih banyak buat 'interior' pada wajahnya yang putih melepak tuh' hehehe). Sementara Adnin buat Quantity Surveying. Lila? Oh Lila ambik kursus Construction Management. Entah macam mana Lila boleh 'ter'ambil kursus ini. Tapi kami ditakdirkan menginap dalam bilik yang sama kecuali  Zie dan Honey bilik sebelah. Tapi Lila rasa mereka dah jadi penghuni bilik kami aje. Dua-puluh-empat-jam dalam bilik kami!

     

    Mula-mulanya hanya datang lepak, kemudian tumpang baring, terus tumpang tidur! Tapi Lila okey aje. Honey dan Zie tu ada macam-macam idea. Seronok jugak. Nak-nak kalau ada Zie, lagi la berasap kepala mereka. Tapi bila mereka dok rancak merancang pelbagai strategi, Lila akan menyusup keluar dari bilik dengan seuncang duit syiling. Lila akan cari telefon awam. Lilakan orang kampung, orang susah, mana mampu nak beli handphone macam Honey. Tapi selalunya telefon awam yang ada di *desa tu ramai 'penunggu'. Pernah sekali Lila turun lebih kurang jam 8.30 malam nak telefon mek. Lila terpaksa tunggu giliran yang ke 10 (Lila kira tau!). Terfikir pula Lila, mereka ni tunggu dari jam berapa agaknya?? Tapi Lila terpaksa tahan, terpaksa berdiri menantikan giliran.

     

    Kalau sorang ambil masa 10 minit, agak-agak untuk sampai ke giliran Lila perlukan masa 90 minit. 90 minit samalah dengan 1 jam 30 minit. Wah!! lama tuh nak kena tunggu. Nak pergi tempat lain, Lila takut. Nanti dibuatnya kat tempat lain pun sama, kena tunggu jugak lebih baik la Lila bertahan aje kat sini. Penat berdiri Lila duduk mencangkung, penat mencangkung Lila bersila atas simen. Tak apalah seluar track ni Lila boleh basuh nanti. Janji Lila dapat dengar suara mek. Akhirnya dekat pukul 10.30 malam barulah tiba giliran Lila. Tapi bila dial, line di seberang sana pula yang engage. Aduh, Lila sudah penat menunggu giliran nih. Lila dial lagi. Masih lagi engage. Lila dah bengang… tak sedar air mata dah meleleh di pipi. Lila tak tahu nak buat apa. Nasib baik kakak yang tunggu giliran di belakang Lila beri peluang Lila cuba lagi sampai dapat. Lila kenal kakak tu. Tapi kakak tu tak kenal la Lila. Lilakan budak baru mesti dia tak kenal. Itu kaksu dia ambik mass com. Bila talian dan bersambung dan suara pertama yang Lila dengar adalah suara mek, Lila dah tak boleh nak bercakap. Lila hanya menangis dan menangis sahaja. Kaksu usap-usap belakang Lila beri semangat. Akhirnya Lila dapat juga bercakap dengan mek walaupun sebenarnya Lila tak tahu nak cakap apa dengan mek.  Sebenarnya Lila hanya nak dengar suara Mek sahaja.

     

    Sekarang ni bila Lila dah bekerja. Dah tinggalkan suasana meriah dengan kawan-kawan, Lila jadi rindu nak patah balik ke zaman itu. Kalau la boleh… isy apa nih… tadi Lila hanya teringat kat Adnin sahaja. Teringatkan mimpi-mimpi Lila malam tadi. Terbayangkan wajah sendu Adnin. Seolah-olah sedang menanggung beban perasaan yang maha berat. Agaknya ada masalah yang menimpa Adnin. Nantilah Lila akan call Adnin petang nanti. Adnin tu, nampak aje kuat tapi sebenarnya batin dia tu kadang-kadang berperang jugak. Ye lah siapa yang tahan dengan peraturan Tok Bonda yang ntah-apa-apa tuh.

     

    Ish tak baiklah Lila nih, padahal tok bonda layan kami baik-baik aje tiap kali kami – Lila, Honey, Jidah dan Zie – ikut Adnin balik. Ye lah, Penang dengan Kedah kan dekat aje kalau nak dibandingkan dengan kampung Lila. Harus naik bas pagi, petang baru sampai. Sebab itu Lila lebih suka ikut Adnin balik kedah. Kalau cuti pendek la… tapi kalau cuti panjang Lila balik kampung Lila juga. Mana boleh tahan rindu pada mek (sebenarnya Lila rindu nak makan masakan mek).

     

    Walaupun kalau ikut Adnin balik, harus berdepan dengan Tok Bonda, tapi Lila okey aje. Lagipun Tok Bonda tu dah macam nenek Lila aje. Cuma bezanya nenek Lila tak la segarang (sebenarnya tegas) Tok Bonda. Lagipun Lila suka tengok Kak Ajah yang pendiam tu buat tekat. Ralit Lila tengok. Kalaulah Lila punyai banyak masa, nak aje Lila minta Kak Ajah ajar Lila buat tekat. Kalau nak minta Tok Bonda yang ajar… minta ampun la… mana Lila berani.

     

    Eh apa nih melalut lagi… oh pasal Adnin dan Tok Bonda. Sebenarnya Tok Bonda tu hatinya baik… tapi Tok Bonda ni tegas sangat itu yang selalu buat Adnin tension. 'Menghadap' tok bonda ada tata caranya yang tersendiri, tak boleh main redah aje. Walaupun kadang-kadang Adnin macam nak memberontak juga (hehehe Lila tengok pun Lila dah rasa tension! Terlalu berprotokol), tapi Lila selalu nasihatkan Adnin, sabar… Tok Bonda kan orang tua, sudah pastilah dia mahukan yang terbaik untuk Adnin. Apatah lagi Adnin adalah cucu kesayangan Tok Bonda, yang Tok Bonda bela dari umur 2 tahun selepas ibu dan ayah Adnin bercerai (itu mengikut cerita Adnin la). Mesti ada sebab dan musabab Tok Bonda buat lagu tu.

     

    Harap-harap tak ada benda-benda yang tak elok berlaku pada Adnin. Salah Lila juga, kerana dah lama tak berhubung dengan Adnin. Kesian Adnin.

     

    Tiba-tiba SMS Honey masuk,  Lila kami di rumah Adnin... telefon balik kalau free, ada masalah berbangkit. Sian Adnin, sian Adnin....

     

    [Bersambung...]
    __________

    *PENGUMUMAN:

    Memandangkan cerita Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? ini kaksu jadikan makmal penulisan,  jadi kaksu sudah pun mengundang beberapa penulis jemputan dengan menggunakan  Kod 001 – 007. Bagaimanapun kaksu masih aja jadi Taiko di sini J dan kaksu juga akan menulis juga, insya-Allah. Selamat membaca dan nikmatilah tulisan daripada Pengarang Bersekutu a.k.a komrad kaksu.

     


    Catatan:

    1. Chewah Lila, jadi peserta larian baton seterusnya. Nah, stiker nombor 003 - atas kain kuning lagi :)
    2. Selamat Ulang Tahun untuk Iejay: semoga sentiasa dalam rahmat Dia
    3. Selamat Hari Jururawat buat Nuha daripada Alang, Makcik Raja & Kaksu

    Posted at 07:51 am by noorsoraya
    Comments (13)  

    Monday, May 11, 2009
    [5] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...?

    BAB A (iv): AKHTAR
    Biarkan Kak Ajah Menekat Benang Perak di Baldu Biru

    *PENULIS BERSEKUTU (002): KAK AJAH

    WA'ALAIKUMSALAM... Mak Umi! jawab Kak Ajah dalam hati seraya membuka pintu. Awalnya Umi Humaira ni dah datang. Majlis lepas Asar, ni lepas Zuhur... dia sudah muncul dengan kebaya biru. Amboi, amboi bergayanya dia. Ni orang nak datang merisik Adnin ke, melihat Tok Umi?

    "Kak Wan Empok mana?" tanya dia sambil menghulurkan Tupperware penganan.

    Ada dalam bilik dengan Adnin. Kata Kak Ajah, dalam bahasa isyarat. Tok Umi berlalu ke belakang. Mereka saling bertukar pandang.

     

    Ada lagi la tu nasihat Tok Umi dalam waktu 'masa kecederaan' ini sebelum budak Akhtar tu datang. Kawan baik kepada majikan Kak Ajah tu memang la! Dia memang tak kasihankan Adnin.

     

    Sejak tersampuk dengan pencuri yang masuk ke rumah jiran selang dua rumahnya dua bulan yang lalu, Kak Ajah memang tak bercakap lagi. Entah keajaiban apa yang berlaku sampai begitu sekali efek pencuri yang mencuri komputer riba jirannya itu kepada Kak Ajah. Lalu sejak itu, Kak Ajah diam seribu bahasa. Kak Ajah hanya senyum, angguk, geleng, gelak guling-guling atau muncungkan mulut tanpa keluar sepatah suara.

     

    Kak Ajah ingat suami dan anak-anaknya akan bersimpati lalu menangis 32 kali seperti hero dalam buku cerita yang Kak Ajah baca, rupanya Kak Ajah mimpi pukul 10 pagi. Mereka kata, rumah ni senyap sikit sebab tak ada orang membebel huhu. Lalu Kak Ajah merajuk tak mau bercakap lagi biarpun doktor kata kalau terkejut lagi mungkin Kak Ajah boleh bercakap semula. Hari tu, Si Umi Humairah, pernah nak buat Kak Ajah jatuh tangga. Kunun nak suruh Kak Ajah terkejut. Malam sikit la, Kak Ajah masih boleh kontrol anggun. Mujur Kak Ajah ni tak kena cardiac arrest. Cewah, sejak banyak baca buku cerita tulisan doktor ni, Kak Ajah tau la sikit sebanyak istilah pelik-pelik walaupun tak reti nak sebut (tak boleh nak cakap pun).

     

    Sampai sekarang Umi Humairah tu ingat suami Kak Ajah saudagar lori balak kerana dia tengok suami Kak Ajah bawak lori. Ada ke tauke bawak lori? Bukannya bawak Mercedes mata belalang macam Tok Yang tu. Tapi Kak Ajah biarkan aje Umi Humairah dengan anggapannya. Bila lagi nak perasan jadi bini tauke hehehe.

     

    Kak Ajah sebenarnya kerja buat tekat dengan Tok Bonda ni sebab nak isi masa lapang dia. Al-maklumlah, suami drebar lori. Sekejap ada, sekejap outstation. Masuk hutan tu kira outstation la tu. Nak jugak Kak Ajah bagi gelaran yang grand untuk pekerjaan suaminya tu. Sekarang Kak Ajah nak siapkan tekat untuk tepak sirih Adnin. Walaupun Tok Bonda tak suruh, Kak Ajah nak buat siap-siap. Kan ada orang nak datang merisik Si Adnin tu. Hai, nasib la anak Kak Ajah tu kecik lagi (walaupun baju dia saiz XXL), kalau tak Kak Ajah sendiri nak pinang Adnin tu untuk anak dia.

     

    Kak Ajah sayang sungguh kat Adnin. Kesian Adnin, sejak ditinggalkan Wafi, Adnin tak serupa dulu lagi. Walaupun luarannya tak ada beza, Kak Ajah tau Adnin tu sebenarnya duk makan hati berulam daun ketereh. Sian Adnin. Harap-harap kali ni ada la jodohnya dengan budak nama Akhtar tu. Nama pun dah sedap macam hero hindustan. Mintak-mintak rupanya tak kalah dengan Salman Khan. Mujurlah rancangan Umi Humairah nak kenenkan Adnin dengan adik sepupu dia tu tak sempat nak berbunga, dah kena cantas awal-awal. Hihihi.

     

    Kak Ajah terus membebel dalam hati sambil tangannya menyulam benang perak pada kain baldu warna biru tua tu. Ini je lah yang Kak Ajah pandai buat pun. Bukan macam Angah Su yang bisnes berkembang maju seantero negara ni kerana pandai jahit manik dan labuci. Dengar kabar orang istana Bukit Chandan pun nak tempah jahit labuci dengan Angah Su. Ke bos muzium Sultan Azlan Shah yang nak tempah tu? Apa-apa je lah....

     

    "Ajah," suara Tok Bonda bergetar dari bilik Adnin.

     

    Apa lagi ni, apa yang tak kena lagi. Tok Umi pi cucuk  Tok Bonda lagi ke? Udah-udahlah tu!

    Kak Ajah menyimpan bahan tekatnya. Kak Ajah berlari-lari anak ke dalam. Ruang depan sudah dia kemas sejak pagi. Tak fasal-fasal dia jadi bibik di sini, padahal dia seorang pengurus untuk syarikat Wan Empok. Ni lah yang terjadi kalau rumah kita dekat dengan ofis, bos suruh buat kerja tak menentu waktu. Dulu sebelum berkahwin dia pernah tinggal dengan Tok Bonda, jadi dia sudah seperti keluarga ni. Tak fasal-fasal jadi bibik, jadi bibik...

     

    Tapi fasal Adnin dia rela korban waktu dan tenaga.

     

    "Ajah... cepat sikit," kata Wan Empok a.k.a Tok Bonda....

     

    Mana pula Tok Yang ni? Nanti siapa pula la nak berpantun. Kan semalam Tok Bonda dah berpesan, buat pantun untuk menolak... jangan beri harapan pada budak Lumut tu. Tok Bonda tak mahu Adnin terlepas kat orang luar.

     

    Biarpun Tok Bonda dah kata 'no' di belakang Adnin, Kak Ajah tetap akan menyokong rancangan kawan-kawan Adnin untuk menjadikan budak Akhtar tu 'raja penyelamat' Adnin dari 'istana larangan' ini!

     

    [Bersambung...]
    ___________
    Catatan:


    DEAR
    KAK AJAH.  

    Terima kasih ya, sudi sambung cerita ini –  nanti kaksu belanja makan laksam di Seksyen 8 kira okey tak?

    Akhirnya ada seorang lagi seorang SITI TANJUNG BERLIAN  yang sudi mahu tolong kaksu di sini.

    *PENGUMUMAN:

    Memandangkan cerita Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? ini kaksu jadikan makmal penulisan,  jadi kaksu sudah pun mengundang beberapa penulis jemputan dengan menggunakan  Kod 001 – 007. Bagaimanapun kaksu masih aja jadi Taiko di sini J dan kaksu juga akan menulis juga, insya-Allah. Selamat membaca dan nikmatilah tulisan daripada Pengarang Bersekutu a.k.a komrad kaksu.

     

     

     

    Posted at 12:32 pm by noorsoraya
    Comments (13)  

    Previous Page Next Page