Entry: Si Manis 17: Langsir Biji Remia Wednesday, May 04, 2011



 

LANGSIR BIJI REMIA

 


Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna

lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?  

 

 

Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.

 

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

 

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.

 

* * * *

Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998). 

 

______

NOTA:

(a)  Pada yang pernah membaca entri-entri di sini, kaksu ingin maklumkan Langsir Biji Remia sudah siap. Cuma tidak sempat promo sahaja. Sudah mulai dijual di PBAKL April yang lalu.

(b)  Kalau hendak cepat, boleh sahaja beli terus di Jemari Seni :)

   1 comments

Namekak ila
July 30, 2011   12:15 PM PDT
 
huih, lamanya tak update. sebuk ya...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments