Entry: [ii] Surat Ungu untuk Nuha Tuesday, May 12, 2015



 

Li'a menuang kopi 'o' ke dalam cawan Alang. Sebelum duduk di sebelah Badli, suaminya.

"Awat pula nak halang, hang pun selalu tak ada rumah apa. Sama saja kalau Nuha ada dengan Nuha tak ada di rumah. Hang kan suka lone ranger. Merambu sana-sini, macam YB pencen." Balas Bad, apabila Alang bercerita dengan muka monyok tentang Nuha hendak sambung belajar dan tinggal dia sorang-sorang.

Merambu?

"Yalah dah pukul macam ni Alang duk melilau lagi." Sambung isterinya pula. Mereka suka hati saja kutuk Alang, sebab sudah biasa berkawan baik sejak kecil.

Merambu???

Siang aku pi bendang atau kilang. Petang main sepak raga. Malam dan subuh pi masjid. Amboi, tuduh aku pi merambu. Ada la sesekali tu pi memancing tepi ban tu saja. Itu pun kadang-kadang dia berkelah dengan Nuha.

"Oh, nak kedekut air kopi la ni." Kata Alang. Padahal sudah habis secwan dia minum.

"Bukan macam tu, tapi dengan perangai hang tak pernah lekat di rumah, hang tak akan terasa Nuha ada di rumah ke dak."

Hesy, depa tak kenal hati Alang rupanya. Alang tak biasa hidup kalau balik rumah tengok Nuha tak ada depan mata. Mereka bukannya seperti pasangan lain, kalau pasangan ada depan mata duk SMS ke kawan-kawan lain. Dia dengan Nuha, kalau ada sama-sama, mata saling bertentang. Kalau bergaduh sikit-sikit pun sebab saling menyayangi, bukannya sebab apa.

"Kalau Li'a, Li'a bagi dia pi dulu. Kalau dia tak larat dia berhenti. Kalau dia tak berhenti tu, maknanya hidup dia di KL lebih seronok daripada jadi isteri Alang di sini." Balas Li'a sambil ketawa. Dia celup roti patsagi dalam cawan berisi kopi o sebelum masukkan ke dalam mulutnya yang becok. Sejak jadi mak-mak ni Li'a bukan main suka berleter. Badli pun sama, sambung ketawa isterinya.

Macam mana hendak berpisah dengan Nuha, sebab sekejap saja tak nampak muka Nuha dia sudah teringat. Itulah kadang-kadang dia akan lalu depan klinik desa depan tu, dan hon dua kali, biarpun Nuha tak perasan. Nuha tu kalau dah bekerja, tak nampak dah apa berlaku di luar klinik dia tu! Hesy.

Siapa kata dia suka merambu tak ingat dekat isteri.

 ****

 

Nuha menepuk bedak sejuk ke mukanya yang licin. Bedak tu baru Mak Cik Raja titik bulan lepas, setelah diletakkan segala jenis bunga: melur, inai, kenanga dan juga daun pandan -- hari ini bedak itu sudah sedia untuk dipakai.

Alang tak suka Nuha pakai bedak sejuk waktu hendak tidur, dia terasa selalu nampak Nuha macam anak kucing siam yang jatuh dalam besen tepung sahaja. Dan Mak Cik Raja selalu marah dekat Alang sebab suka hati sahaja kutuk Nuha. Bedak sejuk ni fungsinya untuk licinkan kulit muka dan elak jerawat.

"Sejak kahwin dengan Alang ni, muka Nuha selalu sahaja kena serang jerawat batu, hormon terganggu dengan perangai Alang." Balas Nuha apabila nampak sahaja Alang masuk ke bilik dan meletakkan kopiahnya atas meja mekap.

Alang merenung si mata kucing siam itu. Dia diam sesaat sebelum membalas, "Sayang saja muka cantik-cantik, tutup dengan bedak macam kuih keria tu."

Oh, jadi Nuha ni cantik la. Hati sudah kembang-kempis.

"Kuih keria tu manis, Nuha suka." Balas Nuha sebelum ke dapur mencuci tangan.

Selepas dia masuk semula ke bilik, Alang sudah ke depan menonton televisyen seorang-seorang. Nuha tutup lampu bilik dan cuba untuk tidur. Selalu Alang tidak pernah balik lewat lepas solat isyak. Hari ini sampai pukul sebelas baru dia balik. Ada ceramah ke, ada ustaz dari mana-mana datang baca kitab kuning ke -- sehingga selepas itu ahli jemaah masjid akan duduk-duduk berbual, bertanya itu ini yang tidak jelas, selepas habis kuliah?

Malam ni Nuha ingin bergaduh dengan Alang. Tadi waktu makan malam, Alang sekali tegaskan, 'jangan pergi'. Nuha tak kesah kalau tak sambung belajar, tetapi dia tidak suka Alang arah dia itu ini. Dia mahu Alang cakap baik-baik. Dia mahu Alang metafora dengannya. Yalah, waktu Alang duk suruh dia pakai tudung dulu, dia tak suka. Tetapi apabila Alang bermetafora siap bagi sajak dan tudung tujuh warna pelangi, hati dia tidak jadi marah pada Alang.

Tetapi...

Sebaik sahaja Nuha bangun esoknya, dia lihat beg besar sudah ada depan almari baju mereka.

Alang halau Nuha ke? Hatinya jadi sebak.

Atau Alang yang nak ke mana-mana ni.

Beg sebesar orang bawa pergi Makkah tu buat Nuha jadi tidak tentu arah.

Lambatnya Cik Alang pulang. Terasa penat menunggu Alang pulang daripada solat subuh. Bukan main anak Mak Cik Raja, siap ugut Nuha gaya metafora ganas begini.

Nuha sudah merambu air mata.

 [Bersambung]

 _____________________________________

Ps: Gedik Cik Suraya, dua entri sehari ni.   

   8 comments

Mak Cik Raja
May 23, 2015   06:03 PM PDT
 
Zeehan,
Pyar :)

Wan Empok, :p

Liza Shariff,
Mak Cik Raja dah pindah rumah dekat sawah!

Ayun_Tata,
Rindu pada yang singgah di sini juga :) terima kasih.

Yana,
Bab Hari Jururawat ni dah selesai :)
yana
May 13, 2015   09:47 AM PDT
 
ade sambungan lg.. yeahh.. cepat2 buat lg kak su.. xsabar
Ayun_Tata
May 12, 2015   11:58 PM PDT
 
Ya ampun~ rindunya~ rindunya~ alang dan nuha. Rindunya~ 😂😂
liza shariff
May 12, 2015   07:21 PM PDT
 
Wah! teruja nak tahu kisah selanjutnya..
suka 3x..
zeehan
May 12, 2015   07:04 PM PDT
 
kak su duk perangat balik kisah alang dan nuha ni...
Wan Empok
May 12, 2015   07:00 PM PDT
 
Mak Cik Raja, silalah gedik lagi. Kita tak sabaq dah ni. Malam ni satu lagi entri naaa.
zeehan
May 12, 2015   06:57 PM PDT
 
terima kasih mere pyar kak su
Mak Cik Raja
May 12, 2015   06:50 PM PDT
 
Hairan kenapa semua komen tak keluar. Uwaaa.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments