Entry: [18] Tepaknya Emas, Pinangnya Mana...? Tuesday, June 23, 2009



BAB A (xvi): AKHTAR
Puteri Sekati Bunga II

Oleh: 002 – KAK AJAH (PENULIS BERSEKUTU)

KELUARGA AKHTAR bin Mukhtar baru je turun dari rumah Tok Bonda. Dari tadi Kak Ajah kerjanya mengintai dan pasang telinga dari balik tabir yang jenis lipat-lipat tu. Orang dah tak pakai dah tabir pesyen macam ni sekarang, tapi kat umah Tok Bonda ni ada lagi. Mujur jugak ada, boleh la Kak Ajah duduk diam-diam (eh, Kak Ajah duduk mana-mana pun diam-diam jugak, kan dia masih pura-pura tak bercakap). Saja Kak Ajah tak mau duduk di depan dengan Umi Humairah tu semua, buat malu je kalau orang tanya Kak Ajah kena jawab pakai bahasa isyarat pulak. Lagipun kalau Kak Ajah duduk sebelah Umi tu, tenggelam terus dalam kebiruan lip-lap baju Umi. Tak pasal-pasal Kak Ajah kena pakai spek hitam lepas tu orang kata Kak Ajah ni dahlah bisu, buta pulak ke. Tak mau!!!

Kak Ajah tengok, kalau budak Akhtar tu ikut pesyen bapak dia, tak ada sebab dah Tok Bonda nak tolak. Ikut mata Kak Ajah ni la, Mukhtar tu muda-muda hensem macam Shammi Kapoor dalam masa kegemilangan dia. Bukan Shammi Kapoor yang sekarang ni la. Jadi kemungkinan Akhtar nak jadi muka penyet tu jauh la. 'Samah tambang' orang kata. Mukhtar tu rambut pun banyak lagi, bukannya nak jadi spotlight macam orang tu. Kak Ajah duk jeling Tok Umi yang tengah berbisik kat Tok Bonda. Apa lagi la Tok Umi ni. Orang dah balik nak cucuk lagi ka? Dah la tadi dia sorang je nak bercakap. Ngalahkan mak pengantin. Suka limelight sungguh la Tok Umi ni. Ke Tok Umi ada udang di sebalik mihun Singapore kesukaan dia tu? Bukan boleh percaya tu.

Ada ke tadi Umi cakap Adnin ni masak nasi pun mentah lagi. Wei, orang zaman sekarang pakai rice cooker la. Kalau mentah tu maknanya tak de elektrik (yang ni kena kompelin kat Si Mat  pakwe Honey tu) ataupun periuk tu yang rosak. Buat malu Adnin aje la Umi ni. Pakai jugak idea lapok, ingat ni zaman cerita P. Ramlee ka? Lagi pulak, mak Akhtar tu kan tauke restoran. Apa nak heran, tukang masak ramai. Bukan setakat nasi, laksam pun dia jual.

Tok Umi kata Adnin tak pandai menjahit. Habis yang duk buat tekat tu orang panggil cucuk jarum saja ka? Sekarang kan orang pakai baju beli siap je, tak pandai jahit pun tak apa. Elok jugak kita sokong peniaga bumiputera ni. Bagi la depa bisnes. Hantar potong kaki seluar pun bagi bisnes jugak. Hehe mentang-mentang la Kak Ajah dah bungkus mesin jahit dia tu sejak ada Pesona Tailor ni. Koyak sikit pun tailor yang jahit. Kak Ajah kan busy. Mana tak busy anak lelaki dia yang gebu pandai je nak menyuruh masak makanan yang namanya ala-ala Perancis campur Jerman tu.

Tok Umi kata Adnin ni penakut. Tak boleh duduk rumah sorang-sorang. Alasan apa ni? Lagi la Akhtar suka nak temankan Adnin sentiasa. Nampaknya Tok Umi dah kehilangan idea ni.

Adnin pulak dari tadi duk diam tak berkutik dalam bilik. Tak teringin ke dia nak mengintai bakal bapa dan mak mertua? Kalau Kak Ajah dulu, tak diam duduk dah. Suspens weh. Kak Ajah rasa baik Kak Ajah senaraikan kenapa Tok Bonda patut terima budak Akhtar ni. Risau Kak Ajah tengok Tok Bonda tak habis-habis berbisik tu. Lalu Kak Ajah koyak sehelai kertas daripada buku nota pad Adnin yang ada kat situ. Macam bekas tulis surat je ni. Adnin tulis surat kat sapa? Zaman la ni ada lagi ka main surat-surat ni?

 

  1. Mukhtar tu hensem jadi Akhtar mesti hensem jugak.
  2. Akhtar ada ijazah USM, sama dengan Adnin. Elok la tu setaraf.
  3. Akhtar ada kerja, bukan penganggur sepak kertas. (tapi kerja apa, ek?)
  4. Mukhtar bawak kereta Toyota Camry (dia beli lelong daripada kerajaan negeri ke apa?) jadi kalau Akhtar tak de kereta pun, kereta bapak dia boleh pinjam.
  5. Mak Akhtar tu pakai barang mas selayut nak angkat tangan kepala pun seksa jadi Adnin mesti mewarisi emas-emas tu semua nanti. Tok Bonda tak payah risau nak habis harta beli barang emas untuk Adnin.
  6. Kawan-kawan Adnin terutama Zie tu suka sangat kalau Adnin terima Akhtar. Mesti Akhtar ada kelebihan dia. Ada sokongan padu daripada kawan-kawan.
  7. Adik-beradik Akhtar ramai jadi kemungkinan Adnin nak ada anak ramai tu besar. Kan Adnin sunyi jadi anak tunggal selama ni?
  8. Mukhtar dan isteri dia pemurah. Semua orang dapat kain sepasang sorang, dari Bandung pulak tu. (Tak rugi Kak Ajah datang meraikan hari ni). Moleklah Adnin dapat mertua yang pemurah ni. Entah-entah tiap-tiap bulan shopping di Pasar Baru, Bandung ni. Mak aiii... bertuahnya badan.
  9. Akhtar tu orang Perak juga. Bukan orang Jawa ke Siam ke Iban ke... Jadi we speak the same language la. Tak de la macam ayam cakap dengan itik.
  10. Apa lagi pilihan yang Tok Bonda ada sekarang ni?

 

Selesai menulis 10 sebab tu, cepat-cepat Kak Ajah sorokkan kertas tu dalam poket baju. Belum masanya lagi nak tunjuk kat Tok Bonda. Kena tunggu tengok angin bertiup arah mana dulu. Angin Monsun Tenggara ke Taufan Rosie ke apa ke… tunggu teduh dahulu.

 

________

Catatan:

  1. Wah, Kak Ajah ada 10 sebab nampaknya. Siapa lagi yang tahu Kak Ajah dan boleh bercakap, dan sedang pura-pura bisu lagi nih?
  2. Episod seterusnya daripada Adnin pula – lintas langsung dari bilik depan nanti.
  3. Huhuhu, coutdown sudah bermula.

   13 comments

dilla
June 24, 2009   05:38 PM PDT
 
zie, hang kejam betul pada Tok Ummi. Tok Ummi pun dapat skinny jeans tu, tp takleh pakai. Tak pe Tok Ummi, nanti kain cit tu kalau dijahit manik penuh, lagi glamo dari skinny jeans zie tu hokkay! :P

kak ajah, itulah yg sebetulnya. aril tu antara client tetap saya. bedak primer & bedak debu tu, sedozen tu sempat 3 hari je. ;P
abang wafi
June 24, 2009   10:57 AM PDT
 
:)
Zie
June 24, 2009   09:56 AM PDT
 
Kak Ajah..

bravo.. bravo.. cayalah kak Ajah. luv u la. muahhh.. muahhh.. lps ni teruih uloq kat Tok Bonda tau surat tunjuk sebab tu.

psstt.. apa nama makanan ala2 perancis campur Jerman yg Ali suka mkn tu? terliur dah ni. tapi laksa yg kak Ajah masak tu pun sedap gak. sehingga menjilat ke siku la keenakannya.
Zie
June 24, 2009   09:47 AM PDT
 
Tok Umi..

1 lg cheq nak tambah. sebenarnya Tok Umi tu sakit ati sgt sbb dpt kain cit tu kan? hahaha... tu la pasal. Tok Umi selalu suka buruk2kan org jd dpt la kain sy standard kain buruk je. psstt.. nak habaq kat Tok Umi yg cheq ni dpt original skinny jeans brand Christian Dior dr depa. perhhh.. sexy giler i tell youuuuu...
Lila
June 24, 2009   08:59 AM PDT
 
hahahahahaha
Kak Ajah
June 24, 2009   08:48 AM PDT
 
Kak Ajah setuju sangat dengan dilla pasal Aril tu. Mesti Aril penah beli mekap ngan dilla kan?
dilla, suami kak ajah kan kat kalimantan. putus hubungan. kat sana tak de tenet mcm mana nak bagitau (tp mcm tak nak bagitau je)
Jid
June 24, 2009   08:22 AM PDT
 
hahahahaha...
dilla
June 23, 2009   11:42 PM PDT
 
tok ummi,
dalam 10 list tok ummi tu, hak ni saya paling terkejut:
10. Alah... apa best kawen ngan keturunan lingka tuh... zaman boliwood dah berlalu, lain ler klo akhtar tu muker dia cam aril ke... korea ke.. hikhikhik

tok ummi... dilla tau mata tok ummi berat dgn bulu mata bertatah berlian tu sampaikan si aril tu tok ummi nampak HENSEM.. tok ummi.. muka dia cam pompuan la.. kalau digandingkan dgn adnin, sungguh tak sesuai! ntah2 dia lebih keperempuanan dari adnin :O takut tau!!!!

sayang tok ummi saya ni. tok ummi jgn cucuk lebih2 sgt ek. nanti hati Adnin terluka terus saya tak jadi nak pos mekap segala tu.

*jidah oh jidah,sungguh kejam dirimu nak bg adik tok ummi kat saya :( nanti jidah jumpa tok ummi, bgtau tok ummi, saya leh carikan jodoh utk adik dia yg kaya raya tu.

*kak ajah, suami kak ajah dah tau ke kak ajah leh berckp ni? ;)
Zie
June 23, 2009   11:26 PM PDT
 
Tok Umi,

uwaaa... sampainya ati Tok Umi nak soh cheq bermadu dgn mak Akhtar. cheq bukan perampas tau. Mukhtar tu bukan taste cheq. cheq x suka 'fatherly love' mcm 'org tu'. selera cheq masih lg pd yg muda2 belia. x hingin nak berlakikan rentua ganyut tuh. Tok Umi tu yg dah berkedut seribu tu ada ati lg nak rebutkan Aril dr pelukanku. Tok Umi mana larat nak lari2 berkejaran dgn Aril yg naughty tu. huh! jgn mimpi nak rebut Aril dr ku. *cpt2 bonceng Aril naik motor kaler pink* hehehe..
HONEY
June 23, 2009   10:43 PM PDT
 
kak ajah :P

apa prasaan kakajah wat2 bisu? soklan ala2 WHI *sua helle (camne eja ek) kat mulut kakajah*
tok yang
June 23, 2009   10:33 PM PDT
 
kita dah tahu dah, kak ajah ni memang peminat nomo satu shammi kapoor :D

tok umi
June 23, 2009   10:18 PM PDT
 
kak ajah, tok umi pun ada 10 sbb:
1. tok umi cuma speaker dewan majlis undangan negeri, smuer tu tok bonda yg bg skrip, klo harap skrip tokyang dah jd pen merah biru tu.... hmm...

2. lg pon, klo tok umi tak ckp sapa nak pandang bibir merah delima

3. tok umi cuma jalankan tugas titah perintah tok bonda

4. eiii kak ajah kan bisu, tu pasal tok umi take over

5. tok umi kan tukang cucuk, klo tok umi tak de tak best tau, tak de maknanyer

6. alaaa... mukhtar tu pon bukan hensem sgt, tu pasal tok umi tolak dia dulu... dusyyyy masuk dlm longkang. alah... dah ayah pun tok umi tolak takkan lah anak dia tok umi nak sua kat adnin cucu kesayangan bff tok umi tuh

7. mukhtar tu nampak seswai jer ngan zie, jd tak kan lah biar adnin beribu mertua tiri kan zie kan zie kan kan

8. kain dari bandung tu tak cantik, depa bg tok umi kain cit warna buruk, jd patot sgt lah tok umi tolak, nak meminang pon kedukut bekira, kang nak bg hantaran ntah kain belacu mana dia order utk adni :p

9. emas2 mak akhtar tu, tok umi nampak ringan jer.. tak kan ori kut, lg pon byk cam tu sapa nak kuarkan zakat????

10. Alah... apa best kawen ngan keturunan lingka tuh... zaman boliwood dah berlalu, lain ler klo akhtar tu muker dia cam aril ke... korea ke.. hikhikhik

sekian
Jidah
June 23, 2009   05:27 PM PDT
 
Kak Ajah

*high 5*
hikkhikkikkkk *sambung gelak macam haji bakhil*

Kalau tok bonda tolak jugak.... nampak sangat tak patut.
Tok bonda tak dak pilihan dah.....

Daku merayuuuu... huhuhuuuu
terimalah si Akhtar tur.... kalau tak meranalah si adnin....
Tok bonda janganlah dera adnin dengan janji-janjinya dulu pada arwah Along Nisa dan Abang Ngah Ahmad... jangan siksa batin dia ... huhuhuuuuuuuu.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments